PROGRAM JATI DIRI MURID TAHUN ENAM BERSAMA UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
5:09 PM
Hujan yang lebat mula
turun seawal jam 5.00 pagi pada 16 Februari 2016, kami Pengurus dan Penyelaras
Projek Kelab In-Smartive ditugaskan untuk mengendalikan Program Jati Diri Murid
Tahun Enam bersama Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang melibatkan 33 orang
fasilitator dan 113 peserta dari Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist Kuantan, Pahang. Disebabkan
hujan yang lebat, pergerakan sedikit terganggu. Sebanyak 3 buah bas yang membawa
peserta dari sekolah ke UMP Pekan. Ketibaan peserta sepatutnya tiba di UMP Pekan
adalah pada jam 7.00 pagi. Akibat perancangan masa yang sedikit terganggu kerana
cuaca hujan, kesemua peserta tiba di Dewan Auditorium UMP Pekan iaitu tempat
berlangsungnya Acara Penyerahan Peserta pada jam 8.10 pagi. Setibanya peserta di
Dewan Auditorium,mereka dibekalkan dengan sarapan iaitu roti dan air mineral.
Majlis Penyerahan Peserta
dimulakan setelah kesemua peserta dan guru tiba di dalam Dewan Auditorium. Pihak
sekolah menghantar wakil 10 orang guru pengiring ke program tersebut. Datin
Aminah sebagai wakil dari pihak sekolah pada Majlis Penyerahan manakala Encik
Badruzzaman wakil dari pihak Kelab In-Smartive. Majlis Penyerahan berlangsung
dengan lancar sehingga ke penghujung majlis.
Seterusnya Encik Asraf
mengendalikan slot UMP Glory yang bertujuan untuk meyampaikan ceramah motivasi
kepada peserta. Pelbagai aktiviti yang dilakukan untuk meningkat motivasi
peserta. Peserta begitu seronok ketika slot UMP Glory berlangsung. Meraka
menari, menyanyi dan pelbagai lagi aktiviti yang mereka lakukan bersama Encik
Asyraf.
Slot UMP Glory yang dikendalikan oleh Encik Asraf |
Wajah riang jelas kelihatan di muka adik-adik MGS |
Setelah selesai slot UMP
Glory, slot Ice Breaking menyusul. Slot ini dikendalikan oleh saudari Syibrah dan
saudari Hafizatul Ain. Pelbagai aktiviti yang diperkenalkan oleh PIC kepada
peserta. Peserta gembira dengan aktiviti yang dijalankan ketika slot ini
berlangsung antaranya tepuk-tepuk yang menarik dan beberapa permainan yang
menghiburkan. Selepas itu, PIC membahagikan peserta kepada 10 kumpulan yang
terdiri daripada 10 atau 11 orang peserta setiap kumpulan. Setiap kumpulan juga
diperkenal dengan fasilitator kumpulan masing-masing. Fasilitator kumpulan
masing-masing mula memaikan peranan kepada ahli kumpulan dengan mengadakan
taaruf sebelum ke slot seterusnya.
Slot Let’s Start yang
dikendalikan oleh saudari Ayu Azham pula berlangsung. Peserta melakukan aktiviti
memanaskan badan bagi mengelakkan kecederaan daripada berlaku ketika Aktiviti
Explorace berlamgsung. Sesi memanaskan badan ini mengambil masa sekitar 15
minit oleh saudari Ayu Azham. Setelah selesai memanaskan badan, saudari Ayu Azham
mengagihkan checkpoint kepada setiap kumpulan. Selepas kumpulan masing-masing
mengetahui kemana checkpoint yang mereka harus pergi,mereka dilepaskan untuk
memulakan Aktiviti Explorace.
Checkpoint 1 iaitu Spider
Web dikendalikan oleh saudara Firdaus Azman dan saudari Anis Nabihah yang
terletak di kawasan tepi tasik UMP Pekan. Di Checkpoint 1 ini, setiap peserta
haruslah mengambil botol yang berisi air tanpa menyentuh halangan yang
disediakan. Mereka memerlukan kreativiti bagi melepasi halangan tersebut. Peserta
juga diberitahu agar mengingati kedudukan botol yang mereka ambil kerana
apabila semua ahli kumpulan sudah melepasi halangan tersebut, mereka harus
meletakkan semula botol tersebut di kedudukan asal juga tanpa menyentuh
halangan tersebut. Tujuan aktiviti Spider Web ini dijalankan adalah untuk
meningkatkan kreativiti pemikiran peserta menyelesaikan masalah yang
dihadapi. Ketika aktiviti Spider Web ini berlangsung,hujan renyai mula turun. PIC
Checkpoint 1 menukar tempat Checkpoint 1 ke kaki lima disebelah Dewan
Auditorium. Permainan Spider Web digantikan dengan permainan Radio Buruk yang
bertemakan peribahasa dan simpulan bahasa. Para peserta terhibur dan dapat
belajar pengunaan peribahasa dan simpulan bahasa dengan betul dalam permainan
tersebut.
Slot spiderweb yang dijalankan di sebelah tasik |
Checkpoint 2 dikendalikan
oleh saudari Hajar Ulya dan saudari Aisyah Basri bertempat di ruang legar PBMSK. Di
Checkpoint 2 ini peserta dikehendaki melukis 4 ruangan kosong pada sehelai
kertas mahjong. Peserta haruslah mengisi ruangan tersebut dengan aktiviti mereka
sebelum menghadapi peperiksaan UPSR. Antara aspek yang mereka perlu isi ialah
Penting dan Segera, Penting tapi Tidak Segera, Tidak Penting tapi Segera, Tidak
Penting dan Tidak Segera. Aktiviti ini dijalankan bagi membantu peserta
merancang perkara yang mereka harus lakukan bagi persiapan menghadapi
peperiksaan UPSR.
Saudari Hani yang sedang menceritakan beberapa persediaan menghadapi UPSR |
Checkpoint 3 diketuai
oleh saudari Ain Nadhirah bersama saudari Subashini bertempat di laluan antara FKM dan FKEE. Di Checkpoint 3
ini, peserta dibekalkn tali yang panjang, satu gelung getah dan satu bola golf. Peserta haruslah menggunakan kreativiti mereka untuk membawa bola
pingpong tersebut dari satu tempat ke tempat yang lain tanpa menyentuh bola
tersebut. Dalam aktiviti ini peserta dilatih untuk mendengar arahan ketua dengan
teliti,secara tidak langsung tugasan tersebut dapat diselesaikan dengan
mudah. Aktiviti ini juga melatih peserta berfikir cara menyelesaikan masalah
dengan pantas tetapi memperoleh penyelesaian yang berkualiti.
Checkpoint yang terakhir
iaitu Checpoint 5 yang terletak di Kafe Perpustakaan diketuai oleh saudara Naim
Nasri dan saudara Farid. Peserta dibekalkan gunting, benang, sebatang pensil yang
diasah tajam,kertas dan jarum. Mereka dikehendaki membina sebuah paying terjun
dengan alat-alat yang diberi.Kejayaan bagi sesebuah kumpulan adalah berdasarkan
ketajaman mata pensil tersebut. Mata pensil tersebut hendaklah ditujukan
kebawah.Jikalau kumpulan tersebut mempunyai mata pensel yang paling
tajam, kumpulan tersebutlah yang berjaya melakukan tugasan ini dengan
jayanya. Aktiviti ini mengajar peserta bertindak pantas dalam keadaan tidak
bersedia menyelesaikan sesuatu masalah.
Wahh kreatif sungguh adik-adik MGS mereka payung terjun |
Tepat jam 2.00
petang,aktiviti Explorace berjaya diselesaikan oleh para peserta.Mereka
berkumpul semula di tempat permulaan untuk slot You Did It! yang diketuai oleh
saudari Fatimah.
Setelah selesai slot
tersebut pada jam 2.15 petang, peserta diberi makan tengah hari oleh fasilitator. Penat
lelah yang mereka lalui membuatkan mereka begitu berselera menjamu makanan
tengahari yang disediakan. Setelah selesai menjamu selera,mereka solat Zuhur di
surau PBMSK sebelum bergerak ke Dewan Banquet di Kompleks Pentadbiran Utama
bagi acara Majlis Penutup.
Para fasilitator bergerak
ke Dewan Banquet di KPU pada jam 3.00 petang bagi membuat persiapan terakhir
sebelelum bermulanya Majlis Penutup.
Tepat jam 3.15
petang, Majlis Penutup berlangsung dengan kehadiran Yang Hormat Prof Dato’
Yuserrie Zainuddin wakil daripada pihak UMP, Yang Berusaha Datin Hajah Nooraziza
Sabaruddin guru besar Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist Kuantan,Pahang dan
saudara Muhammad Abdul Muhaimin Mamat, pengerusi Kelab In-Smartive UMP. Majlis Penutup
diserikan lagi dengan persembahan tarian oleh 2 orang peserta yang bakal ke
Jepun dengan tarian ini yang diberi nama Petani.Kemudian ucapan guru besar SK
Perempuan Methodist Kuantan dan ucapan perasmian penutup oleh wakil pihak UMP
menyusul selepas itu.Kami juga disajikan lagi dengan pesembahan nyanyian peserta
yang akan ke peringkat kebangsaan dengan lagu Cindai. Tayangan montaj
dipertontonkan selepas daripada pesembahan nyanyian itu dan acara penyampaian
sijil, hadiah dan cenderamata terus berlangsung. Majlis Penutup melabuhkan tirai
dengan persembahan peserta yang diajar oleh fasilitator program ini.
Yang Hormat Dato' Yusserie Zainuddin menyampai sijil kepada perserta terbaik |
Sesi bergambar
kenang-kenangan berlangsung dihadapan KPU yang disertai oleh semua pihak yang
terlibat.
Sesi bergambar kenang-kenangan |
Akhir sekali, harapan saya
agar program sebegini dapat dijalankan degan lebih lagi agar kita dapat membantu
para peserta meraih kecemerlangan dalam menduduki peperiksaan yang bakal
berlangsung.
“We Gives,We’ll Get
Better"
Ditulis oleh Muhamad
Firdaus Bin Azman, AJK Aktiviti dan Moderator Kem Jati Diri Murid Tahun Enam
bersama UMP.
0 comments