PROJEK KILAUAN MUTIARA SEK. KEB. TANJONG BAYAN
11:21 PM
Setelah 2015 melabuh tirai, 9 orang fasilitator dari Kelab
In-Smartive Universiti Malaysia Pahang telah menjalankan Program Projek Kilauan
Mutiara Sekolah Kebangsaan Tanjong Bayan dan ziarah muhibah ke rumah salah
seorang ahli Kelab In-Smartive iaitu saudara Muhamad Farid Sulaiman pada 14
hingga 18 Januari 2016 di Hutan Melintang, Perak.
Perjalanan yang mengambil masa 6 jam untuk sampai ke Kampung Tanjong
Bayan tidak mematahkan semangat kami untuk berprogram disana. Disambut dengan
suasana kampung yang dikelilingi pokok kelapa sawit dan udara yang menyaman
sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan kami yang baru sahaja berjaya
mengharungi peperiksaan akhir semester 1 sesi 2015/2016. Kami menetap di rumah
keluarga Haji Sulaiman untuk membuat persiapan terakhir untuk berprogram di
Sekolah Kebangsaan Tanjong Bayan.
Pelbagai pengalaman yang diperolehi sepanjang menetap di rumah
keluarga Haji Sulaiman. Kami dibawa ke jeti Hutan Melintang untuk melihat
sendiri ikan-ikan segar dibawa naik dari bot tunda dan membeli ikan dengan
harga yang sangat berpatutan. Di sebelah petang, kami menuju ke Beting Beras
Basah di Bagan Datoh yang mengambil masa kira-kira 25 minit dari Hutan
Melintang, Perak. Beting Beras Basah terkenal dengan sejarah pertabalan Sultan
Perak yang pertama.
Keesokan harinya, kami bergerak ke Sekolah Kebangsaan Tanjong Bayan
jam 8.30 pagi. Kehadiran kami disambut dengan begitu meriah sekali oleh guru
besar, Pn Rahainah dan guru-guru yang lain. Pelajar Tahun 5 dan Tahun 6 telah
menunggu kami di dewan Sekolah Kebangsaan Tanjong Bayan dengan riak muka tidak
sabar untuk berprogram dengan kami. Majlis dimulakan dengan majlis penyerahan
peserta kepada pihak In-Smartive pada jam 8.45 pagi. Begitu besar harapan Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Tanjong Bayan dalam ucapan beliau merasmikan majlis
penyerahan tersebut.
Seterusnya slot Tak Kenal Maka Tak Cinta yang diketuai saudara
Mukhris mendapat perhatian para peserta. Peserta dibahagi kepada 6 kumpulan
kecil dan setiap kumpulan mepunyai seorang fasilitator. Kami begitu teruja bila
pelajar disini boleh bertutur dalam bahasa jawa. Kami begitu teruja apabila
pelajar disitu boleh bertutur dalam bahasa jawa. Tetapi kami mempunyai Aizat
Azed yang memahami dan dapat melayan kerenah peserta.
Setiap peserta mempunyai cita-cita tersendiri. Ada yang mahu jadi
doktor, polis, tentera, penyanyi dan lain. Tetapi hanya lafaz pada mulut lihat
dari idola mereka tanpa hala tuju kemana bagaimana apa langkah yang mereka
perlu ambil untuk capai cita-cita mereka. Alhamdulillah atas ilmu yang kami,
riak muka para peserta menunjukkan tanda positif untuk semangat mencapai
cita-cita yang mereka impikan.
Peserta masuk kedalam dewan semula jam 10.45 pagi setelah berehat
pada jam 10.30 pagi. Selepas sedikit refreshment yang dipimpin kak Ain, slot
seterusnya bermula tepat 11.05 pagi iaitu Inspire. Kata-kata semangat
diberikan kepada peserta untuk menaikkan semangat mereka untuk terus berusaha
tanpa pernah rasa penat dan putus asa oleh abang abang dan kakak kakak
fasilitator kumpulan masing masing.
Majlis Penutup Projek Kilauan Mutiara Sekolah Kebangsaan Tanjong
Bayan berlansung pada jam 12.15 petang. Semoga dengan ilmu yang kami beri
dipraktikkan dan menjadi teladan kepada peserta.
“You can never quit, winner never quit, and quitter never win”- Ted
Turner
Ditulis oleh Muhamad Farid Sulaiman, Pengurus Projek SK Tanjong Bayan.
0 comments