17 Ogos 2016 (Rabu)
Tepat jam 2030,kami
bergerak ke R&R Skudai bermula dari UMP Gambang dengan menaiki bas
UMP.Perjalanan kami yang mengambil masa
sekurang-kurangnya 6 jam ke R&R Skudai memberikan kami peluang dan ruang
untuk menikmati rehat yang secukupnya sebelum tiba di destinasi.Kami dijadual
tiba di R&R Skudai pada 0330.Tepat jam 0530 kami diberikan masa untuk
melakukan khidmat diri serta menunaikan fardhu subuh sebelum bertolak ke JB
Sentral pada jam 0625.
18 Ogos 2016
(Khamis)
Keadaan lalu lintas
yang tidak sesak membolehkan kami tiba di JB Sentral hanya 20 minit dari
R&R Skudai .Setelah tiba di JB Sentral pada jam 0700 ,kami melakukan
‘spotcheck passport’ dan sedikit penerangan tentang urusan imigresen sebagai
langkah berjaga-jaga dan peringatan demi memudahkan urusan masing-masing
sewaktu di imigresen, seusai penerangan kami menikmati makan pagi bersama-sama.Pada jam 0835 berlaku urusan
imigresen di Pejabat Imigresen Bangunan Sultan Iskandar (CIQ).Kemudian,kami
bergerak ke Woodlands Checkpoint menyeberangi Tambak Johor menaiki bas transit
dan pada jam 1000 kami akhirnya tiba di Woodlands Checkpoint untuk urusan
imigresen sebelum menyeberangi sempadan Johor-Singapura.Selesai urusan
imigresen di Woodlands Checkpoint kami bergerak ke Kranji MRT menaiki bas
transit tepat pada jam 1132.Perjalanan ke Kranji MRT yang hanya mengambil masa
5 minit membolehkan kami tiba awal iaitu pada jam 1137.Tiba sahaja di Kranji
MRT kami diedarkan Singapore Tourist Pass oleh Encik Wan Nazrul Helmy
(penasihat kelab In-Smartive), sebagai ‘pass’ untuk menggunakan semua
pengangkutan awam di Singapura termasuk MRT,SMRT dan bas.Kemudian kami menaiki
Kranji MRT ke Jurong East MRT.Setelah tiba di Jurong East MRT kami tukar laluan
ke Kallang MRT untuk menuju ke tempat penginapan iaitu Backpackers Joyfor
Hostel bertempat di Geylang Road,Kallang.Tepat jam 0100 kami tiba di Joyfor
Backpackers Hostel, kami terus melakukan urusan ‘check-in’ hostel dan menyimpan
kelengkapan seperti bagasi sebelum bertolak semula ke Bugis menaiki Kallang MRT
dan Bugis MRT.Setibanya di Bugis, pada jam 1400 kami semua menikamati makan
tengahari di Restoran Kampung Glam.
Kemudian, kami
melawati Malay Heritage Centre atau dipanggil Taman Warisan Melayu,Istana
Kampung Glam.Di Taman Warisan ini terdapat banyak khazanah dan sejarah
penceritaan, hikayat dan keturunan salasilah kaum Melayu sewaktu masih di bawah
jajahan British dan pelbagai budaya dan nilai-nilai seni yang masih diterapkan
dalam masyarakat Melayu Singapura dari segi pendidikan, pantang larang malah
seni muzik.Pelbagai pameran yang menarik juga disediakan bagi pengunjung
seperti tayangan video,aktiviti mewarna serta pertunjukan persembahan.Di sini,
kami diberikan tugas untuk mencari 10 gambar yang memberi nilai sentimental
yang tinggi serta impak yang positif terhadap diri apabila melihatnya beserta
kisah sejarah gambar tersebut.Setelah 3 jam berada di Taman
ini maka kami mengadakan perbincangan dan perangkaan asas bagi pembaharuan dan
penambahbaikan modul berdasarkan aspek sejarah,jati diri dan kewarganegaraan.
Saudari Ain Nadhirah sedang membaca dan memahami sejarah keris
Barisan fasilitator sedang peka mendengar penerangan daripada pegawai
muzium.
19 Ogos
2016(Jumaat)
Seperti yang
telah dijadualkan, pada 19 Ogos kami akan mengadakan kunjungan hormat ke
Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang terletak di Jervois Road pada pukul
1000.Perjalanan kami seawal 0730 menaiki Kallang MRT dan tiba di Tiong Bahru
MRT mengambil masa selama kurang dari 10 minit.Setibanya di Tiong Bahru MRT
kami bergerak ke Redhill untuk mengambil teksi.Sistem lalu lintas dan trafik
Singapura yang begitu sistematik dan teratur memudahkan lagi pergerakan kami
untuk ke Suruhanjaya Tinggi Malaysia.Tepat pada jam 1000 kami berjaya tiba di
perkarangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia dan kedatangan kami telah disambut
mesra oleh Puan Siti Izayani Sazali,Third Secretary(Consular).Kemudian,kami
dibawa ke bilik mesyuarat untuk diberikan taklimat ringkas yang diketuai oleh
Encik Nur Azman Abdul Rahim( Deputy High Commissioner) mengenai peranan Suruhanjaya Tinggi Malaysia
dan membincangkan perkara-perkara berbangkit seperti isu kerakyatan,keselamatan
dan kebajikan warganegara Malaysia di Singapura.Sesi mesyuarat dan perbincangan
dua hala selama 1 jam 15 minit itu memberikan banyak ilmu yang
bermanfaat,merungkai segala persoalan serta membuka mata dan minda untuk
bergerak seiring kemajuan negara.Seterusnya,kami dibawa untuk mengikuti lawatan
di sekitar bangunan berfungsi di Suruhanjaya Tinggi Malaysia oleh Puan Siti
Izayani Sazali,Third Secretary(Consular) dan Encik Nai Mung Kun A/L Ai
Wong,Counsellor(Labour).Antara pejabat yang kami lawati ialah Immigration Department of Malaysia dan Consular
Section.
Penyampaian cenderamata dan penghargaan kepada Encik Nur Azman
Abdul
Rahim oleh Encik Wan Nazrul Helmy
Sesi bergambar bersama pegawai
Suruhanjaya Tinggi Malaysia.
Kemudian, kami meneruskan
tentatif projek iaitu lawatan ke Masjid Temenggung Daeng Ibrahim menaiki bas
transit Singapura di perhentian bas Seah Im Food Centre. Kami tiba pada jam
1418 di Masjid Temenggung Daeng Ibrahim yang terletak di Telok Blangah.
Kedatangan kami disambut baik oleh Encik Mohd Khairul Nizam Basar,iaitu Pegawai
Masjid.Kami dibawa untuk melawat makam kerabat Johor yang terletak di atas
bukit masjid tersebut.Hal ini membuktikan bahawa kesultanan Johor telah
bertapak lama sejak awal pembentukan Singapura.Malah,kami juga difahamkan
bahawa satu-satunya bendera Johor yang dibenarkan berkibar di Singapura
hanyalah di Masjid Temenggung Daeng Ibrahim,Telok Blangah.Banyak tinggalan
istana yang telah diubahsuai untuk kegunaan masjid seperti balairung seri
istana telah dijadikan sebagai ruang solat muslimin dan muslimat. Sungguh besar
penghargaan kami atas kesudiaan Encik Mohd Khairul Nizam untuk membawa kami
meninjau seluruh masjid di samping menceritakan pengalamannya selama 13 tahun
menjaga masjid tersebut.
Bendera negeri Johor yang berkibar di Masjid Temenggung Daeng Ibrahim di
Telok
Belangah,Singapura.
Lawatan ke Makam Sultan Johor yang
diiringi oleh Encik Mohd Khairul Nizam
sebagai
pegawai masjid.
20 Ogos 2016
(Sabtu)
Seawal jam 0945
kami telah tiba di Fort Canning Park atau dikenali sebagai kubu perlindungan
tentera British sewaktu kemaraan tentera Jepun pada 8 Februari 1942.Di sini kami
akan dibawa untuk memasuki terowong atau kubu bawah tanah tentera British yang
dipanggil ‘The Battlebox’ supaya dapat memahami dan menghayati lebih mendalam
sejarah perjuangan tentera British dalam mempertahankan Singapura sebelum jatuh
ke tangan Jepun dalam masa seminggu.Rombongan ke Battlebox ini diketuai dan
dibantu oleh ‘tour guide’ untuk memudahkan pergerakan dan memberikan gambaran
dengan lebih jelas tentang keadaan semasa perang kepada pengunjung.Terdapat 23
ruang bilik yang masih kekal utuh sehingga hari ini di dalam ‘Battlebox’ dan
setiap satu bilik mempunyai fungsi tersendiri.Terdapat Engineer Room,Power Transplant Room,Radiofrequency Room dan
sebagainya dalam memastikan kesiapsiagaan tentera British untuk menentang
tentera Jepun.
Bergambar di luar pintu masuk Battlebox
Seterusnya,tepat
jam 1300 kami meneruskan lawatan bersejarah ke National Museum of
Singapore.Muzium ini telah dicatatkan antara muzium paling besar dunia antara
muzium-muzium yang lain di Asia Tenggara.Di muzium ini juga terdapat 7 bahagian
galeri yang berasingan dan mempunyai tema tertentu seperti galeri Surviving Syonan,We Built a Nation dan
galeri Desire and Danger serta
lain-lain galeri.Kekayaan nilai estetik sejarah Singapura yang tinggi membuatkan kami berasa terpesona dan tertarik
untuk lebih mempelajari segala latar belakang sejarah yang terdapat di setiap
galeri.Tambahan pula,kecanggihan teknologi dalam mempersembahkan karya atau
sejarah dalam bentuk moden adalah sesuatu yang harus dibanggakan dan
dicontohi.Setelah 3 jam melawati setiap galeri di National Museum of Singapore
kami telah dapat mengubah persepsi dan pandangan terhadap muzium dan
nilai-nilai sejarah yang tiada tolok bandingnya.
Barisan
fasilitator mengabadikan kenangan di luar bangunan National Museum
of Singapore
Saudara Amar
sedang mendengar luahan rasa seorang mangsa kekejaman tentera Jepun ke
atas ayahnya suatu ketika dahulu.
Pada jam 1600
kami dijadualkan untuk bersama-sama mengikuti lawatan ke Fort Canning Spice Garden
yang terletak di sekitar Fort Canning Park.Lawatan ini dibantu oleh Mr Edwin
Lim untuk memberikan lebih kefahaman dan pendedahan tentang pokok-pokok herba
yang terdapat di Singapura malah seluruh pelusuk Asia Tenggara.Fort Canning
Spice Garden merupakan satu taman eksperimen bagi saintis pada suatu ketika
dahulu untuk mengembangkan idea dan kepakaran dalam bidang pertanian serta
perubatan.Sehingga kini banyak tanaman herba yang dapat dihasilkan di Fort
Canning Spice Garden,seperti pokok Durian,pokok bunga kantan,misai kucing,pokok
lada hitam dan pelbagai pokok rempah.Kami juga telah dibawa sekitar taman
tersebut dan diberikan peluang untuk merasai pengalaman memetik dan memakan
buah-buahan yang ada di taman itu.
Encik Wan Nazrul Helmy sedang berbual
bersama Mr Edwin Lim sebagai
pegawai bertugas di Fort Canning Spice Garden.
Mr Edwin Lim
memberi taklimat mengenai spesies tumbuhan herba di taman tersebut
Bergambar di
papan tanda sebagai simbolik kedatangan
kami ke Fort Canning Spice Garden
21 Ogos 2016
(Ahad)
Selepas kami
tiba di Pasir Panjang MRT pada jam 0930 kami meneruskan perjalanan ke Bukit
Chandu dengan mendaki Bukit Chandu sejauh 5km.Setibanya kami di puncak Bukit
Chandu kami memasuki Muzium Bukit Chandu dan mengadakan lawatan selama 3 jam di
dalam muzium tersebut.Bukit Chandu yang terletak di Pasir Panjang, merupakan
kubu pertahanan Askar Rejimen Melayu yang diketuai oleh Leftenan Adnan sewaktu
penaklukan tentera Jepun ke atas Singapura.Bukit Chandu inilah yang menjadi
saksi pertumpahan darah Askar Rejimen Melayu menentang tentera Jepun walaupun
setelah diumumkan status ‘Surrender’
Singapura oleh Liutenant General Arthur Percival(General Officer of Commanding
Malaya).Namun, Askar Rejimen Melayu masih sanggup mempertahankan maruah dan
kedaulatan negara dengan slogan ‘Taat
Setia’.
Fasilitator sedang menghayati
rentetan peristiwa bersejarah di Bukit
Chandu
Saudari Fatimah menerangkan kepada
saudari Ain Nadhirah mengenai
kewibawaan Leftenan Adnan
Pada jam 1600
kami berjaya tiba di Changi Chapel Museum menaiki bas transit dari Bugis.Di
Changi Chapel Museum ini menceritakan tentang kisah Prisoners of War(POW) setelah penjajahan kuasa Jepun ke atas tanah
Singapura secara rasmi pada 16 Februari 1942.Pelbagai penindasan telah
dilakukan serta hukuman yang kejam dilaksanakan kepada sesiapa yang mengingkari
askar Jepun atau lebih dikenali sebagai ‘Kempeitai’.Selain itu,Jepun juga
mengeluarkan propaganda untuk meraih sokongan rakyat dengan menyatakan ‘Asia for
Asians’.Terdapat banyak kisah duka cita POW sewaktu mereka dijajah dan
sebahagian lagi POW yang terdiri daripada Malay,India dikerah untuk membina
‘Death Railway’Thailand-Burma demi kepentingan Jepun terhadap eksploitasi
barang mentah ketika itu.
Surat-surat
daripada pengunjung buat memperingati pengorbanan dan jasa
Prisoner of Wars (POW)
Pada
penghujung hari kami mengadakan perjumpaan bersama Encik Alfian Yasrif
Kuchit,Deputy Director(Community Relations)Community Relations and Department
Vision,Ministry of Culture,Community and Youth.Encik Alfian telah membawa kami
untuk melawat tempat-tempat keagamaan yang bersejarah dan menceritakan
kepentingan suatu tempat tersebut pada suatu ketika dahulu yang terletak di
Tanjung Pagar,Singapura.Tempat pertama yang kami lawati ialah Makam Habib Noh
iaitu dipercayai sebagai seorang wali Allah yang terkenal dengan kehebatan ilmu
agamanya.Kemudian kami ke Masjid Al-Abrar dan dikatakan bahawa masjid tersebut
menjadi tempat beribadat yang utama kepada para saudagar yang singgah di
Singapura kerana berdekatan dengan Tanjung.Seterusnya,kami dibawa melawat
Thiong Hok Koong Temple,Ying Fo Fui Kun Temple,Street Mosque serta Mohamed Ali
Mosque.Lawatan selama 2 jam bersama Encik Alfian disudahi dengan pemberian
cendera mata dari Encik Wan Nazrul Helmy sebagai tanda terima kasih dan
penghargaan.
Ying
Fo Fui Kun Temple yang dipercayai dijaga oleh Dewa Laut
Makam Habib Noh yang terletak di atas
bukit berdekatan Masjid Al-Abrar
Mengakhiri acara projek dengan penyampaian cenderamata kepada
Encik Alfian Yasrif Kuchit.
22 Ogos 2016 (Isnin)
Kami diberikan
peluang untuk membeli barang-barang cenderamata di Mustafa Centre dan Bugis
sebelum check-out hostel pada pukul 1200.Setelah selesai urusan check-out kami
menaiki Kallang MRT dan ‘interchange’ di Jurong East MRT sebelum tiba di Kranji
MRT untuk urusan pemulangan Singapore Tourist Pass.Di Kranji MRT juga kami
menikmati makan tengahari sebelum menaiki bas untuk urusan imigresen di
Woodlands Checkpoint.Selesai urusan imigresen di Woodlands Checkpoint kami
menaiki bas transit semula menyeberangi Tambak Johor untuk ke JB Sentral bagi
urusan imigresen di Bangunan Sultan Iskandar Shah (CIQ) yang hanya memakan masa
selama 10 minit. Setelah kami berjaya melepasi imigresen di CIQ kami menaiki
bas UMP untuk pulang semula ke UMP Gambang.Kami tiba di UMP Gambang pada jam
2303.