PROJEK KILAUAN MUTIARA SEK. KEB. KUALA TRIANG

4:26 PM

Pada tanggal 4 hingga 6 Mac 2016, Kelab In-Smartive telah mengadakan Projek Kilauan Mutiara Sekolah Kebangsaan Kuala Triang hasil kerjasama antara pihak In-Smartive dan Sekolah Kebangsaan Kuala Triang. Kolaborasi ini merupakan kolaborasi yang ke-5 yang telah bermula sejak tahun 2012 lagi. Projek pada tahun ini diketuai oleh saudari Nurizyana Binti Azali.

Seramai 24 orang fasilitator dipertanggungjawabkan untuk membimbing 56 orang pelajar SK Kuala Triang yang terdiri daripada pelajar tahun 5 dan 6 dalam projek ini.

Jumaat | 4 Mac 2016


Jam 3.30 petang, majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Kuala Triang, Puan Hajah Kelsom Binti Haji Mohd Sidin kepada wakil Kelab In-Smartive, saudari Koh Bee Fong. Kemudian, program diteruskan dengan taklimat kursus yang diberikan oleh pengurus projek, saudari Nurizyana.

Guru Besar Sek. Keb. Kuala Triang, Puan Hjh Kelsom berucap semasa Majlis Penyerahan Peserta 

Hari pertama membukai tirai dengan slot Tak Kenal Maka Tak Cinta. Para peserta dibahagikan kepada 8 kumpulan beserta 2 orang fasilitator setiap kumpulan. Para peserta diberi peluang untuk berkenalan lebih rapat dengan fasilitator masing-masing. Selepas itu, peserta diberi masa untuk sesi khidmat diri dan makan malam. Peserta didedahkan dengan suasana makan dalam talam yang merupakan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang mampu mengeratkan lagi ukhwah antara rakan dan fasilitatior.


Untuk solat Maghrib dan Isyak, semua peserta dan fasilitator solat secara berjemaah. Dalam slot Celik Minda, diketuai oleh AJK Kerohanian telah menerangkan mengenai aurat yang perlu dititikberatkan sebagai seorang Islam kepada para peserta. Usai solat Isyak, program diteruskan lagi dengan slot Mari Tayamum. Dalam slot ini, peserta diterangkan mengenai sebab bertayamum, syarat sah tayamum, rukun tayamum dan cara bertayamum dengan betul. Melalui slot ini, peserta dapat mengetahui cara bertayamum dengan betul. Tepat jam 10.00 malam, slot Aku! bermula. Melalui slot ini, peserta dapat mengenal pasti ciri-ciri seorang pemimpin untuk dicontohi sekaligus dapat memberi motivasi kepada peserta bahawa mereka juga mampu menjadi seperti tokoh yang dikagumi.
  
 
Peserta teruja melihat diri mereka sendiri sebagai ciri-ciri seorang pemimpin

Adik-adik Sek. Keb. Kuala Triang tekun menunjukkan cara bertayamum


Sabtu | 5 Mac 2016

Hari kedua dimulakan dengan sesi qiamulail dan solat Subuh pada jam 5.00 pagi. Selepas itu, semua pelajar berkumpul di dewan terbuka untuk sesi Perhimpunan Pagi yang dikendalikan oleh pelajar sendiri. Jam 7.00 pagi, sesi Morning Workout atau senaman pagi bermula dan diketuai oleh saudari Aimi dan Nadhirah.

       Selepas sarapan pagi, sesi diteruskan lagi dengan slot Pulau Impian. Peserta diberi masa untuk merancang pulau mereka sendiri mengikut bajet harga yang telah ditetapkan. Slot ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dalam membuat sesuatu keputusan dengan lebih tepat. Peserta dikehendaki mengeluarkan permasalahan yang timbul dalam merangka Pulau Impian dengan menggunakan konsep D.I.C.E. iaitu Define, Identify, Choose dan Evaluate. Kemudian, sesi diteruskan lagi dengan slot S.A.L.A.M. Slot ini dapat membantu peserta untuk mempelajari cara yang betul untuk membina ayat Bahasa Melayu. Peserta diajar menggunakan konsep S.A.L.A.M iaitu ‘siapa’, ‘aktiviti’, ‘lokasi’, ‘alatan’ dan ‘mengapa’. 

Sesi pembentangan slot D.I.C.E

Peserta menggunakan konsep S.A.L.A.M untuk membina ayat

          Tepat jam 11.30 pagi, aktiviti diteruskan lagi dengan slot Work It Out. Slot ini diadakan untuk melatih peserta supaya dapat merangka plan strategik dan memantapkan diri mereka untuk mencapai matlamat. Selepas makan tengah hari dan solat Zohor, slot Happy Hour yang diketuai oleh AJK Aktiviti telah diadakan bagi menarik minat peserta untuk mengikuti slot yang seterusnya.

Peserta melakukan pembentangan di hadapan fasilitator dalam slot Work It Out

Bagi slot Mind Maps pula peserta diberi tajuk yang berlainan bagi setiap kumpulan dan mereka diajar oleh fasilitator kumpulan untuk membuat Mind Maps yang efektif. Melalui slot ini, peserta dapat menggunakan Mind Maps dalam membuat nota yang lebih ringkas.

       Sebelum solat asar, pelajar didedahkan dengan slot Radio Buruk, peserta didedahkan dengan slot Radio Buruk. Dalam slot ini, peserta diuji dengan ketangkasan berfikir dalam masa yang singkat.

        Jam 5.00 petang, aktiviti petang diteruskan lagi dengan slot Kau Ada Aku Ada. Slot ini dapat memupuk sikap menghargai kelebihan yang ada pada diri peserta untuk membantu menyelesaikan masalah dan peka terhadap semua keadaan yang berlaku.

Peserta yang memegang watak pekak cuba untuk menyampaikan maklumat kepada peserta yang memegang watak bisu

       Selesai solat Isyak, aktiviti malam dimulai dengan slot Inovasi. Setiap kumpulan dibekalkan botol, surat khabar, gunting, dan salotip. Mereka perlu mencipta sesuatu yang boleh digunakan untuk menyeberangi sungai dengan hanya menggunakan bahan yang diberi. Melalui slot ini, pelajar dapat berfikir secara kreatif untuk menghasilkan objek berteraskna teknologi. Ternyata, peserta SK Kuala Triang sangat cerdik apabila mampu menghasilkan produk inovasi yang memberangsangkan. Selepas itu, slot Cermin Diri yang lebih mengfokuskan kepada sesi memuhasabahkan diri peserta dan memperbaiki kelemahan diri masing-masing.

Peserta sedang menghasilkan objek menggunakan bahan yang disediakan
   
Sabtu | 6 Mac 2016

        Seperti hari kedua, pelajar dikejutkan seawal jam 5.00 pagi untuk sesi qiamulail dan solat Subuh untuk memohon keberkataan supaya dipermudahkan sepanjang hari. Kemudian, para peserta dilatih untuk sesi persembahan bagi majlis penutup. Pada jam 8.30 pagi, slot Sembang Santai yang dikendalikan oleh saudari Azeemah bermula. Walaupun hari itu merupakan hari terakhir, semua peserta masih bersemangat dan memberikan respons yang baik dalam slot ini. Slot ini bertujuan untuk melatih peserta untuk bertukar pandangan dan pendapat bersama fasilitator dan peserta lain. Selepas kudapan, slot terakhir untuk program ini adalah Dari Hati Ke Hati. Setiap peserta diminta untuk memberi maklum balas mengenai program ini dan penilaian mereka secara keseluruhan menerusi borang kaji selidik.

Antara panel sembang santai, Saudari Azlin, Saudara Rifaie dan adik Najwa
         Akhir sekali, majlis penutup yang dirasmikan oleh Guru Besar SK Kuala Triang telah berlangsung. Turut hadir, Encik Wan Nazrul Helmy Bin Wan Mohd Zain, wakil UMP dan Encik Ab Majid Bin Kasim, Naib Yang-Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Kuala Triang. Sebagai simbolik perpisahan, sesi menandatangani banner projek dan sesi bergambar bersama-sama semua yang terlibat turut diadakan. Projek kali ini istimewa kerana kejutan bagi sambutan persaraan Guru Besar diadakan selepas banner projek ditandatangani. 

Sesi bergambar PKM 5.0 Sek. Keb. Kuala Triang

You Might Also Like

0 comments

Rakan Blog InSmartive

Total Pageviews