PROJEK KILAUAN MUTIARA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA AL-MASHOOR (L) & SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AIR ITAM
11:31 AM
Pada penghujung semester 2 sesi
2012/2013, berlangsungnya sebuah projek yang dikendalikan oleh ahli kelab
In-Smative Universiti Malaysia Pahang iaitu Projek Kilauan Mutiara Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor (L) Dan Sekolah Menengah Kebangsaan Air
Itam iaitu pada 24 - 26 Mei 2013. Tuan rumah kepada projek ini ialah Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor (L). Projek ini julung kalinya melibatkan
semua pelajar lelaki dari kedua-dua buah sekolah dan sekali gus menjadi satu
cabaran yang besar kepada fasilitator-fasilitator yang terlibat terutama
fasilitator perempuan. Program ini melibatkan 36 orang fasilitator dan seramai
96 orang peserta hasil gabungan daripada kedua-dua sekolah. Peserta yang
terlibat ialah dari tingkatan 3 sehingga tingkatan 5 yang bakal menduduki
peperiksaan PMR dan SPM. Tujuan projek ini diadakan untuk membantu para pelajar
dalam akademik mahupun sahsiah yang
bakal menghadapi peperiksaan PMR dan SPM.
Selain itu, projek ini juga bertujuan untuk meningkatkan lagi semangat
mereka supaya belajar bersungguh–sungguh agar mendapat keputusan yang cemerlang
dalam peperiksaan.
Kami, para fasilitator
bertolak dari Universiti Malaysia
Pahang, Gambang pada pukul 11.00 malam iaitu pada 23 Mei 2013 dan selamat
sampai di destinasi pada pukul 11.10 pagi pada keesokan harinya di perkarangan
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor (L). Kami disambut mesra oleh
pihak sekolah yang terdiri daripada Guru Besar , PIBG, guru-guru serta staf
sekolah. Pada jam 3.00 petang , semua peserta mendaftarkan diri. Fasilitator
yang terlibat ialah saudari Wan Haizatul Akma Binti Wan Hassan dan saudari Tety
Hazira Binti Mohamad. Selesai sesi pendaftaran, acara penyerahan peserta telah berlangsung
dan disempurnakan oleh En. Mohd Abdullah Bin Ramli kepada penasihat kelab
In-Smartive, En. Wan Nazrul Helmy bin Wan Mohd Zain. Selepas majlis perasmian
dan taklimat pelajar yang dikendalikan oleh pengurus projek iaitu Saudara Mohamad
Eliyass Bin Jamaruppin, Para fasilitator dan peserta dihidangkan jamuan petang.
![]() |
Pendaftaran Peserta |
Sebelum memulakan slot pertama iaitu “Tak
Kenal Maka Tak Cinta” yang diketuai oleh Saudara Muhammad ‘Arif Bin
Abdul Razak dan Saudari Nur Yusna Marlina Binti Mohd Yusoff, solat Asar dan
bacaan Mathurat dilakukan secara
berjemaah di surau. Sesi suai kenal fasilitator dijalankan sesudah persembahan
fasilitator dipersembahkan untuk menarik lagi minat pelajar. Pelajar telah
dibahagikan kepada sepuluh buah kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada
sembilan atau sepuluh orang pelajar dan tiga orang fasilitator. Beberapa aktiviti
telah dilakukan antara para pelajar dan fasilitator bagi mengenal dengan lebih mendalam antara satu sama lain. Jam
6.30 petang, khidmat diri dan makan malam dimana hidangan dihidang di dalam
talam dimakan secara berkumpulan berlangsung.
![]() |
Slot "Tak Kenal Maka Tak Cinta" |
Selesai solat
Maghrib dan bacaan surah Yasin ,slot “Celik Minda” yang disampaikan oleh
Saudara Mohd Naif Hilmi Bin Adnan telah mengisi kekosongan sebelum masuknya
waktu solat Isya’ . Pelbagai input yang berguna telah diberikan kepada
peserta-peserta.
Selesai sudah solat
berjemaah, peserta diminta berkumpul di dewan untuk slot yang seterusnya iaitu
slot “Jendela Jauhari”. Slot ini dikendalikan oleh saudara Muhamad
Hazwan Bin Husin dan saudari Norazmira Othman. Ia bertujuan bagi membantu para
peserta membezakan perkara mana yang harus diberi keutamaan dalam kehidupan
mereka sebelum mereka menduduki peperiksaan PMR mahupun SPM . Permainan ini
dimainkan menggunakan sehelai kertas mahjong dan pen marker. Setiap ahli
kumpulan hendaklah menyenaraikan aktiviti seharian mereka disetiap ruang yang
telah dibahagikan kepada empat bahagian. Ruang tersebut adalah ‘Penting dan Segera’, ‘Penting dan
Tidak Segera’, ‘Tidak Penting dan Segera’, dan ‘Tidak Penting dan Tidak
Segera’. Setelah selesai menyenaraikan perkara dalam masa yang diberikan,
setiap kumpulan harus menghantar seorang wakil untuk membentangkan hasil kerja
mereka di hadapan.
Peserta bersama fasi sedang membaca surah yassin |
![]() |
Slot "Jendela Jauhari" |
Selesai slot Jendela
Jauhari, peserta beralih pula kepada slot “Bursa Saham” . Slot “Bursa
Saham” dikendalikan oleh Saudara
Muhammad Zikri Bin Zaini dan Saudari Nurmarsyita Binti Mohd Shah. Slot ini
dipecahkan kepada dua buah kumpulan yang besar
iaitu kumpulan yang mewakili syarikat A dan syarikat B. Kumpulan yang mewakili
syarikat A adalah dari kumpulan 1 hingga 5 manakala kumpulan yang mewakili
syarikat B adalah dari kumpulan 6 hingga 10. Setiap kumpulan dibahagikan kepada
lima jenis jawatan iaitu ‘Director’, Secretary, Human and Resources, Research
and Development and Marketing. Para peserta diterangkan dahulu cara-cara dalam
permainan. Wakil dari setiap jawatan ini dikehendaki ke hadapan untuk
berbincang sesama mereka saham yang manakah yang mereka perlu sepakat dalam
masa 45 saat sahaja.Selepas itu, mereka akan balik ke kumpulan masing-masing
dan membuat satu keputusan untuk memilih saham sama ada saham X ataupun saham
Y. Peserta diberi masa 90 saat untuk membuat keputusan dan fasilitator akan
mengutip kertas keputusan itu. Keuntungan dan kerugian dari kedua-dua syarikat
itu dicatat dan diumumkan. Salah satu pengajaran yang dapat diambil dari slot
ini adalah kita haruslah bersikap jujur dan mengikut kata sepakat dalam hidup
berpasukan. Selesai sudah slot ini, peserta dan para fasilitator dihidangkan
makan malam dan seterusnya adalah khidmat diri.
![]() |
Slot 'Bursa Saham" |
Pada keesokan paginya, para peserta dan fasilitator
diminta berkumpul di surau untuk mengerjakan solat tahajut cinta , solat subuh
secara berjemaah, bacaan Mathurat serta tazkirah yang diberi oleh wakil dari
peserta. Selepas itu, para peserta dan
fasilitator diminta berkumpul di dataran untuk senaman pagi iaitu “Suai
Fizikal” yang diketuai oleh Saudara Muhammad Abdul Muhaimin Bin Mamat.
Setelah itu, para peserta dan fasilitator dijamu
sarapan pagi dan seterusnya meneruskan slot yang keempat iaitu “Timeline”
ataupun ditakrif sebagai garisan masa yang dikelola oleh Saudara Muhamad Nor Zakwan Bin Che Ali dan Saudari Nor Ashifah
Binti Hamzah. Pada slot ini peserta akan diberi satu helai kertas A4
dimana kertas itu dibahagikan kepada empat bahagian. Setiap bahagian mempunyai
jangka masa yang berlainan. Para peserta diminta melukiskan bayangan keadaaan
mereka pada setiap peringkat. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengembangkan
lagi fikiran mereka supaya dapat berfikiran jauh mengenai masa depan mereka. Setelah selesai slot
keempat ini, para peserta dan fasilitator
diminta berkumpul di surau untuk mengerjakan solat sunat Dhuha.
![]() |
Slot "Timeline" |
Minuman pagi telah disediakan dan sesi seterusnya
iaitu sesi ‘Happy Hour’ yang diketuai oleh Saudara Mohamed Nizar B
Zainal Abiddin.
![]() |
Slot "Happy Hour" |
Aktiviti diteruskan lagi dengan slot yang kelima iaitu
“Salah
Siapa? - Last Man Standing”. Slot bahagian pertama adalah masalah
pembuangan bayi. Dalam slot ini, para peserta dalam setiap kumpulan dibahagikan
kepada beberapa watak seperti watak perempuan, lelaki, kerajaan, rakan sebaya,
media massa, pihak guru, ibu bapa, internet, pihak polis dan masyarakat. Wakil
bagi setiap kumpulan dikehendaki tampil ke hadapan untuk mencabut undi bagi mendapatkan
watak dalam permainan ini. Setelah selesai mendapatkan watak, perdebatan
dimulakan bagi setiap kumpulan. Setiap kumpulan yang mewakili watak
masing-masing akan mempertahankannya dan
mencari siapakah yang harus dipersalahkan dalam masalah pembuangan bayi ini.
Hampir setengah jam perdebatan antara mereka, tibalah masanya untuk mengetahui
majoriti salah siapakah dalam hal ini. Saudara haikal
& eliyass meminta wakil dari setiap kumpulan untuk mengutarakan kesimpulan
yang dapat diambil daripada permainan ini. Permainan ini mengajar kita bahawa
kita tidak harus menyalahkan orang lain seperti ibu bapa, masyarakat, media
massa mahupun sesiapa sahaja tetapi setiap individu mestilah memainkan peranan
dan tanggungjawab masing-masing agar tidak berlakunya perkara-perkara sebegini.
![]() |
Slot "Last Man Standing - Salah Siapa" |
Sesi seterusnya iaitu sesi ‘Happy Hour’ yang
diketuai oleh Saudara Mohd Jamil Bin Mohd Ja’afar. Peserta bersama-sama para
fasilatator melakukan ‘refreshment’ untuk lagu “Gemuruh”.
Setelah itu, para peserta dan fasilitator dijamu makan tengahari dan
selepas itu menunaikan solat Zohor secara berjemaah.
![]() |
Slot "Happy Hour" |
Aktiviti disambung lagi dengan slot keenam iaitu “Aku
Ada, Engkau Ada?”. Slot ini diuruskan oleh Saudara Mohd Mukhris Bin
Awang dan Saudari Nor Sakinah Binti Mat Saad. Dalam slot ini, peserta
diasingkan kepada 3 kelompok iaitu
kelompok buta, bisu dan kudung. Tiga orang wakil bagi setiap kumpulan
dikehendaki masuk ke kelompok bisu dan kudung dan selebihnya masuk ke kelompoK
buta. Para fasilitator mengagihkan kain blind
fold kepada kelompok buta untuk menutup mata dan kelompok kudung untuk
mengikat tangan, juga pita pelekat diberikan kepada kelompok bisu untuk menutup
mulut. Selepas itu, fasilitator menerangkan cara-cara dalam permainan ini
kepada setiap kelompok. Pertamanya, fasilitator akan menyampaikan maklumat
kepada kelompok bisu kemudian kelompok bisu akan menyampaikan maklumat itu
kepada kelompok kudung dalam kumpulan masing-masing. Kelompok kudung diberi
masa beberapa minit untuk memahami maklumat yang disampaikan daripada kelompok
bisu. Setelah memahami segala maklumat itu, kelompok kudung akan ke kumpulan
masing-masing dalam kelompok buta untuk menyelesaikan tugasan tersebut. Para
peserta dalam kelompok buta dikehendaki membina sebuah menara daripada beberapa
biji cawan dan sudu plastik yang telah disediakan. Permainan ini dapat
menyedarkan kita bahawa bersyukurlah dalam setiap pancaindera yang dikurniakan
oleh Yang Maha Pencipta. Selesai slot ini, refreshment lagu syukur dimainkan
bertujuan untuk peserta lebih memahami apa yang ingin disampaikan melalui slot
tersebut.
![]() |
Slot "Aku Ada Kau Ada" |
Aktiviti diteruskan
lagi dengan slot “Chopp!(Peribahasa Bahasa Melayu) yang
diuruskan oleh Saudara Muhammad ‘Arif Bin Abdul
Razak dan Mohamad Sharimie Arif Bin Mat Taib. Permainan Chopp!(Peribahasa Bahasa Melayu) dimain menggunakan kad chopp. Setiap
kad chopp mempunyai
satu abjad. Setiap kumpulan akan mendapat satu set kad Chopp. Kad ini akan
diberi kepada setiap seorang dalam kumpulan. Kad akan dibuka secara serentak
dan para peserta diminta mencipta satu peribahasa ataupun simpulan bahasa
sebanyak yang mungkin dalam masa ditetapkan. Peserta bukan sahaja akan dapat
mencipta perkataan itu malah akan menulis kembali bagi setiap perkataan yang
direka di atas kertas A4. Pemenang akan ditentukan berdasarkan bilangan ejaan
yang betul bagi setiap kumpulan. Selepas itu, minum petang dan solat Asar
secara berjemaah serta bacaan Mathurat
dilakukan di surau. Fasilitator yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan
suasana di dalam surau tenang ialah Saudara Mohd Naif Hilmi Bin Adnan.
![]() |
Slot "Chopp" |
Bagi aktiviti riadah diteruskan
pula dengan slot kelapan iaitu “Explorace” yang diketuai oleh
saudara Shaifullah Idlan Bin Rozlan dan Saudari Nurul Noramelya Binti Zulkefli.
Lokasi Explorace ini telah dilakukan
di Taman Jajar berhampiran dengan Suffolk House. Terdapat lima check point dalam aktiviti explorace
ini. Dua kumpulan yang akan melakukan aktiviti pada satu masa pada setiap check point bagi menjimatkan masa. Check point yang pertama adalah
‘Pentingnya Ilmu’ yang dikendalikan oleh Saudara Ahmad Muzaidi Bin Ab Razab dan
Saudara Mohd Mukhris Bin Awang. Para peserta dikehendaki untuk mempraktikkan
cara-cara untuk bertayamum. Setiap wakil dari setiap kumpulan yang sukarela
dipanggil untuk menunjukkan cara-cara bertayamum kepada ahli kumpulan mereka.
Setelah semua ahli faham dan jelas dengan cara-cara bertayamum, mereka diminta
untuk melakukan secara praktikal dihadapan fasi. Antara objektif yang dapat diambil
daripada check point ini adalah bagi
memperingatkan semula para peserta tentang cara-cara bertayamum serta
pentingnya ilmu fardhu ain bagi setiap individu.
![]() |
Checkpoint 1 - "Pentingnya Ilmu" |
Check point yang kedua adalah “Mahalnya Anugerah Allah”. Check point ini diuruskan oleh saudara
Muhammad Abdul Muhaimin Bin Mamat dan saudari Wan Haizatul Akma Binti Wan
Hassan. Tugasan dalam check point ini adalah setiap kumpulan diberi dua biji
botol. Lima orang peserta diperlukan dan dikehendaki membuat satu barisan.
Botol pertama dipenuhkan dengan air manakala botol kedua pula dalam keadaan
kosong. Peserta dikehendaki untuk memindahkan air dari botol pertama kemudian
memenuhkan air tersebut ke dalam botol kosong yang kedua dengan hanya
menggunakan straw. Para peserta diberikan tempoh selama tiga minit sahaja.
Setelah para peserta berjaya memenuhkan air itu ke dalam botol kedua, salah
seorang daripada ahli kumpulan hendaklah mengambil air itu untuk berwuduk.
Antara pengajaran yang dapat diambil daripada check point ini adalah para
peserta akan dapat memahami bahawa iman seseorang boleh bertambah dan juga
berkurang. Peserta juga dapat tahu strategi dan dapat memupuk semangat
kerjasama antara ahli kumpulan.
Check
point yang ketiga pula adalah “Manisnya Ukhuwah”. Check point ini diuruskan oleh Saudari Nor Sakinah Binti Mat Saad
dan Saudari Tety Hazira Binti Mohamad Khalid. Bagi check point ini, fasilitator
akan mengedarkan dua biji telur kepada setiap kumpulan. Fasilitator memberi
arahan meminta setiap peserta dalam kumpulan untuk menghabiskan telur mentah
tersebut dalam masa yang telah ditetapkan. Untuk menghabiskan dua biji telur
mentah itu, setiap ahli kumpulan perlulah bersikap bantu-membantu. Antara
pengajaran yang dapat diambil daripada tugasan ini adalah dapat mengeratkan
lagi ukhuwah antara ahli kumpulan serta
cekal dalam mengharungi apa jua cabaran sekalipun. Di samping itu, tugasan ini
menerapkan sifat bersyukur dalam diri masing-masing dengan nikmat dan pemberian
yang diberikan.
![]() |
Checkpoint 3 - "Manisnya Ukhwah" |
Check point keempat
pula adalah ‘’Permaidani Idaman”. Check
point ini dikendalikan oleh saudara Muhammad Danial Bin Azman dan saudara
Muhammad Zikri Bin Zaini. Cara pelaksanaan dalam check point adalah fasi yang
bertugas menyediakan satu kertas mahjung bagi setiap kumpulan. Kemudian, fasi
akan memberi arahan kepada ahli kumpulan untuk meletakkan sebiji cawan
polistrin berisi air di atas kertas mahjung itu tadi. Semua ahli dalam kumpulan
perlu membawa cawan yang berisi air di atas kertas mahjung itu tadi dari suatu
jarak tanpa menumpahkan air di dalam cawan itu. Tugasan ini dapat menyemaikan
lagi sifat ukhuwah, semangat kerjasama mahupun bersatu-padu antara ahli
kumpulan. Ia juga dapat mencungkil bakat kreativiti para peserta.
![]() |
Checkpoint 4 - "Permaidani Idaman" |
Check point yang terakhir adalah “Gua
Buta Gua Buat” yang diuruskan oleh saudari Nurmarsyita Binti Mohd Shah dan
saudara Asraf Bin Ahmad. Tugasan yang diberikan adalah diminta seorang wakil
dari setiap kumpulan untuk menutup mata dan fasilitator yang bertugas akan
mengedarkan beberapa perkataan yang telah diasingkan iaitu senarai rukun-rukun
solat. Ahli-ahli yang tidak menutup mata dikehendaki untuk memberi arahan
kepada ahli yang menutup mata ini untuk menyusun balik senarai rukun-rukun
solat itu tadi dengan mengikut tertib. Para peserta akan lebih peka serta sifat
percaya pada rakan dapat diwujudkan.
![]() |
Checkpoint 5 - "Gua Buta Gua Buat" |
Selepas
itu adalah makan malam dan khidmat diri oleh para peserta dan fasilitator.
Tibanya azan maghrib, para peserta dan fasilitator diminta berkumpul disurau
bagi menunaikan solat Maghrib secara berjemaah. Selesai solat Maghrib dan bacaan
surah Yasin, solat sunat hajat serta slot “Celik Minda” telah disampaikan oleh
wakil daripada peserta telah mengisi kekosongan sebelum masuknya waktu solat
Isya’.
Selesai
sudah solat berjemaah, para peserta diminta berkumpul di dewan untuk slot
kesembilan iaitu Last man Standing- Kami Tahu” yang dikendalikan oleh Saudara
Mohd Wafiey Bin Ab Hamid dan Saudara Ahmad Muzaidi Bin Ab Razab. Dalam aktiviti
yang pertama ini, fasilitator membahagikan dua buah kumpulan yang besar iaitu
kumpulan satu hingga kumpulan lima adalah kumpulan A manakala kumpulan enam
hingga kumpulan tujuh adalah kumpulan B. Fasi yang bertugas mempamerkan contoh
duit RM100. Tugasan bagi kumpulan A adalah untuk menyenaraikan seberapa banyak
pahala yang boleh dapat dengan duit itu. Berbeza pula dengan kumpulan B, mereka
perlu menyenaraikan seberapa banyak dosa yang boleh dapat daripada duit itu.
Sebagai contoh, pahala yang boleh dapat daripada duit itu adalah seperti
bersedekah, membantu orang dalam kesusahan, dan sebagainya. Dosa pula yang
dapat daripada duit itu adalah seperti mencuri, memberi dan menerima rasuah,
membeli arak dan banyak lagi. Slot ini mengajar kita supaya berfikir dengan
sebaik-baiknya dalam menguruskan duit kerana dengan duit macam-macam boleh
terjadi. Aktiviti yang kedua pula dinamakan “Kami Lebih Baik” iaitu
belajar dimana lebih baik sama ada belajar di luar negara ataupun belajar dalam
negara. Kumpulan A dan kumpulan B akan mempertahankan pendirian mereka dengan
hujah-hujah yang bernas serta akan menyatakan kelemahan pada pihak lawan.
![]() |
Peserta terbaik iaitu adik 'arif sedang memberi tazkirah maghrib untuk slot "Celik Minda" |
![]() |
Slot "Last Man Standing - Kami Lebih Baik" |
Sesi
seterusnya adalah “Happy Hour” yang dikelola
oleh Saudara Muhammad Zul Fazrin Bin Zainul Abidin. Peserta bersama–sama para
fasilatator melakukan ‘refreshment’ untuk lagu “Sebelum
Terlena” .
Setelah
itu, para peserta disajikan makan malam di dewan makan seterusnya diminta
berkumpul balik di dalam dewan untuk aktiviti bagi slot kesepuluh iaitu “ Muhasabah Diri”. Aktiviti ini
dijalankan bagi memberi kesedaran kepada peserta dalam menghadapi peperiksaan
PMR dan SPM. Slot ini juga memberi kesedaran untuk berjaya dalam kehidupan yang
diketuai oleh En Wan Nazrul Helmy bin Wan Mohd Zain dibantu oleh para
fasilitator. Selepas slot itu ,aktiviti khidmat diri bagi para peserta dan juga
para fasilitator.
![]() |
Slot "Muhasabah Diri" |
Keesokan paginya adalah solat subuh
berjemaah, bacaan Mathurat serta slot ”Celik
Minda” yang disampaikan oleh wakil dari peserta.Selesai solat, para peserta dibawa
ke Taman Jajar untuk aktiviti senaman pagi iaitu “Suai Fizikal” yang diketuai oleh Saudara Mohamad Sharimie Arif Bin
Mat Taib. Tambahan pula, nyanyian lafaz Asma Ul-Husna dialungkan sebelum
aktiviti ini dijalankan. Selepas itu, adalah sarapan pagi dan khidmat diri.
Setelah selesai, para peserta
diminta masuk ke dalam dewan untuk slot bersama PIBG sekolah Menengah
Kebangsaan Agama Al-Mashoor (L). Para peserta serta fasilitator disediakan
minum pagi.
![]() |
Slot
Bersama PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor (L)
|
Aktiviti diteruskan lagi dengan
ceramah motivasi “Kau Boleh!” yang dikelolai oleh En Wan Nazrul Helmy Bin Wan
Mohd Zain selaku penasihat Kelab In-Smartive. Segala nasihat dan
langkah-langkah untuk berjaya dalam hidup diberikan oleh En.Wan kepada para
peserta. Peserta membuat rumusan terhadap pengalaman mereka sepanjang 3 hari
dan mengisi borang maklum balas yang diedarkan.
Persediaan Majlis Perasmian Penutup
diuruskan oleh para fasilitator. Tepat pukul 12.00 tengahari majlis perasmian
penutup dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku , dan lagu negeri Pulau Pinang.
Seterusya, ucapan disampaikan oleh penasihat kelab In-Smartive En.Wan Nazrul
Helmy bin Wan Mohd Zain. Selepas itu , perasmian penutup dirasmikan oleh Yang
DiPertua PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor (L), Dr.Wan Rosli
bin Wan Daud. Majlis diteruskan lagi dengan dengan persembahan khas marhaban
wakil dari peserta secara beramai-ramai serta persembahan dari fasilitator
kelab In-Smartive iaitu lagu “Akrab Persahabatan”. Penyampaian sijil penghargaan kepada peserta
terbaik Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor (L) iaitu Muhammad ‘Arif
Bin Mat Naser dan peserta terbaik Sekolah Menengah Kebangsaan Air Itam iaitu
Aminuddin Bin Ahmad. Penyampaian sijil penyertaan peserta juga dilakukan. Majlis diteruskan dengan penyampaian
cenderamata kepada Yang DiPertua PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
Al-Mashoor (L), Dr Wan Rosli bin Wan Daud, wakil Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor
(L) dan wakil Sekolah Menengah Kebangsaan Air Itam. Selesai sudah perasmian
penutup adalah sesi fotografi beramai-ramai di hadapan dewan asrama Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama Al-Mashoor (L), Sebelum pulang, para peserta dan para
fasilitator dihidangkan sajian tengahari. Jam 3.00 petang ,para fasilitator
membuat pendaftaran keluar dan bergerak pulang dari Sekolah Menengah Kebangsaan
Agama Al-Mashoor (L), ke Universiti Malaysia Pahang .
![]() |
Peserta Terbaik Setiap Sekolah |
0 comments