KEM INTERAKSI PEMIMPIN MUDA (IN-TEAM) SEK. KEB. DURIAN MAS 2

4:26 PM


Pada 3 Mac hingga 5 Mac 2016, telah berlangsungnya Kem Interaksi Pemimpin Muda (IN-TEAM) dengan kerjasama antara Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Sekolah Kebangsaan Durian Mas II. Seramai 96 orang peserta terdiri daripada para pengawas dari Sekolah Kebangsaan Durian Mas II berpeluang menyertai Kem Interaksi Pemimpin Muda (IN-TEAM) pada kali ini. Penganjuran kali ini juga melibatkan seramai 28 orang mahasiswa daripada kelab In-Smartive yang berperanan sebagai fasilitator. Projek kali ini turut mendapat perhatian daripada Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Durian Mas II.  

Pengurus projek pada kali ini yang merupakan pelajar Fakulti Sains Dan Teknologi Industri (FIST), Siti Hajar Ulya Binti Abdul Razak, 22 yang sangat menekankan  daya berfikir secara kreatif dan kritis di mana modul kepimpinan sepanjang program ini direka khas untuk meningkatkan daya kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis serta menekankan nilai kerjasama dan kepimpinan antara ahli kumpulan dalam diri pelajar. 

Khamis | 3 Mac 2016


Perjalanan kem bermula dengan majlis perasmian dan acara penyerahan peserta kepada kelab In-Smartive UMP diikuti penyerahan para fasilitator kepada keluarga angkat. Setelah selesainya majlis perasmian dan acara penyerahan sesi pertama bermula iaitu taklimat kursus dikendalikan oleh saudara Mukhris dimana para peserta diperkenalkan dengan konsep One For All, All For One

Ucapan oleh guru besar Sek. Keb. Durian Mas 2
Taklimat kursus oleh Saudara Mukhris
Setelah selesainya solat asar dan sedikit kudapan, sesi kedua bermula pada jam 1715 Tak Kenal Maka Tak Cinta yang dikendalikan oleh saudara Nizam. Slot ini membolehkan para peserta mengenali antara satu sama lain dan para fasilitator kem.

Seterusnya, solat maghrib dan isyak berjemaah diadakan di surau sekolah. Setelah selesainya solat secara berjemaah yang dikendalikan oleh AJK Kerohanian aktiviti diteruskan dengan Mulanya Di Sini yang dikendalikan oleh saudara Aiman Fikri dimana pada slot ini peserta perlu memilih penghulu dan penghuluwati serta ahli jawatankuasa berdasarkan pilihan raya.

Pilihanraya berlangsung
Aktiviti diteruskan dengan sesi ke-4  Light, Camera, Action yang dikendalikan oleh saudari Fiza.

Para peserta membentuk identiti kumpulan
Pada jam 2215 para peserta dan fasilitator pulang ke rumah. Menariknya, kem pada kali ini para peserta dibenarkan pulang ke rumah dan para fasilitator kem ini pula pulang ke rumah keluarga angkat yang merupakan ibu bapa kepada beberapa orang peserta IN-TEAM ini juga.

JUMAAT | 4 Mac 2016

Seawal 7 pagi para peserta dan fasilitator ke sekolah dan perhimpunan pagi bermula pada jam 0720 dan lebih kurang jam 0800 Morning Punch-In bermula dimana para peserta dapat meningkatkan kecergasan dan daya metabolisma. Seterusnya aktiviti diteruskan dengan sesi ke-5 iaitu Pulau Impian dimana para peserta  dapat memahami teknik perancangan yang lebih bijak yang dikendalikan oleh saudari Nisa.

Peserta dikehendaki membangunkan Pulai Impian dengan menggunakan bajet yang diberikan
Aktiviti kemudian diteruskan dengan sesi ke-6 Kapal Bocor yang dikendalikan oleh saudari Liana, para peserta diberi satu situasi untuk diselesaikan dalam masa yang genting. Setelah selesai aktiviti ke -6 para peserta bergerak ke surau untuk menunaikan solat Sunat Dhuha.

Peserta dapat melatih diri membuat keputusan yang cepat dan tepat dalam aktiviti Kapal Bocor ini

Seterusnya, aktiviti diteruskan lagi dengan sesi ke-7 yang dikendalikan oleh Hani Dahlia dan Mashitah iaitu Last Man Standing.

Peserta berbahas serta mengeluarkan hujah-hujah yang bernas berdasarkan tajuk yang diberikan

Sesi ke-11 iaitu slot AKU! yang dikendalikan oleh saudari Aqilah dimana peserta diberi masa untuk menyenaraikan tokoh-tokoh yang dikagumi.


Peserta mengenal pasti ciri-ciri seorang pemimpin dan refleksikan kembali pada dirinya sendiri
Pada jam 1230 para peserta dan fasilitator makan tengahari dan selesai makan, peserta dan fasilitator lelaki ke masjid untuk solat Jumaat manakala peserta serta fasilitator perempuan solat zuhur berjemaah di surau sekolah. Setelah lelaki selesai solat Jumaat pada jam 1430 sesi ke-8 bermula dimana ia dikendalikan  oleh saudari Norma dan Diana iaitu slot Cheers War.

Peserta mempraktikkan semangat kerja kumpulan dalam mempertahankan organisasi mereka

Aktiviti diteruskan lagi dengan sesi ke-9 Salah Siapa?. Slot ini dikendalikan oleh saudara Arif.

Peserta dapat menguji tahap pemikiran dan lebih berani melontarkan idea

Sesi ke-10 The Burj yang dikendali oleh saudara Marzuk. Peserta dapat mengetahui kepentingan mendengar arahan ketua bagi menyelesaikan sesuatu tugasan. Setelah selesai aktiviti tersebut para peserta makan malam dan bersiap sedia untuk solat berjemaah. Seterusnya, aktiviti diteruskan dengan sesi ke-12 Warkah Buat Sang Pemimpin, para peserta dapat refleksikan diri dan berusaha mengubah diri kearah yang lebih baik yang dikendalikan oleh saudari Farhana dan aktiviti terakhir untuk malam kedua ialah Cermin Diri oleh saudara Khairi dan saudari Damia.


Slot The Burj


SABTU | 5 Mac 2016

Hari ketiga dimulakan dengan sesi ke-14 Menggilap Mutiara dimana peserta diberi peluang untuk berkongsi sebarang masalah. Peserta juga dapat memberikan maklumbalas san pandangan mereka bersama fasilitator. Aktiviti diteruskan dengan sesi ke-15 Hati ke Hati  yang dikendalikan oleh saudari Munirah.

Menggilap mutiara
Pada jam 1100 Majlis Perasmian Penutup bermula. Hadir merasmikan majlis penutup ialah Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Dungun, Tuan Haji Ramli Bin Jusoh yang telah meluahkan rasa kagumnya dan memberi maklum balas yang positif terhadap Kem Interaksi Pemimpin Muda (In-Team) di Sekolah Kebangsaan Durian Mas 2 ini. Beliau juga turut merasakan  bahawa usaha sama ini sebagai satu perkongsian pintar yang boleh dikembangkan.

Dalam majlis ini turut disampaikan Anugerah  Peserta Terbaik kepada pelajar tahun 6 iaitu Muhammad Muiz Mudzill Bin Mohd Ridhuan dan Nur Falisya Binti Ali. Kedua-dua mereka menyatakan rasa syukur dan gembira kerana berpeluang manjalani projek ini yang dapat mengasah bakat kepimpinan mereka.

Turut hadir ialah Ketua Penyelidik Kepada Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang merangkap Penasihat Kelab In-Smartive, Encik Wan Nazrul Helmy Bin Wan Mohd Zain, Encik Subiyamin Sulaiman selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Durian Mas 2 dan Tuan Haji Ghazali Bin Sulaiman selaku wakil Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Durian Mas 2, guru-guru SK Durian Mas 2 serta para keluarga angkat yang turut terlibat dalam projek ini.

Penyampaian cenderamata kepada pihak In-Smartive

Sesi bergambar

Setelah tamatnya, majlis penutup para fasilitator meluangkan masa bersama keluarga angkat mereka.


AHAD | 6 Mac 2016

Projek yang berbeza dengan projek-projek yang dijalankan sebelum ini para peserta mengadakan Lawatan ke Rumah Ehsan di Bandar Al-Muktafi Billah Shah. Pada jam 0830 para mahasiswa UMP tiba di Rumah Ehsan tersebut dan diberi taklimat ringkas oleh wakil Rumah Ehsan. Mahasiswa mengeratkan silaturrahim dengan menyantuni penghuni rumah orang tua. Sebelum pulang  jam 1430 mahasiswa menikmati juadah yang disediakan dan jam 1430 mahasiswa bertolak untuk pulang ke UMP.


You Might Also Like

0 comments

Rakan Blog InSmartive

Total Pageviews