KEM INTERAKSI PEMIMPIN MUDA SMK CHINI 2
8:00 AM
Tanggal 20 April bermulanya sketsa Kem Interaksi
Pemimpin Muda (In-Team) di Sekolah
Kebangsaan (SMK) Chini 2 yang julung kali dijalankan. Program ini
melibatkan seramai 100 barisan pemimpin muda sekolah terdiri daripada badan
pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua tingkatan dan pengerusi kelab
dan persatuan. Setibanya para fasilitator di SMK Chini 2, satu sesi taklimat
yang diberikan oleh barisan kauselor sekolah iaitu En Roslan dan Pn Haizan .
Sejurus tamat sesi taklimat oleh wakil pihak sekolah, para fasilitator terus ke
bilik penginapan yang telah disediakan. Setelah selesai solat asar, satu majlis ringkas
penyerahan peserta dari pihak sekolah kepada pihak In-Smartive telah
dijalankan.
![]() |
Sesi penyerahan peserta. |
Selesai Majlis
Penyerahan, taklimat telah diberikan oleh Penasihat In-Smartive kepada para
peserta. Setiap peserta telah diterangakan berkenaan kod etika, ketetapan
masa, disiplin dan slogan atau pendekatan yang akan digunakan malah bakal diaplikasikan sepanjang program iaitu "One For All, All For One". Semasa sesi taklimat juga para peserta telah
diberi beberapa barang amanah seperti tag nama. Setiap peserta
diberikan satu nama yang akan dipakai. Malah, jam tangan, telefon bimbit dan sebarang alat elektronik telah dipungut dan disimpan
dimana penggunaan sebarang alat elektronik adalah diharamkan sepanjang program.
![]() |
Barang elektronik di pungut |
Hari pertama berada
di bumi SMK Chini 2 menceritakan seribu satu pengalaman. Riak wajah gembira dan
teruja menerima kehadiran fasilitator pada awal kehadiran kami tiba-tiba
bertukar menjadi masam dan muram apabila beberapa pengumuman dan tindakan dikenakan terhadap mereka atas
kesalahan-kesalahan displin yang dilakukan. Tindakan beberapa fasilitator yang
membawa watak tegas lebih merungsingkan mereka. Pada malam pertama di SMK Chini 2 menyaksikan satu
peristiwa dimana ketua dan penolong pengawas menerima hukuman atas kesalahan para peserta membuang
makanan di dalam tong sampah. Atas semangat ‘’One For All, All For One’’ para
peserta sanggup untuk bersama-sama dikenakan hukuman atas kesalahan mereka.
Namun, atas keluhuran dan kemurniaan hati ketua dan penolong pengawas, mereka
mengarahkan rakan-rakan lain untuk bergerak ke dalam dewan dan meninggalkan
mereka sahaja untuk dikenakan hukuman. Situasi tegang mula berlaku dimana para peserta dalam dilema sama ada ingin terus berada bersama ketua mereka atau bergerak terus ke dalam dewan. Situasi provokasi yang wujud menegangkan lagi keadaan pada malam tersebut.
Malah, pada malam tersebut telah menyaksikan
pelucutan jawatan ketua dan penolong pengawas sepanjang program tersebut.
Organisasi baru yang diketuai penghulu dan penghuluwati telah dijalankan dan
proses pelantikan telah dijalankan sesama mereka sendiri. Setelah satu
organisasi baru telah wujud peserta yang membawa nama sebagai kacip Fatimah
dilantik sebagai penghulu dan jagung sebagai penghuluwati.
Kemudian
dengan bantuan dari fasilitator para peserta telah menetapkan 10 wata displin
dimana akan dipatuhi sepanjang program dan jika mereka ingkar denda akan
dikenakan. Antara wata displin yang telah ditetapkan ialah :
- Ikhlaskan niat kerana ALLAH
- Amanah
- Bekerjasama
- Hormat-menghormati antara satu sama lain
- Menepati masa
- Berani
- Berdisplin
- Kreatif
- Redha
- Menjaga kebersihan
Pada malam tersebut aktiviti
diteruskan lagi dengan membuat bendera pasukan dan ‘cheer’ pasukan masing-masing.
Setiap pasukan diminta untuk melakarkan dan mewarnakan bendera dan mencipta
satu ‘cheer’ kumpulan mengikut kreativiti masing-masing.
![]() |
Slot membuat bendera sedang dijalankan |
Semasa sesi pembentangan, setiap kumpulan menampilkan kreativiti kumpulan masing-masing dalam menceriakan bendera mereka. Setiap bentuk, warna dan lakaran mempunyai rationalnya. Malah ‘cheer’ yang dicipta telah membakar semangat setiap kumpulan untuk saling bekerjsama.
![]() |
Sesi pembentangan. |
Seawal jam 0500, 21 April
2012 para peserta bersedia untuk qiammulail yang diketuai oleh AJK Kerohanian.
Selesai qiammulail dan solat subuh berjemaah para peserta bersedia untuk
bergerak ke UMP Kampus Gambang untuk slot 'explorace' dan slot 'Titanic'. Jam 0700 para pelajar dan fasilitator sudah bergerak ke UMP Kampus Gambang dan tiba
pada sekitar jam 0830. Pada jam 0930 setelah taklimat ringkas oleh AJK Pelaksana
Program aktiviti explorace telah dijalankan oleh penyelaras projek iaitu
saudari Salwana. Aktiviti explorace meliputi seluruh kawasan UMP Kampus Gambang
dimana terdapat 10 checkpoints yang telah disediakan. Melalui aktiviti
explorace para peserta didedahkan semangat berpasukan, kepantasan dan
kekreatifan setiap pasukan menyelesaikan tugasan di setiap checkpoints.
Aktiviti explorace telah tamat pada jam 1330. Walaupun setiap tugasan yang dikenakan adalah menguji
ketahanan mental dan fizikal namun disebaliknya mempunyai pelbagai asbab dan
musabab tersendiri. Sebagai contoh, minum air anggur masin walaupun luarannya
nampak sedap dan enak tetapi apabila diminum siapa sangka air anggur tersebut
sudah dilarutkan bersama garam. Rationalnya disini, sesuatu yang berlaku
didunia ini walaupun kelihatan cantik,mewah dan gembira hakikatnya disebalik
segala kejadian tidaklah sebagaimana yang kita lihat dengan mata kasar. Contoh
lain yang boleh diberi ialah memakan peria dapat di rationalkan bahawa dalam
hidup kita tidak semua kejadian dan peristiwa itu manis belaka, kadang kala
kita terpaksa merasa kepahitan hidup untuk berjaya.
Antara gambar peserta di setiap checkpoint:
![]() |
Minum air 'anggur'. |
![]() |
cabaran. |
![]() |
ketahanan. |
Setelah selesai solat zohor
berjemaah, para peserta diteruskan lagi dengan aktiviti slot terbaru iaitu
Titanic. Setiap pasukan akan diberi satu biji botol dimana botol tersebut
ditebuk dan diikat menggunakan tali. Setiap ahli pasukan kecuali ketua pasukan
dikehendaki menutup mata dan mencedok air ke dalam botol berlubang tersebut
dari Baldi A ke Baldi B. Tujuan slot ini untuk melatih ketua kumpulan memberi
arahan yang betul dan tepat kepada anak buah masing-masing. Manakala setiap
ahli perlu mendengar dan bertindak mengikut arahan ketua mereka sendiri.
Fasilitator yang bertindak mewujudkan provoksi membuatkan situasi lebih
mencabar untuk setiap ketua dan ahli pasukan memberi dan menerima arahan yang
betul dan tepat. Slot titanic yang bermula pada
jam 1440 ini berakhir pada jam 1630. Setelah selesai solat asar,
fasilitator dan para peserta bergerak pulang ke SMK Chini 2 semula.
Antara gambar slot Titanic:
Pada sebelah malam, program
In-Team disambung dengan slot Last Man Standing dimana setiap peserta
dipecahkan kepada 4 kumpulan. Last Man Standing merupakan satu slot yang
melatih para peserta untuk berucap dan bercakap di khalayak ramai. Slot yang
berbentuk pengucapan awam ini membantu para peserta untuk tidak malu atau kekok
untuk menyatakan pendapat, pandangan dan luahan kepada orang lain. Slot yang
dibantu oleh barisan fasilitator mengamitkan lagi suasana meriah pada malam
itu. Setiap pasukan menonjolkan semangat mereka untuk berucap di hadapan
khalayak ramai. Fasilitator yang bertindak sebagai pengendali slot dan pembakar
semangat akhirnya dapat membuatkan setiap peserta bercakap di hadapan. Para peserta dibenarkan tidur pada jam 0000.
Kemuncak slot pada program ini bermula pada 22 April
2012 slot hard recall. Dimana para peserta telah dikejutkan seawal jam 2:00
pagi. Pada slot tersebut, segala kesalahan para peserta yang melanggar wata
displin yang dimetrai oleh mereka sendiri telah diutarakan. Antara kesalahan
yang diutarakan ialah kealpaan menjaga barang amanah dan tidak berpengang pada
konsep ‘One For All, All For One’ . Mengisi slot pada malam tersebut, setiap
peserta telah diikat mata dan dengan arahan dan panduan fasilitator mereka
dibawa ke padang melalui jalan-jalan yang berada di sekolah tersebut. Melalui
aktiviti ini dapat menyaksikan keberanian setiap peserta untuk berjalan di
dalam gelap tanpa sebarang benda untuk dipegang melainkan arahan fasilitator
yang membawa mereka. Tengkorak palsu yang diletakkan di kawasan padang menguji
tahap keberanian para peserta ketika diarahkan untuk memegangnya.
Setelah semua peserta berada dipadang, ikatan mata mereka telah dibuka maka bermula situasi kemuncak pada malam tersebut. Bendera setiap kumpulan telah dibakar atas kesalahan mereka tidak menjaga barang amanah dengan sebaiknya. Pada ketika itu juga, atas sebab situasi tegang yang berlaku, penghulu dan penghuluwati tidak dapat mengawal keadaan dengan baik dan mereka telah dilucutkan jawatan dan digantikan dengan peserta lain iaitu Nona untuk mengawal keadaan sekaligus menjadi ketua baru. Namun, setelah situasi
menjadi lebih kucar kacir para peserta tidak dapat membuat keputusan dengan
baik untuk bertindak. Situasi menjadi lebih tidak terkawal apabila fasilitator
cuba mewujudkan provokasi untuk membakar bendera pengawas mereka. Namun atas
kesedaran dan sifat kebertanggungjawaban selaku pempimpin sekolah mereka
mencuba sedaya upaya menyelamatkan bendera pengawas daripada dibakar. Malam yang cukup
panjang bagi para peserta tersebut akhirnya berakhir ketika laungan azan
subuh yang berkumandang. Para peserta berjanji untuk berubah dan berikrar akan
sentiasa menjaga maruah sekolah disaksikan oleh Guru Penolong Kanan SMK Chini 2
sendiri. Malam tersebut diakhiri dengan berzikir mengingati dan memohon
keampuan kepada Allah atas kekhilafan masing-masing.
Pada
hari terakhir para peserta meneruskan sebuah lagi
slot iaitu slot refleksi diri dan solusi. Slot refleksi diri bertujuan untuk
mewujudkan plan tindakan atau plan of action oleh setiap badan kepimpian
sekolah agar mereka tahu kemana dan apa visi dan misi sebagai sebuah badan
kepimpinan sekolah. Kemudian, setelah sesi perbincangan atau brainstorming
dijalankan plan tindakan tersebut ditulis di atas kertas mahjung supaya setiap
peserta memahami dengan jelas apa yang perlu dilakukankan kelak.
Setelah selesai slot refleksi
penasihat kelab In-Smartive telah menggulungkan dan merasionalkan segala
tindakan dan slot yang
dijalankan sepanjang program. Slot solusi ini amat penting untuk menyedarkan
para peserta sebenarnya kekerasan dan ketegasan yang menjadi tunjang utama
program ini adalah untuk melatih para pemimpin mempunyai ketahanan fizikal dan
mental yang kuat dimana apabila mereka tamat sahaja program ini mereka bersedia
menerima sebarang masalah dan mampu untuk menyelesaikannya dengan cekap. Selain
itu, slot solusi ini membuka mata kepada para peserta sebenarnya tanggungjawab
yang digalas oleh setiap pemimpin bukanlah semudah yang disangkakan.
Ianya memerlukan banyak pengorbanan dan kepahitan untuk dilalui. Malah konsep "One For All, All For One" sebenarnya bukan sahaja diterapkan ketika program
tetapi sebagai satu badan kepimpinan, sikap dan budaya bekerjasama perlu
sentiasa diamalkan untuk memudahkan kerja. Pada jam 1230 Majlis
Perasmian Penutup Kem Interkasi Pempimpin Muda (In-Team) telah diadakan.
Keunikan majlis ini meyaksikan keberanian pengerusi majlis menyahut cabaran
untuk mengendalikan majlis tanpa sebarang teks ucapan bantuan daripada guru
mereka. Malah, pengakuan dari penghulu
peserta sebelum ini beliau segan untuk berucap di atas pentas namun beliau
membuktikan untuk menyampaikan ucapan di hadapan lebih 100 pendegar tanpa
bantuan dari guru dan teks.
![]() |
Pengerusi majlis |
Jika wajah mereka pada awal
kehadiran kami masam, muram dan tertekan sebenarnya di penghujngnya mereka sedar
bukan senang sebenarnya untuk menjadi
pemimpin dan memimpin orang lain. Terukir di setiap riak wajah peserta penuh
dengan kegembiraan dan keseronokan. Latihan, slot dan tunjuk ajar
selama 3 hari sebenarnya belum cukup untuk mengumumkan diri kita sebagai
seorang pemimpin yang berguna. Ilmu yang ada perlu diaplikasikan, perubahan
yang wujud perlu istiqamah, semangat yang ditunjukkan perlu dikobarkan dan keihklasan
itu perlu disematkan dalam setiap tindakan. Jika di awal program para peserta
pasif, malu untuk bercakap, segan untuk bertindak dan tidak menepati masa tetapi
di akhir program mereka membuktikan bahawa mereka adalah pemimpin yang berani, berdisplin, proaktif, berwibawa dan berkredibiliti. Kesedaran yang timbul sepanjang program membuka mata para pemimpin untuk terus berubah berlandaskan
niat yang betul, berbekalkan ilmu, kekuatan mental dan fizikal yang tinggi dan
juga pengorbanan.
Antara gambar pada majlis penutup:
![]() |
Cenderamata kepada wakil pihak sekolah. |
![]() |
Sijil penyertaan kepada Penghulu dan rakan-rakan. |
Telah menjadi
satu adat daripada kelab In-Smartive bagi acara menurunkan tandantangan beramai-ramai
di atas banner sebagai tanda kenang-kenangan dan pembakar semangat kepada para
peserta.
![]() |
Guru Penolong Kanan, Pn. Hj Rosmawati Mohd Salleh sedang menurunkan tandatangan beliau. |
![]() |
Barisan pemimpin SMK CHINI 2 |
0 comments