KEM INTERAKSI PEMIMPIN MUDA (IN-TEAM) MINI SEK. KEB. SERANDU

2:55 PM


             Pada 20 Februari 2016 yang lalu, Kelab In-Smartive telah mengadakan satu Kem Interaksi Pemimpin Muda (IN-TEAM) Mini SK Serandu yang bertempat di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Pekan yang berlangsung selama satu hari. Walaupun sibuk dengan persiapan perasmian Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Pekan sebagai kampus utama yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Berhormat Dato’ Seri Najib Tun Razak pada keesokan harinya iaitu 21 Februari 2016, pihak Kelab In-Smartive tetap memenuhi permintaan pihak sekolah SK Serandu untuk meneruskan kem ini. Kem ini disertai oleh 84 orang peserta yang terdiri daripada barisan kepimpinan sekolah yang melibatkan pelajar Tahap 2 dan beberapa orang guru serta bersama 25 orang fasilitator yang telah berkerja keras dan berhempas pulas bagi menjayakan program ini.

           Alhamdulillah selepas perjalanan dengan menaiki bas yang mengambil masa selama 45 minit, kami semua selamat sampai ke destinasi yang dituju. Kehadiran kami disambut dengan meriah oleh pihak sekolah dan adik-adik Sekolah Kebangsaan Serandu. Pada jam 0800 pagi, acara dimulakan dengan penyerahan peserta oleh pihak sekolah kepada Kelab In-Smartive.


Majlis Penyerahan Peserta
         Timbalan Pengurus Projek, Nur Hani Dahlia telah menghiburkan para peserta dengan pelbagai permainan. Acara diteruskan lagi dengan program UMP Glory yang dikelolakan oleh Encik Asyraf Ahmad. Beliau turut memperkenalkan UMP kepada para peserta selain memberikan kata-kata semangat serta tips untuk menyampaikan ucapan di khalayak ramai. 

UMP Glory
Slot seterusnya adalah Ice Breaking dan para peserta telah diagihkan kepada 9 kumpulan kecil dan dibahagikan mengikut tempat yang telah ditetapkan iaitu Bilik Kuliah (BK) 1 dan Bilik Kuliah (BK) 2. Mereka dikehendaki memperkenalkan diri mereka secara ringkas kepada fasilitator. Kemudian, para pelajar telah didedahkan dengan slot Salah Siapa yang memerlukan mereka untuk melontarkan pendapat bagi menguatkan lagi hujah mereka dalam mempertahankan pendapat mereka.  

Ice Breaking

Salah Siapa?

           Pada jam 11.00 pagi, slot Aku telah bermula. Para pelajar perlu meceritakan tentang sumber inspirasi mereka serta ciri-ciri yang terdapat pada tokoh berkenaan dan perlu mencontohi ciri-ciri yang telah disenaraikan. Setelah selesai slot ini,adik-adik telah melakukan refreshment yang dipimpin oleh saudara Naim Nasri. Setelah itu, slot Last Man Standing telah dimulakan. Slot ini telah dibahagikan kepada dua iaitu One-Way Communication dan Two-Way Communication.

Aku!
Last Man Standing
Usai solat Zuhur dan makan tengah hari, acara diteruskan dengan slot Cheers Wars. Nama kumpulan dibahagikan mengikut kartun popular kegemaran kanak-kanak iaitu Boboiboy, Doraemon, Tom and Jerry, Frozen dan sebagainya. Dapatan daripada slot ini adalah peserta dapat memupuk semangat bekerjasama, sikap toleransi, berfikiran kreatif dan kritis.

Cheers War

Tepat jam 4.00 petang, acara The Burj telah dimulakan. Para pelajar telah dibahagikan mengikut jantina. Mereka diminta untuk membina menara menggunakan beberapa batang paip yang telah disediakan oleh pihak Kelab Insmartive. Dalam acara ini, hanya ketua sahaja yang dibenarkan untuk bersuara manakala ahlinya hanya mampu menurut arahan tanpa bantahan. 

The Burj
Akhir sekali, majlis penutup telah disempurnakan dengan persembahan daripada kumpulan peserta disusuli dengan penyerahan anugerah peserta  terbaik lelaki dan perempuan, montaj serta persembahan daripada para fasilitator.  

Majlis Penutup

Disediakan oleh AJK Pengangkutan dan Penginapan. Nur Ain Qaisarah Binti Azhar

You Might Also Like

0 comments

Rakan Blog InSmartive

Total Pageviews