KEM INTERAKSI PEMIMPIN MUDA (IN-TEAM) SEK. MEN. KEB. TENGKU INDRA PETRA (1)

4:57 PM

Kem Interaksi Pemimpin Muda (IN-TEAM) merupakan salah satu projek di bawah kelab In-Smartive Universiti Malaysia Pahang. Hasil usahasama Kelab In-Smartive UMP dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra 1, Kem Interaksi Pemimpin Muda SMK Tengku Indra Petra 1 dapat dilaksanakan dengan jayanya buat kali kedua pada 25 Februari hingga 27 Februari 2016. 

Nama yang diberikan bagi projek ini ialah Kem Interaksi Pemimpin Muda (In-Team) 2.0 Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra (1) yang melibatkan 27 orang fasilitator serta 64 orang peserta yang terdiri draipada pelajar tingkatan 6 Projek ini diketuai oleh pengurus projek saudari Fahimah Binti Mohd Noor. Dalam kem ini, peserta didedahkan dengan ilmu pengurusan dalam pelbagai aspek. 

Rabu | 24 Februari 2016 

Para fasilitator berkumpul di UMP kampus Gambang sebelum berangkat ke SMK Tengku Indra Petra 1 di daerah Gua Musang, Kelantan. Perjalanan para fasilitator ke SMK Tengku Indra Petra 1 dengan menaiki pengangkutan dari pihak ump bermula sekitar jam 11 malam dan memakan masa lebih kurang 5 jam sebelum kami menjejakkan kaki di bumi Kelantan di mana pasukan kami berhenti rehat di Hentian Rehat Gua Musang. 

Khamis | 25 Februari 2016 

Perjalanan fasilitator terhenti di Hentian Rehat Gua Musang sekitar jam 0440 pagi bagi memberi peluang kepada fasilitator merehatkan diri dan menunaikan ibadah solat subuh sebelum berangkat ke SMK Tengku Indra Petra 1 dan tiba seawal jam 0700 pagi. Perjalanan dari Hentian Rehat Gua Musang ke sekolah yang dituju mengambil masa lebih kurang 20 minit. Perut yang sudah meminta-minta untuk diisi, akhirnya diisi setelah bersarapan sebelum memulakan aktiviti gotong-royong di sebuah masjid di daerah Gua Musang. 

Urusan daftar masuk fasilitator di penginapan sekolah dilakukan setelah perut penuh terisi. Kemudian, semua fasilitator bergerak ke Masjid Razaleigh, Mukim Bandar Lama, Gua Musang bagi memulakan aktiviti projek iaitu aktiviti kemasyarakatan.


Permulaan aktiviti gotong-royong di Masjid Razaleigh



IN-TEAM Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra (1) telah dimulakan dengan Majlis Penyerahan Peserta tepat jam 1530 petang. Majlis penyerahan pelajar di lengkapkan dengan persembahan sketsa dari pihak sekolah sebagai simbolik penyerahan pelajar kepada Kelab In-Smartive. Majiis ini diteruskan dengan ucapan daripada pengetua SMK Tengku Indra Petra 1, presiden Kelab Insmartive, saudara Muhaimin dan akhirnya ucapan perasmian oleh Tuan Haji Abdul Aziz Bin Yusuf, YDP PIBG merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas. Majlis selesai sekitar jam 1650 petang.


Majlis Penyerahan Peserta kepada Kelab In-Smartive
Setelah selesai solat asar dan minum petang, program ini disambung kembali dengan taklimat kursus yang disampaikan oleh saudari Fahimah Binti Mohd Noor selaku pengurus projek Kem Interaksi Pemimpin Muda 2.0 SMK Tengku Indra Petra 1. Program diteruskan lagi dengan slot Mari Bertaaruf. Dalam slot ini para peserta di bahagikan kepada 10 kumpulan dan semua fasilitator yang terlibat dibahagikan kepada setiap kelompok-kelompok kumpulan tadi.


Slot Mari Bertaaruf

Solat maghrib dan isyak secara berjemaah diadakan di surau asrama setelah selesai khidmat diri peserta. Waktu senggang diisi dengan santapan rohani, bacaan yaasin. Setelah selesai, aktiviti diteruskan dengan slot Mulanya Di sini. Dalam slot ini peserta diberi pilihan untuk melantik penghulu dan penghuluwati sepanjang projek berlangsung. Seterusnya, majlis pertabalan penghulu dan penghuluwati diadakan serta pelantikan jawatankuasa organisasi. Slot diteruskan lagi dengan tugasan menyiapkan bandage kumpulan dan bendera. Salah satu dapatan daripada slot ini, yang telah berlangsung selama satu jam setengah ialah peserta dapat mengetahui serta memahami fungsi jawatankuasa mengikut aturan organisasi yang betul.


Peserta menyiapkan bendera dalam Slot Mulanya Di Sini

Sekitar jam 10.30 malam, program diteruskan lagi dengan slot pra-muhasabah di mana para peserta diberi sedikit peringatan sebelum ke slot terakhir pada hari itu iaitu slot ‘Warkah Sang Pemimpin’ yang bermula jam 2315 malam. Dalam slot terakhir pada malam itu, peserta perlu menulis ikrar kepda ibu bapa mereka. Hal ini demikian, peserta dapat mencerminkan keperibadian mereka daripada pandangan rakan-rakan mereka sendiri. 

Jumaat | 26 Februari 2016

Pergerakan peserta ke surau seawal jam 5.00 pagi bagi menyiapkan diri untuk menunaikan solat subuh berjemaah. Peserta kemudian berkumpul di tapak perhimpunan kira-kira jam 0645 pagi untuk mengendaikan perhimpunan pagi. Jam 0715 pagi, senaman pagi dijalankan dalam slot Nadi Pagi yang dikendalikan sendiri oleh peserta. 

Slot Kingdom dimulakan pada jam 8.15 pagi setelah selesai bersarapan. Fasilitator kumpulan memainkan peranan masing-masing menerangkan serba sedikit mengenai slot ini. Peserta dikehendaki membina sebuah ‘Pulau Impian’. Peserta diberi senarai pilihan bangunan, pengangkutan serta prasarana dengan harga-harga yang telah ditetapkan menggunakan peruntukan yang diberikan bagi membina ‘Pulau Impian’ mereka. Selepas itu, peserta perlu menggunakan teknik Work It Out iaitu What, Who, How, When dan Why. Peserta dapat mengetahui kepentingan perancangan menggunakan teknik yang dinyatakan tadi. Sebelum berakhirnya slot Kingdom, peserta perlu membentangkan mengenai perancangan tentang Pulau Impian mereka. Antara dapatan dari slot ini ialah, peserta dapat merangka strategi untuk masa hadapan.


Pembentangan slot Work It Out
Slot diteruskan lagi dengan Inovasi, di mana para peserta perlu membuat pilihan untuk membina sebuah ciptaan berdasarkan tema-tema tertentu menggunakan bahan-bahan yang disediakan. Peserta perlu menyatakan alasan kepada pembinaan ciptaan mereka. Peserta dapat melatih diri untuk berfikir lebih pantas dan mengutarakan idea-idea yg kreatif serta dpt belajar berkomunikasi dalam kumpulan.

Slot Inovasi
Pada jam 11.00 pagi, program diteruskan lagi dengan slot Timeline. Slot ini membolehkan setiap peserta merancang masa hadapan mereka dengan mengemukakan target masing-masing. Selepas itu, peserta lelaki dilepaskan dahulu untuk makn tengah hari sebelum ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Peserta perempuan kekal di dewan untuk santapan rohani, peserta permpuan diberi pilihan video keagamaan untuk ditonton sebelum dilepaskan untuk makan tengah hari. 

Slot seterusnya bermula pada jam 3.00 petang iaitu slot Kapal Karam. Bermulanya penceritaan kapal karam daripada setiap fasilitator kumpulan kepada setiap ahli kumpulan masing-masing. Setiap peserta diberi pilihan untuk memegang jawatan dalam kapal yang hampir karam. Dalam slot ini, Peserta-peserta perlu mengeluarkan hujah-hujah masing-masing berdasarkan keputasan yang dibuat. Dalam asyik berhujah, peserta akan diuji dengan provokasi daripada fasilitator. Tujuan slot ini adalah untuk membiasakan peserta mengeluarkan hujah dengan lebih yakin dan pantas disamping dapat mengawal diridan emosi apabila berkomunikasi dengan orang. 

Selepas solat asar dan minum petang, slot diteruskan dengan Botol Harapan. Setiap ketua kumpulan peserta perlu mengetuai ahli kumpulan lain dalam aktiviti ini. Peserta perlu mencari botol yang telah disembunyikan berdasarkan arahan ketua. Peserta dapat meningkatkan kemahiran mendengar arahan daripada ketua. Peserta begitu bersemangat dalam aktiviti ini.


Misi mencari Botol Harapan
Malamnya, setelah selesai makan malam, solat maghrib dan solat isyak, aktiviti diteruskan dengan Parliament War dengan membawa tajuk mengenai Peluang Pekerjaan. Setiap kumpulan mewakili pihak-pihak tertentu dan peserta perlu menjana idea-idea berdasarkan pihak yangg diwakili mereka sebelum perdebatan dimulakan. Parliament War begitu rancak sekali dijalankan pada malam itu. Setiap peserta sangat bersemangat dalam bebahas antara mereka. Dapatan daripada slot ini adalah peserta dapat berucap dengan penuh yakin dikhalayak ramai dan mampu berbahas berdasarkan fakta kukuh dengan tepat. Seterusnya, slot Sayang Si Buta dan Cermin diri.


Semangat berhujah dalam Slot Parliament War


Sabtu | 27 Februari 2016 

Seperti kelmarin, peserta dikejutkan seawal jam 5.00 pagi bagi mempersiapkan diri untuk Qiamulail dan solat subuh berjemaah. Setelah selesai, peserta ke dewan makan untuk bersarapan pagi. Setelah perut diisi, peserta ke surau bagi menuruskan slot program iaitu slot sembang santai. Peserta dapat memberi pandangan serta membincangkan topik-topik lain bersama fasilitator. Slot ini disekalikan dengan slot Hati Ke Hati. Jam 1015 pagi, para fasilitator dan peserta sibuk menguruskan persiapan majlis perasmian penutup.


Slot Hati Ke Hati, antara fasilitator dan peserta
Majlis penutup bermula kira-kira jam 11.15 pagi. Pengurusi majlis bagi majlis perasmian penutup diwakili oleh salah seorang peserta kem. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh saudara Muhammad Izzuddin bin Ishak dan diteruskan lagi dengan persembahan peserta berlatarkan lagu ‘Kenali Dunia’. Majlis diteruskan dengan ucapan wakil peserta oleh saudara Ahmad Zuhairi yang mana saudara Ahmad Zuhairi ada menyatakan dapatan daripada Kem Interaksi Pemimpin Muda 2.0 di sekolahnya. Antara dapatan yang dinyatakan ialah mendapat ilmu baru, menyuntik semangat para peserta dan saudara Ahmad Zuhairi juga menyatakan bahawa kem ini amat baik dengan pembawaan modul-modul yang bernas. Seterusnya, ucapan daripada Encik Badrulzaman Idris selaku Pembantu Penyelidik Pejabat Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang merangkap wakil penasihat Kelab In-Smartive yang berharap program seperti ini diteruskan lagi akan datang dan majlis dilanjutkan lagi dengan ucapan serta perasmian penutup daripada Penolong Kanan Tingkatan Enam, Encik Mohd Nasir Deraman.

Acara yang dinantikan ialah penyampaian cenderamata. Acara ini dimulakan dengan penyampaiain sijil penyertaan kepada wakil peserta. Seterusnya, penyampaian sijil peserta terbaik lelaki dan perempuan. Di mana peserta lelaki terbaik ialah saudar Nur Syakirin bin Anuar, manakala peserta terbaik perempuan ialah saudari Kamiza Zakira Binti Zainuddin. Kedua-dua peserta masing-masing memberikan pendapat berkenaan perasaan meraka apabila dinobatkan sebagai peserta terbaik.. Mereka berdua sangat teruja dan peserta perempuan juga menyatakan bahawa itulah kali pertama dia diberi penghargaan sebegitu dalam hidupnya. Sesi pertukaran cenderamata dari pihak Kelab In-Smartive kepada pihak sekolah dan sebaliknya telah menutup sesi penyampaian cenderamata. Majlis diakhiri dengan tayangan montaj, sesi bergambar, salam perpisahan dan jamuan ringan.


Wakil Kelab In-Smartve bersama peserta terbaik lelaki dan perempuan

Sesi bergambar Majlis Penutup

You Might Also Like

0 comments

Rakan Blog InSmartive

Total Pageviews