PROJEK KILAUAN MUTIARA SEKOLAH KEBANGSAAN PELINDUNG
8:00 AM
Tanggal 10 mei 2013 satu lagi program dari kelab In-Smartive
Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang dengan jayanya dapat dilaksanakan. Pada
masa yang sama kelab In-Smartive juga telah mencatat sejarah apabila mengendali
2 program dalam satu masa ia itu Projek Kilauan Mutiara (PKM) Sekolah
Kebangsaan Pelindung di SK Pelindung sendiri dan Kem Interaksi Pemimpin Muda Gabungan SMK Pekan,SMK Chini 2 dan SMK Chini
Timur yang diadakan di Universiti Malaysia Pahang
kampus Gambang. Program ini melibatkan
seramai 35 orang fasilitator yang mewakili pelbagai jurusan yang ditawarkan di
UMP dan 84 orang pelajar tahun enam SK Pelindung. Matlamat utama program ini
adalah untuk meningkatkan fokus para pelajar dan meningkatkan motivasi mereka
sebagai persediaan sebelum menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Kami percaya setiap modul yang telah dilaksanakan sepanjang program ini dapat
membantu dan menyedarkan para pelajar akan kepentingan ilmu pengetahuan, sikap
dan juga cara untuk menjadi insan yang kamil. Sehubungan dengan itu cara
mengulangkaji para pelajar juga akan lebih sistematik dan produktif.
Alhamdulillah kami
tiba di kawasan sekolah rendah pelindung pada jam 3.00 petang dengan selamat.
Setibanya kami di sana kami disambut oleh guru besar Tuan Haji Mohamad bin
Husin bersama-sama guru penyelaras darjah 6 serta guru-guru lain. Kami di sambut
dengan penuh mesra dan penuh senyuman. Usai memunggah barangan daripada bas
kami bersiap sedia untuk majlis penyerahan tepat jam 3.30 petang. Pada pukul
3.15 petang ketibaan Encik Wan Nazrul helmy bin Wan Mohd Zain disambut oleh
Yang Di Pertua PIBG sekolah Kebangsaan Pelindung. Majlis penyerahan bermula
pada jam 3.30 petang. Penasihat Kelab In-Smartive memberi ucap tamu disusuli
ucapan YPD PIBG berserta ucapan perasmian dan penyerahan pelajar kepada Encik
Wan Nazrul Helmy. Majlis penyerahan selesai selepas tamatnya penyerahan
tersebut dengan penuh simboliknya.
Seterusnya
fasilitator memberi kata aluan dan ucapan terima kasih kepada guru-guru yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung. Pelajar di arahkan untuk
menunaikan solat fardhu Asar yang diimamkan oleh fasilitator. Selesai beribadat
pelajar memulakan langkah ke dewan tertutup SK Pelindung untuk mendengar
taklimat daripada Timbalan Pengurus Projek saudara Muhammad Abdul Muhaimin bin
Mamat. Taklimat menerangkan tentang disiplin yang perlu dipatuhi oleh pelajar sepanjang
program merangkumi segala aspek secara menyeluruh. Selesai taklimat, pelajar
dilepaskan untuk khidmat diri dan makan malam. Pelajar di ajar untuk menjamu
selera dengan menggunakan talam yang mana ianya juga merupakan salah satu
sunnah Nabi Muhammad S.A.W. selain dapat menjalinkan mahabbah antara para
pelajar.
Modul pertama
dimulakan pada jam 9.00 malam setelah
selesai menunaikan solat fardhu maghrib dan isyak secara berjemaah di surau
sekolah. Modul tersebut bertajuk ‘Tak Kenal Maka Tak Cinta’ yang dikendalikan
oleh saudara Badruzzaman dan Muhaimin. Menerusi slot ini para fasilitator
diperkenalkan kepada semua peserta. Matlamat slot ini dijalankan adalah kerana
mahu memperkenalkan para fasilitator yang bakal bersama peserta sepanjang
program ini berlangsung. Alhamdulillah slot ini selesai dengan baik walaupun
terdapat beberapa fasilitator yang tidak dapat hadir kerana beberapa kekangan. Walaubagaimanapun,
wajah-wajah mereka tetap dipamerkan. Selepas itu proses pembahagian kumpulan
berlangsung dengan setiap peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan.
Sejurus selesai slot pengenalan, modul ‘Radio Buruk’ menyusul. Slot ini dikendalikan oleh Putri Shamiera dengan bantuan para fasilitator yang lain walaupun pada awalnya pelajar kurang memahami cara modul ini dilaksanakan namun setelah dibimbing oleh fasilitator kumpulan, modul ini berjaya dilaksanakan dengan lancar. Modul dilaksanakan dengan cara ketua kumpulan di beri maklumat dari pada pengendali modul. Maklumat ini tidak boleh di beritahu kepada ahli yang lain namun begitu mereka diberi masa 20 saat untuk melukis dan mengedarkan kepada rakan yang dibelakang barisan mereka. Proses ini berterusan sehingga maklumat sampai kepada pelajar terakhir di setiap barisan kumpulan. Pelbagai karya lukisan yang diterjemahkan oleh peserta dalam menyampaikan maklumat tersebut. Hasilnya tiada satu kumpulan pun yang dapat meneka dengan tepat maklumat tersebut yang merupakan sepotong ayat peribahasa iaitu ‘bagai menatang minyak yang penuh . Tujuan perlaksanaan modul ini adalah untuk mendidik pelajar untuk memahami setiap maklumat yang diberi sebelum menyebarkan kepada orang lain dan mengalakkan pelajar untuk bertemu guru andai mempunyai sebarang masalah dalam pelajaran bukannya bertanya pendapat rakan.
Sejurus selesai slot pengenalan, modul ‘Radio Buruk’ menyusul. Slot ini dikendalikan oleh Putri Shamiera dengan bantuan para fasilitator yang lain walaupun pada awalnya pelajar kurang memahami cara modul ini dilaksanakan namun setelah dibimbing oleh fasilitator kumpulan, modul ini berjaya dilaksanakan dengan lancar. Modul dilaksanakan dengan cara ketua kumpulan di beri maklumat dari pada pengendali modul. Maklumat ini tidak boleh di beritahu kepada ahli yang lain namun begitu mereka diberi masa 20 saat untuk melukis dan mengedarkan kepada rakan yang dibelakang barisan mereka. Proses ini berterusan sehingga maklumat sampai kepada pelajar terakhir di setiap barisan kumpulan. Pelbagai karya lukisan yang diterjemahkan oleh peserta dalam menyampaikan maklumat tersebut. Hasilnya tiada satu kumpulan pun yang dapat meneka dengan tepat maklumat tersebut yang merupakan sepotong ayat peribahasa iaitu ‘bagai menatang minyak yang penuh . Tujuan perlaksanaan modul ini adalah untuk mendidik pelajar untuk memahami setiap maklumat yang diberi sebelum menyebarkan kepada orang lain dan mengalakkan pelajar untuk bertemu guru andai mempunyai sebarang masalah dalam pelajaran bukannya bertanya pendapat rakan.
![]() |
Slot "Radio Buruk" |
Pelajar di lepaskan untuk berehat
dan bersedia untuk aktiviti keesokan harinya. Pelajar di kejut kan untuk
menunaikan solat fadhu subuh berjemaah di surau. Selesai solat, Pengurus Projek
Amirul Farhan memberi tazkirah kepada para peserta yang bertajuk ‘Menjaga
Hubungan’. Selesai tazkirah peserta berkumpul di dewan tertutup untuk sesi
senaman pagi atau dikenali sebagai ‘Badan Cergas Minda Cerdas’ diketuai oleh Hafizullah dan beberapa orang
fasilitator bersama. Selesai bersenam, pelajar bersama-sama fasilitator menjamu
sarapan pagi.
![]() |
Slot "Badan Cergas Minda Cerdas" |
Menyusul selepas sarapan program di
teruskan lagi dengan slot ketiga ia itu slot ‘Jendela Jauhari’ tugasan ini dilakukan
secara berkumpulan seperti yang telah di tetapkan. Dikendalikan oleh Fasilitator
Syazwan dan Suaidah, di dalam slot ini pelajar didedahkan dengan cara menyusun
atau menilai perkara yang wujud yang mereka sedari tetapi tidak mengetahui sama
ada ianya penting atau tidak. Aktiviti ini dapat memberi pencerahan kepada para
pelajar mengenai perkara yang perlu dan tidak perlu dalam sesuatu
perbuatan. Tajuk yang diberikan semasa
slot ini dijalankan adalah ‘Persediaan Sebelum Ujian UPSR’.
![]() |
Slot "Jendela Jauhari" |
Slot ke empat yang diperkenalkan
kepada para peserta adalah slot ‘Story
Behind The Paper’. Di dalam tugasan ini setiap kumpulan diberikan tajuk
yang berlainan sebagai contoh jam, kereta, rumah dan sebagainya. Setiap
kumpulan dikehendaki membina ayat hasil daripada ayat didalam akhabar. Setiap
ayat itu perlulah ada kena mengena dengan tajuk yang telah diberikan kepada
mereka seperti contoh yang diberikan tadi. Tujuan perlaksanaan modul ini adalah
untuk mendidik minda kreatif para pelajar dalam membuat sesuatu perkara
walaupun ianya daripada hasil barangan terpakai disamping itu aktiviti ini
turut membantu pelajar membaca akkhbar dan mencari maklumat baru yang terdapat
pada surat khabar.
![]() |
Slot "Story Behind The Paper" |
Tugasan modul yang disusuli selepas
modul ‘story behind the paper’ adalah
merupakan aktiviti yang sangat menarik bagi peserta dimana mereka sendiri
mengaku bahawa sangat tertarik dengan perkara yang dilakukan sewaktu modul ini
dilaksanakan. Modul tersebut adalah ‘Invent’
di mana dalam slot ini setiap kumpulan diberikan satu kotak yang
mengandungi ’Kit Green Technology”
yang pelbagai jenis. Semasa modul ini di laksanakan pelajar perlu membina ’Kit Green Technology” dalam setiap kotak tersebut mengikut manual
yang disediakan. Tujuan perlaksanaan modul ini adalah untuk memupuk semangat
mencipta dalam diri peserta yang mana dengan aktiviti ini di harap para pelajar
lebih berminda terbuka dalam mencari sesuatu perkara baru.
![]() |
Slot "Invent" |
Modul ini diperkenalkan kepada pelajar selesai sesi ‘Happy Hour’. Modul ini dilaksanakan
dengan kedua tangan pelajar diikat dengan tali tetapi tali itu di silangkan di
antara kedua pelajar tersebut. Pelajar dikehendaki melepaskan diri tanpa
memutuskan tali atau membukanya. Tujuan modul ini dilaksanakan adalah untuk mengajar
pelajar untuk berfikiran secara kritis dalam menyelesaikan masalah dengan cara
yang konprisensif.
![]() |
Slot "Lepaskan Daku" |
Usai menunaikan solat zohor, kami meneruskan aktiviti kami
dengan agenda slot ‘snake’ objektif aktiviti ini bertujuan untuk menguji kesabaran
adik-adik dan kreativiti adik-adik Sekolah Kebangsaan Pelindung untuk membawa straw tersebut secara
beramai-ramai tanpa memutuskan sambungan straw tersebut. Modul ini dapat
meningkatkan daya ketahanan mental dan fizikal adik-adik untuk menangani masalah dalam pelajaran dengan
kesabaran dan berfikiran kreatif.
![]() |
Slot "Snake" |
Seterusnya, pada sebelah petang pula selepas solat asar kami
membawa adik-adik kepada aktiviti di kawasan padang sekolah iaitu slot “spider web”. Slot ini bertujuan untuk
menerapkan sikap bekerjasama dan tolong-menolong antara pelajar. Modul ini
dapat menerapkan nilai kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain
terutama dalam pelajaran bersesuaian dengan adik-adik yang bakal menduduki
Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) .
![]() |
Slot "Spider web" |
Pada sebelah malam, slot ‘Sayang Si buta’, telah di jalankan .Slot ini
bertujuan untuk membina keyakinan diri pelajar disamping menanam semangat
saling berkerjasama di dalam pasukan. Para pelajar ditutup penglihatan mereka
dan dibawa mengelilingi kawasan yang ditetapkan. Kemudian mereka diasingkan
untuk menguji keyakinan dan keberanian mereka. Menerusi slot ini, pelajar mampu
memperoleh pengalaman berharga dalam membina keyakinan dan keberanian.
![]() |
Slot "Sayang Si Buta" |
Sesi ini dikendalikan oleh
fasilitator saudara Ahmad Muzaidi , Hadi, Zakwan dan saudari Amelya. Sesi ini
bertujuan untuk membantu para pelajar merenung kembali segala kesilapan yang
telah mereka lakukan dan membantu menyedarkan mereka semula. Dalam sesi ini, para
fasilitator turut di bantu guru-guru sekolah SK Pelindung untuk memberikan
kesan yang lebih mendalam kepada pelajar. Pelajar di ingatkan akan peranan
mereka sebagai pelajar, tanggungjawab mereka untuk belajar, mengenang dan
menghormati jasa guru dan ibu bapa. Sesi ini berlangsung dengan suasana yang
sangat beremosi dimana hampir keseluruhan peserta mengalirkan mutiara
keinsafan yang berharga dari mata mereka mengenangkan salah dan silap mereka. Selesai
modul ini pelajar di lepaskan untuk himpun daya.
![]() |
Slot "Muhasabah Diri" |
Keesokan harinya pelajar dikejut
untuk menunaikan fardhu solat subuh berjemaah di surau sekolah dan di susuli
dengan tazkirah. Selesai tazkirah pelajar berkumpul di padang sekolah untuk
melakukan aktiviti pagi. Pelajar seterusnya berkumpul semula di dewan tertutup untuk
modul terakhir iaitu modul ‘Mengilap Mutiara’. Tujuan modul ini dilaksanakan
adalah untuk memberi pencerahan kepada setiap peserta di dalam ahli
kumpulan oleh fasilitator kumpulan.
Pelajar juga diberikan peluang untuk bertanya apa sahaja yang di fikirkan oleh
mereka kepada fasilitator kumpulan. Modul ini dikendalikan oleh saudara Muzaidi
yang mana dia juga meruapakan orang yang bertanggungjawab semasa aktiviti
muhasabah diri.
Projek Kilauan Mutiara SK Pelindung berakhir dengan majlis perasmian penutup yang
dirasmikan oleh Tuan Haji Muhammad Bin Husin, selaku guru besar SK Pelindung.
Turut hadir dalam perasmian ialah presiden kelab In-Smartive saudara Mohd Jamil
Bin Jaafar. Majlis berakhir pada pukul 1400. Selepas itu, kami para fasilitator
bersiap sedia untuk beransur pulang ke Universiti Malaysia Pahang.
![]() |
Majlis Perasmian Penutup |
0 comments