LAWATAN SMK MENTAKAB KE UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

2:55 PM

Pada 14 April 2015, pihak Universiti Malaysia Pahang dengan kerjasama Kelab In-Smartive telah meraikan seramai 92 orang pelajar Pra-Universiti dan 26 orang guru pengiring dari SMK Mentakab ke Universiti Malaysia Pahang (UMP). Program ini berlangsung selama 8 jam bermula pada pukul 9:00 pagi hingga 5:00 petang. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kehidupan sebagai seorang mahasiswa dan suasana di universiti. Ia juga bertujuan untuk memperkenalkan bidang-bidang pengajian yang terdapat di UMP.


Sesi Taaruf bersama pelajar SMK Mentakab

          Kelab In-Smartive telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan program ini bermula pada pukul 12:30 tengahari hingga 5:00 petang. Pelbagai aktiviti telah disediakan oleh Kelab In-Smartive. Antaranya ialah lawatan ke Galeri UMP, Makmal Fakulti Sains & Teknologi Industri (FIST), Makmal Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA) dan Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan (PBMSK). Setelah selesai makan tengahari dan solat, pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu aliran Sains dan aliran Sastera. Pada pukul 2:00 petang, pelajar-pelajar diiringi oleh fasilitator untuk ke destinasi-destinasi  yang ditentukan iaitu pelajar aliran Sains telah dibawa melawat ke Makmal FIST, Makmal FKKSA kemudian ke Galeri UMP. Manakala, pelajar aliran Sastera pula dibawa melawat ke Galeri UMP dahulu kemudian ke PBMSK.



Para fasilitator mengiringi pelajar-pelajar sepanjang lawatan berlangsung

         Semasa lawatan ke Galeri UMP, para pelajar dan guru pengiring telah diberi penerangan tentang sejarah penubuhan, perkembangan dan pencapaian UMP sejak tahun 2002. Mereka juga telah diperkenalkan kepada inovasi-inovasi yang telah dihasilkan oleh  warga UMP yang bertaraf MSC (Multimedia Super Corridor) ini. Mereka dapat mengenali UMP dengan lebih mendalam setelah melawat ke Galeri UMP.

Staf Galeri UMP, Encik Fadhli memberi penerangan mengenai pameran yang terdapat di Galeri UMP

Di Makmal FKKSA dan FIST, para pelajar dapat melihat teknologi-teknologi yang digunakan oleh mahasiswa dan penyelidik dalam bidang kejuruteraan. Manakala di PBMSK pula para pelajar dibawa melawat makmal-makmal bahasa dan komputer di UMP.


Lawatan ke Makmal FKKSA

Lawatan ke Makmal FIST

Program ini diakhiri dengan jamuan minum petang yang telah disediakan pihak UMP kepada pelajar dan guru pengiring SMK Mentakab. Kelab In-smartive mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak terlibat yang menjayakan program lawatan ini.

Disediakan oleh Jawatankuasa Lawatan UMP, Aishah Mohd Said

You Might Also Like

0 comments

Rakan Blog InSmartive

Total Pageviews