PROJEK KILAUAN MUTIARA (PKM) SK FELDA MENGKAWANG
12:20 AM
Tanggal 9 hingga 12 April yang lalu, satu inisiatif di bawah Kelab In-Smartive Universiti
Malaysia Pahang (UMP) telah menjalankan PKM SK FELDA Mengkawang dan program anak angkat bersama penduduk FELDA Mengkawang. Program ini diketuai oleh Pengurus Projek, saudara Muhamad
Khairi Bin Mezah. Program ini juga merupakan program yang istimewa kerana dua
program serentak telah dijalankan dalam satu daerah iaitu program PKM SK FELDA Mengkawang dan In-Team Sekolah
Menengah Kebangsaan (SMK) Menerong. Penyelaras projek bagi PKM SK FELDA Mengkawang, saudara Mohd Mukhris Bin Awang merupakan alumni bagi kedua-dua sekolah.
PKM kali ini melibatkan
pelajar tahun 5 dan 6 seramai 48 pelajar yang terdiri
daripada 25 pelajar lelaki dan 23 pelajar perempuan. 20 orang fasilitator
daripada Kelab In-Smartive UMP terlibat untuk menjayakan projek ini. Hasil daripada kerjasama pihak sekolah, pihak Felda dan Kelab In-Smartive UMP, program selama 4 hari 3
malam ini berlangsung dengan jayanya. PKM SK FELDA Mengkawang bertujuan untuk memperkasa sahsiah dan memberikan motivasi
kepada pelajar agar lebih berkeyakinan, beretika dan berfikiran positif.
Khamis | 9 April 2015
Pada jam 2:30 petang, sebuah bas yang membawa fasilitator dari UMP telah
selamat tiba di SK FELDA Mengkawang. Program dimulakan dengan
Majlis Penyerahan Peserta kepada Kelab In-Smartive UMP diikuti penyerahan
fasilitator kepada keluarga angkat. Majlis ini dirasmikan oleh Wakil Pejabat
Pelajaran Daerah (PPD) Hulu Terengganu, Encik Muhammad Yusof Bin Embong. Setelah selesai majlis
tersebut, program ini dimulakan dengan taklimat kursus yang disampaikan oleh
pengurus projek. Taklimat adalah mengenai aktiviti yang akan dijalankan dan peraturan yang
perlu dipatuhi sepanjang program ini berlangsung. Selepas itu, para peserta berkudapan dan menunaikan solat asar berjemaah bersama
fasilitator di surau.
Pada jam 9:00 malam, peserta dibawa ke alam
teknologi di dalam Slot Inovasi. Setiap kumpulan dikehendaki mencipta satu
teknologi untuk mengatasi masalah banjir. Objektif slot ini adalah agar peserta dapat melontarkan
bakat dan membina daya kretiviti masing-masing dalam mencipta teknologi masa
hadapan. Seterusnya, slot cermin diri dilaksanakan. Slot ini dapat memuhasabahkan diri peserta tentang perjalanan hidup mereka sejak lahir
sehingga sekarang. Selesai slot cermin diri, pelajar dan fasilitator pulang
ke rumah masing-masing untuk meluangkan masa bersama keluarga angkat.
Ucapan oleh Wakil PPD Hulu Terengganu |
Selesai solat
dan kudapan, slot pertama bermula bagi program ini iaitu slot Tak Kenal
Maka Tak Cinta. Para peserta telah
dibahagikan kepada 6 kumpulan yang terdiri daripada 8 orang ahli dan 2 orang fasilitator
kumpulan. Melalui slot ini, peserta dapat mengenali para fasilitator dan juga
ahli kumpulan masing-masing dengan lebih akrab. Selesai
slot Tak Kenal Maka Tak Cinta, peserta diberikan masa untuk persiapan diri, makan malam, solat berjemaah, bacaan Yasin
dan Solat Hajat.
Tepat
jam 9:00 malam, slot Jendela Jauhari dijalankan.
Melalui slot ini, pelajar bergerak dalam kumpulan kecil dan dibantu oleh fasilitator
kumpulan dalam menyenaraikan kepentingan dan keperluan dalam persediaan
menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Objektik slot ini adalah agar peserta dapat mempelajari teknik pengurusan
masa yang sistematik. Sesi
seterusnya diteruskan oleh saudari Maisal iaitu slot Pencetak Buruk.
Melalui slot ini, peserta menyampaikan maklumat berdasarkan lukisan
peribahasa yang diberi oleh fasilitator kepada ahli kumpulan mengikut barisan.
Tujuan slot ini adalah untuk menguji cara penyampaian maklumat dengan lebih
efektif bersama kumpulan masing-masing dan mendidik peserta supaya lebih peka terhadap sesuatu perkara. Peserta dan fasilitator pulang ke rumah masing-masing setelah selesai slot hari pertama pada pukul 10:30 malam.
Jumaat | 10 April 2015
7:30 pagi; Peserta
berkumpul di dewan terbuka SK FELDA Mengkawang untuk senaman
pagi bersama fasilitator agar dapat meningkatkan kecergasan dan daya
metabolisma para peserta. Seterusnya, slot Story Behind The Paper dijalankan. Semasa aktiviti ini, peserta diminta untuk mencipta ayat-ayat kreatif tentang “Sekolah
Saya” menggunakan potongan ayat daripada surat khabar terpakai. Objektif bagi aktiviti ini adalah
peserta dapat memupuk minat untuk membaca surat khabar dan juga memupuk semangat kerjasama
dalam kumpulan. Seterusnya, saudara Hamzah, membawa peserta ke hala tuju masing-masing melalui slot Timeline. Melalui slot ini, peserta dapat berfikir
dengan lebih terancang dan mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai hala tuju kehidupan mereka selepas UPSR. Setelah selesai,
solat Dhuha telah dijalankan oleh bagi mengeratkan hubungan
dengan Maha Pencipta.
Seterusnya, slot Happy Hour dijalankan agar peserta kembali aktif setelah melakukan banyak aktiviti berfikir. Pada 11:15 pagi. program diteruskan lagi dengan slot CHOPP! yang menguji kecekapan minda peserta menggunakan kad,
di mana peserta harus mencipta ayat bedasarkan kretiviti sendiri. Pada jam 12:30 tengahari, para peserta
dan fasilitator makan tengahari bersama dan bersiap untuk Solat Jumaat
bagi lelaki dan Solat Zuhur serta khidmat diri bagi perempuan. Setelah selesai
menunaikan kewajipan, slot Last Man
Standing mengambil tempat. Aktiviti dijalankan dalam dua kumpulan besar. Slot bertujuan untuk meningkatkan
keyakinan pelajar untuk bercakap di khalayak ramai. Slot seterusnya, Pulau
Impian, peserta harus memajukan sebuah pulau kosong. Melalui slot ini, peserta lebih memahami tentang pengurusan dan cara-cara membuat keputusan yang
tepat.
Selepas selesai kudapan dan Solat Asar berjemaah, slot Botol Kat Mana dijalankan. Slot ini mendidik peserta mengenai kepentingan mendengar arahan
ketua bagi menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan. Tugasan tersebut adalah mencari botol
yang disembunyikan dengan keadaan mata peserta ditutup atau blindfolded kecuali ketua setiap
kumpulan untuk memberi arahan kepada ahlinya. Setelah selesai, para peserta
dibenarkan untuk persiapan diri, makan malam dan solat berjemaah bersama fasilitator
di surau sekolah.
Slot Botol Kat Mana |
Peserta tekun menyiapkan inovasi mereka |
Sabtu | 11 April 2015
Seperti
hari sebelumnya, pada jam 7:30 pagi, pelajar dan fasilitator berkumpul di dewan
terbuka SK Felda Mengkawang untuk aktiviti senam pagi yang dikendalikan oleh saudara Arif dan saudara Shahrul. Program diteruskan lagi
dengan Slot Kau Boleh bersama saudara Mukhris. Slot ini bertujuan untuk menyuntik semangat
dan motivasi dalam diri peserta. Selepas itu, slot Menggilap Mutiara bersama fasilitator
kumpulan. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta untuk
berkongsi masalah sepanjang berlangsungnya program ini.
Sesi bergambar PKM SK FELDA Mengkawang |
Ahad | 12 April 2015
Keesokan harinya, pada pukul 7:30 pagi. Kesemua fasilitator PKM SK Felda Mengkawang dan In-Team SMK Menerong berkumpul di pejabat FELDA Mengkawang
untuk meneruskan agenda iaitu bergotong royong bersama masyarakat bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara fasilitator dan masyarakat setempat. Antara aktiviti yang dilakukan adalah membersihkan kawasan masjid, pejabat FELDA, tanah perkuburan dan banyak lagi. Setelag selesai, pada jam
12:00 tengahari, jamuan bersama penduduk FELDA Mengkawang telah diadakan dan perasmian
majlis penutup telah dirasmikan oleh Wakil Adun Ajil.
Fasilitator mengecat batu nisan |
0 comments