PROJEK KILAUAN MUTIARA (PKM) SK (LKTP) JENGKA 5
6:06 PM
Pada tanggal 20 hingga 22 Mac
yang lalu, telah berlangsungnya PKM SK (LKTP) Jengka 5, satu lagi inisiatif di bawah kendalian Kelab In-Smartive Universiti Malaysia Pahang (UMP). Program ini diketuai oleh Pengurus Projek,
saudari Nor
Hafizatul Ain Binti Mohd Yusoff yang merupakan alumni
bagi Sekolah Kebangsaan (LKTP)
Jengka 5 di Jengka,
Pahang. Program ini merupakan program kedua kerjasama antara Kelab In-Smartive dan pihak sekolah.
Kem ini disertai 80 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tahun 3, tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 serta 29 orang fasilitator daripada Kelab In-Smartive bagi menjayakan program ini. Hasil kerjasama jitu pihak sekolah dan Kelab In-Smartive, program selama 3 hari 2 malam ini telah berlangsung dengan jayanya. PKM yang pertama bagi tahun 2015 ini berperanan sebagai katalis pemerkasaan sahsiah dan motivasi diri para peserta agar berkeyakinan, beretika dan berminda positif.

Jumaat | 20 Mac 2015
Tepat
jam 3.45 petang, bas yang membawa fasilitator dari UMP telah selamat tiba di Dewan Semai Bakti Felda Jengka 5, Maran, Pahang. Majlis penyerahan disempurnakan oleh Guru Besar SK (LKTP) Jengka 5, Encik
Kassim Bin Haji Pardi. Selepas itu, para
peserta menunaikan solat asar secara
berjemaah bersama fasilitator. Program ini
dimulakan dengan taklimat kursus yang telah disampaikan oleh saudari Nor Hafizatul Ain Binti Mohd Yusoff
selaku Pengurus Projek.
Peserta diberi pendedahan tentang peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang program ini
berlangsung.
Selesai kudapan petang, bermulalah slot pertama bagi program ini iaitu Tak Kenal Maka Tak Cinta. Para peserta telah dibahagikan kepada 11 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 2 orang
fasilitator kumpulan. Para fasilitator memperkenalkan diri mereka dengan membuat gaya kreatif masing-masing agar peserta mudah mengenali mereka. Seterusnya, program ini diteruskan dengan slot
kedua iaitu Radio Buruk. Peserta menyampaikan maklumat yang diberi oleh fasilitator kepada
ahli kumpulan mengikut barisan. Tujuan slot ini ialah supaya peserta lebih
berhati-hati dengan maklumat palsu dan suara-suara luar yang cuba mengganggu matlamat mereka.Peserta tekun dan fokus menyelesaikan soalan yang diberikan |
Setelah selesai makan tengahari dan solat zohor
berjemaah, program diteruskan dengan slot Choop!, Last Man Standing dan Timeline. Slot Choop! dilaksanakan mengunakan set kad Choop. Terdapat 3 kategori permainan iaitu bersepah, chom dan silent. Slot ini diadakan untuk menguji kefokusan peserta menyelesaikan masalah. Seterusnya, slot Last Man Standing. Bersandarkan obektif slot iaitu membina keyakinan diri, slot ini adalah mengenai pengucapan awam. berdasarkan tajuk yang diberi. Juga terdapat 3 kategori iaitu One way, Two way dan provoke. Manakala slot Timeline mendidik peserta untuk merangka hala tuju untuk masa hadapan dengan
lebih jelas. Pada sebelah malam pula, aktiviti disambung lagi
dengan slot Solat Dihatiku. Peserta didedahkan dengan cara mengambil wuduk
dengan hanya menggunakan sebotol air mineral, perlaksanaan rukun solat dengan
betul dan cara solat ketika duduk, baring mengiring dan baring melentang serta
dengan isyarat kelopak mata dan isyarat hati.
Ahad | 22 Mac 2015
Seperti hari kedua, peserta berkumpul di dewan pada jam 7.15 pagi untuk senaman pagi.
Slot pertama pada hari terakhir merupakan slot Kau
Boleh. Slot ini bertujuan
untuk menyuntik
semangat dan motivasi dalam diri peserta.
Slot Menggilap
Mutiara diteruskan selepas
itu dimana para peserta diberikan borang penilaian terhadap pelaksanaan kursus
secara keseluruhan, pernilian terhadap diri dan kepimpinan mereka serta berkongsi pengalaman
dengan para fasilitatior.
Setelah selesai, majlis perasmian penutup diadakan. Hadir merasmikan majlis penutup serta menyampaikan sijil kepada peserta adalah wakil Yang Di-Pertua PIBG SK (LKTP) Jengka 5, Encik Zamri Bin Mat Lazim. Turut hadir, Guru Besar SK (LKTP) Jengka 5, Encik Kassim Bin Haji Pardi, Pembantu Penyelidik Pejabat Naib Canselor, Encik Asraf Bin Ahmad dan Presiden Kelab In-Smartive, Saudara Ahmad Zarif Bin Ahmad Fauzi. Majlis penutup diserikan lagi dengan persembahan daripada para peserta dan fasilitator. Sesi bergambar kemudian diadakan sebagai kenang-kenangan antara pihak SK (LKTP) Jengka 5 dan Kelab In-Smartive UMP dan sesi menandatangani banner program ini turut diadakan sebagai simbolik penutupan program ini.
Disediakan oleh Jawatankuasa PKM SK (LKTP) Jengka 5, Khairul Azuan

Sesi menandatangani banner program |
Gambar sesi penutupan Projek Kilauan Mutiara SK (LKTP) Jengka 5 |
Disediakan oleh Jawatankuasa PKM SK (LKTP) Jengka 5, Khairul Azuan
0 comments