LAWATAN PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL PAHANG (PEMBINA) KE UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

7:25 PM

Tatkala Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang hiruk pikuk dengan pelaksanaan Hari Terbuka UMP, seramai 16 orang ahli daripada PEMBINA Pahang atau nama penuhnya Persatuan Belia Islam Nasional Pahang telah menjejakkan kaki buat pertama kalinya di Universiti Malaysia Pahang (UMP) pada 10 Mac 2015. Apa itu PEMBINA? Secara ringkasnya, PEMBINA ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2006 atas inisiatif Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) sebagai salah satu agensi rasmi yang menfokuskan kepada belia di Malaysia. Idea penubuhan PEMBINA adalah daripada Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman yang mahu melihat PEMBINA dapat beramal dalam medan belia dengan gaya yang tersendiri tanpa terikat dengan ISMA. Pada tahun tersebut juga PEMBINA telah berdaftar secara rasmi dengan Suruhanjaya Pendaftar Pertubuhan atau ROS.
            Kami, Kelab In-Smartive UMP telah diberi kepercayaan oleh Pejabat Naib Canselor untuk menjadi tulang belakang mereka untuk merealisasikan lawatan ini. Oleh itu, seramai 28 orang fasilitator yang diketuai oleh Nurhanidahlia Binti Hamidi menyahut cabaran ini.


10 MAC 2015 (SELASA)

Kedatangan mereka disambut oleh para fasilitator di perkarangan Pejabat Naib Canselor UMP. Ahli – ahli PEMBINA ini baru sahaja mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada bulan Februari yang lepas. Taklimat diberikan oleh Encik Mohd Jamil Mohd Jaafar, Penolong Pendaftar, Bahagian Komunikasi Korporat, Pejabat Naib Canselor di Bilik Latihan, Kompleks Pentadbiran Utama UMP sebelum bermulanya lawatan ini.


Taklimat daripada En. Mohd Jamil Mohd Jaafar, Penolong Pendaftar, Bahagian Komunikasi Korporat,  Pejabat Naib Canselor UMP.

Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Maka dengan “Ice Breaking” yang kami bawa untuk ahli – ahli PEMBINA dapat memecahkan kejanggalan antara satu sama lain dan silaturrahim juga dapat dieratkan lagi melalui slot ini selain dapat mengenali rakan – rakan ahli yang sebelum ini kurang mengenali diri masing - masing. Dengan inisiatif Saudari Nor ‘Aisyatul Sakinah Baharudin dan Saudari Nor Hafizatul Ain Mohd Yusoff untuk “ice breaking” ini, beberapa kumpulan telah dibentuk untuk memudahkan lagi aktiviti dalam kumpulan dan pergerakan untuk lawatan ini. Pada masa yang sama, soalan kuiz berkaitan UMP telah diberikan kepada para peserta sebagai tugasan untuk mereka.


Sesi “Ice Breaking” untuk merapatkan lagi perkenalan antara satu sama lain.

Seterusnya, ahli – ahli PEMBINA diberi masa untuk berada di Kompleks Sukan UMP dimana pada hari yang sama telah berlangsungnya CITREX ’15 yang mengumpulkan penyelidik – penyelidik UMP yang mempamerkan hasil penyelidikan mereka kepada khalayak ramai. Dengan ini, ahli – ahli PEMBINA yang telah  menjejakkan kaki ke bumi UMP Gambang telah mendapat ilmu dalam bidang sains dan kejuruteraan dengan lebih mendalam.


 Seorang ahli PEMBINA sedang meneliti soalan kuiz yang disediakan sempena CITREX ‘15

Makmal Fakulti Kejuruteraaan Kimia dan Sumber Asli (FKKSA) menjadi destinasi seterusnya untuk lawatan ini. Disini, mereka dapat melihat teknologi - teknologi yang digunakan oleh pelajar dan penyelidik dalam bidang kejuruteraan kimia yang merupakan satu – satunya makmal antara IPTA di Malaysia yang meletakkan persekitaran makmal dalam suasana yang terbuka.


Penerangan tentang alatan dan teknologi yang digunakan di Makmal FKKSA.

            Tidak lengkap jika melawat UMP namun tidak menjejakkan kaki ke Galeri UMP. Galeri UMP yang mengumpulkan sejarah, perkembangan UMP sejak 2002 dan teknologi yang telah dihasilkan oleh universiti yang bertaraf MSC (Multimedia Super Corridor) ini. Selepas lawatan ini, mereka dapat mengenali UMP dengan lebih dekat sekaligus dapat menarik mereka untuk mendekati apa itu teknologi dan kejuruteraan dalam kehidupan seharian.


Peserta fokus meneliti gambar – gambar yang mempamerkan sejarah UMP.

Sebelum berakhirnya lawatan ini, ahli – ahli PEMBINA yang baru sahaja bergelar lepasan SPM ini diberi pendedahan dengan modul “Timeline” untuk membuka minda mereka untuk berfikir 1000km ke hadapan untuk masa depan mereka selepas ini. Ke mana mereka harus pergi selepas ini? Universiti mana yang akan menjadi pilihan? Apakah cita - cita yang ingin digapai? Itulah soalan yang diajukan oleh para fasilitator kepada mereka untuk mencetuskan pemikiran mereka untuk memikirkan arah tuju mereka selepas ini dengan berbekalkan kebolehan dan bakat yang tersendiri.


Pemberian cenderamata daripada pihak UMP kepada peserta lawatan.

Setiap pertermuan ada perpisahan, maka berakhirlah lawatan ini dengan majlis penutup yang ringkas dengan pemberian cenderamata daripada pihak UMP sebagai kenang – kenangan dan hadiah kepada yang mendapat 6 markah yang tinggi untuk kuiz yang diberikan semasa taklimat sebelum ini. Semoga ahli – ahli PEMBINA akan sudi melawat UMP untuk berkongsi ilmu dan pengalaman bersama kami lagi, Kelab In-Smartive UMP. Akhir sekali daripada kami para fasilitator, “if you are brave to say goodbye life will reward you with a new hello.”


Sesi bergambar bersama para peserta lawatan dan fasilitator Kelab In-Smartive.




Disediakan oleh Jawatankuasa Lawatan PEMBINA, Misriyah Helman



You Might Also Like

0 comments

Rakan Blog InSmartive

Total Pageviews