KEM INTERAKSI PEMIMPIN MUDA (IN-TEAM) SMK DESA JAYA
12:55 AM
Pada 13 dan 14 Mac 2015,
buat julung kalinya Kelab In-Smartive diberi kepercayaan dan amanah untuk
melaksanakan Kem Interaksi Pemimpin Muda (IN-TEAM) di Sekolah Menengah Kebangsaan
(SMK) Desa Jaya. Kem ini berlangsung selama 2 hari 1 malam bertempat di SMK
Desa Jaya. Kem ini disertai seramai 65 orang pelajar yang memegang jawatan
sebagai Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Tingkatan serta jawatan
tertinggi kelab dan persatuan. Pelaksanaan IN-TEAM ini melibatkan seramai 26
orang fasilitator daripada kelab In-Smartive Universiti Malaysia Pahang (UMP).
Objektif kem ini adalah
untuk melahirkan pemimpin yang berwibawa dan mampu mengelolai sesebuah
organisasi dengan sistematik serta berkeyakinan dalam membuat keputusan. Kem ini
menekankan konsep kepimpinan dan kerohanian dalam keperibadian setiap peserta.
Di samping melahirkan seorang pemimpin yang berketerampilan, soal agama juga turut
dititikberatkan.
13
Mac 2015 | Jumaat
Jam 3.00 petang
seperti yang dirancang, ketibaan para fasilitator di SMK Desa Jaya, Jalan
Hospital, 26400 Bandar Tun Abdul Razak, Jengka Pahang. Persiapan majlis
penyerahan peserta dilakukan bersama-sama. Majlis penyerahan peserta
disempurnakan oleh Pengetua SMK Desa Jaya iaitu En.Roslan Bin Hj. Md. Ali serta
diiringi oleh guru bertugas. Setelah selesai majlis penyerahan, slot 1
dilaksanakan iaitu Taklimat Kursus kepada para peserta di mana slot ini
dikendalikan oleh Pengurus Projek iaitu Saudari Noor Ain Nadhirah Bt Zainudin.
Slot ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai prinsip yang akan dibawa
iaitu “One For All, All For One”. Selepas itu, pemberian tag pengenalan diri
dan penyerahan barang amanah berupa sekeping biskut diberikan kepada peserta.
Sebelum bermula slot seterusnya, barang berharga dikumpulkan. Slot kedua ialah Tak
Kenal Maka Tak Cinta dimana slot ini para peserta di bahagikan kepada sembilan
kumpulan. Setelah selesai pembahagian kumpulan, para peserta menunaikan solat
asar.
Majlis
penyerahan peserta disempurnakan oleh Pengetua SMK Desa Jaya.
Taklimat
kursus kepada peserta.
Selepas
selesai menunaikan solat asar, para peserta diminta turun ke padang untuk
melakukan aktiviti berkumpulan. Slot ini diberi nama “The Burj”. Peserta
dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu lelaki dan perempuan. Peserta diminta
membina sebuah menara dengan menggunakan sebanyak mungkin batang paip beserta
tali raffia yang disediakan mengikut kreativiti peserta. Slot ini menekankan akan
kepentingan mendengar arahan ketua bagi menyelesaikan sesuatu tugasan.
Peserta
bekerjasama mendirikan batang paip dan mendengar arahan dari ketua.
Pada jam
6.30 petang, slot dihentikan. Peserta dilepaskan untuk khidmat diri dan makan
malam. Selepas itu, peserta menunaikan solat Maghrib dan Isya’ secara
berjemaah. Sementara menunggu masuknya waktu Isya’, peserta diajar cara bacaan
yang betul dalam solat dan bacaan doa Rabitah. Ini sejajar dengan tema iaitu Kepimpinan
dan Kerohanian. Slot ini sedikit sebanyak dapat
menambahkan ilmu pengetahuan dan mengisi ruang rohani dalam diri setiap peserta
dan fasilitator itu sendiri.
Slot
seterusnya ialah Mulanya Di sini. Dimana peserta perlu memilih Penghulu dan Penghuluwati
mereka berdasarkan manisfesto calon yang ingin memegang jawatan dalam organisasi.
Penghulu dan Penghuluwati di pilih berdasarkan nilai undian dari peserta.
Setelah selesai proses undian, peserta diminta menghasilkan “bandage” setiap
kumpulan, bendera pasukan dan penubuhan organisasi kem. Kemudian, majlis
pertabalan Penghulu dan Penghuluwati dilangsungkan yang mana pertabalan
dilakukan oleh Pengurus Projek. Majlis pertabalan dilaksanakan dengan iringan
alunan muzik Nobat. Laungan terhadap penghulu dilakukan sebanyak tiga kali.
Slot ini mendedahkan kepada peserta fungsi jawatankuasa mengikut susunan
organisasi dengan betul dan proses pemilihan yang dijalankan.
Majlis
pertabalan Penghulu dan Penghuluwati.
Slot ke-5 adalah Warkah Buat Sang Pemimpin dengan
tajuk yang dipilih “Memendam itu menyakitkan”. Slot ini mengehendaki peserta
menulis coretan mengenai rakan mereka tanpa mendedahkan identiti asal. Slot ini
bertujuan untuk mendorong peserta membuat refleksi diri dan berusaha mengubah
diri kearah yang lebih baik. Slot seterusnya
ialah “Last Man Standing” dengan pemilihan tajuk “Peranan pemimpin dalam berdakwah” yang dapat
mengajar peserta untuk mengawal diri dan emosi apabila berkomunikasi. Slot ini
juga bertujuan melatih peserta untuk berani berhujah, berkeyakinan diri dan
dapat berfikir secara rasional. Slot dihentikan sementara untuk kudapan.
Slot “Last Man Standing”.
Slot
terakhir untuk hari pertama inilah kemuncaknya iaitu slot Cermin Diri yang
merupakan slot muhasabah diri. Slot ini dikendalikan oleh Encik Wan Nazrul
Helmy Bin Wan Mohd Zain, Ketua Penyelidik Kepada Naib Canselor Universiti
Malaysia Pahang merangkap Penasihat Kelab In-Smartive. Slot ini memberi penekanan mengenai keutamaan berfikir sebelum bertindak
dan akal mendahului emosi dalam setiap perkara. Emosi peserta diuji apabila
mereka dikehendaki membuat keputusan dalam situasi genting. Slot ini juga
menampakkan konsep “One For All, All For One” dimana peserta diajar tidak
mementingkan diri sendiri malah perlu memikirkan orang disekililingnya terutama
dalam organisasi.
14
Mac 2015 | Sabtu
Pada pukul 6.00 pagi,
peserta dikejutkan untuk khidmat diri dan menunaikan solat subuh secara
berjemaah. Selepas selesai menunaikan solat, peserta diarah merancang dan mengendalikan
perhimpunan pagi dalam bahasa Inggeris. Semua peserta mengambil bahagian untuk
menjayakan perhimpunan pagi yang ringkas itu. Setelah selesai perhimpunan pagi,
peserta perlu mengikuti “Morning Punch-in” dimana peserta diajar kawad asas dan
senaman untuk meningkatkan kecergasan dan daya metabolisme. Selepas itu,
peserta menikmati sarapan pagi sebelum mengikuti slot-slot seterusnya.
Slot
diteruskan pada pukul 8.00 pagi iaitu slot “D.I.C.E”. Slot ini meminta peserta
untuk mengenalpasti masalah utama dan solusi untuk menyelesaikan masalah yang
berlaku di kepulauan Nauru dengan menggunakan teknik D.I.C.E. Dimana D=“Determine”,
I=“Identify”, C=”Choose”,E=”Evaluate”. Aktiviti ini mencabar daya pemikiran
peserta terhadap pengetahuan dan permasalahan yang berlaku di kepulauan Nauru.
Oleh itu, untuk menyelesaikan tugasan ini peserta perlu berbincang dalam
kumpulan dan setiap peserta perlu bersama-sama menjana idea yang bernas.
Fasilitator
menerangkan teknik D.I.C.E dan menceritakan pulau Nauru kepada peserta.
Slot ke-9 ialah slot “Work
It Out”. Tema yang diberikan untuk slot ini ialah “Pelaksanaan Hari Guru”.
Dimana para peserta perlu merancangan dengan menggunakan teknik “What, Who, How
and When”. Slot ini mengajar peserta untuk merancang dan mengadakan majlis hari
guru yang tidak lama lagi. Slot ini melibatkan semua peserta. Mereka perlu
menyiapkan tugasan ini dalam kumpulan dan perlu membentangkannya kepada fasilitator
kumpulan lain. Selain bermatlamat untuk mengajar peserta merancang sesuatu
menggunakan teknik “What, Who, How and When” ia juga untuk melatih peserta
untuk berani membuat pembentangan.
Pembentangan peserta kepada fasilitator
kumpulan lain.
Slot
seterusnya ialah slot Salah Siapa. Tajuk pilihan untuk slot ini ialah “Didikan
agama kurang dalam kalangan pemimpin, salah siapa?”. Slot ini membahagikan
peserta kepada lima kumpulan. Dimana setiap kumpulan perlu menjadi wakil pihak
ibu bapa, pengawas,rakan sebaya,guru-guru dan media massa. Slot ini meminta
pelajar untuk berdebat dengan cara yang baik. Peserta perlu berbincang dalam
kumpulan untuk menjana idea dan cuba untuk mempertahankan pihak yang diwakili
agar tidak dituduh bersalah. Slot ini dapat membina keyakinan diri pelajar
untuk menyuarakan pendapat dan mengawal perasaan ketika perdebatan.
Perdebatan
peserta antara kumpulan.
Slot
“Cheers War” di sambung selepas selesai slot Salah Siapa. Dalam slot Cheers War
ini, para peserta diminta untuk memikirkan sebuah sorakan untuk berlawan antara
kumpulan. Pelbagai idea dan aksi mencuit hati dipersembahkan oleh para peserta.
Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk melatih peserta berfikir secara pantas
dan kreatif. Setiap ahli kumpulan saling berganding bahu untuk mempertahankan
kumpulan mereka dan bersemangat untuk menyerang kumpulan lain.
Pada pukul 12.30 petang, slot
dihentikan dan peserta menikmati makan tengahari. Selepas selesai menjamu
selera , peserta diberi sedikit masa untuk khidmat diri dan mengemas beg
pakaian masing-masing. Disebabkan hari ini merupakan hari terakhir kem, para
peserta tidak melepaskan peluang keemasan untuk menunaikan solat Zuhur secara
berjemaah.
Selepas
menunaikan solat Zuhur, peserta terus mengikuti slot ke-12 iaitu slot Guruku
Sayang. Slot ini merupakan sambungan dari slot “Work It Out”, dimana peserta
dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk membuat perbincangan mengenai aktiviti
yang bakal mereka laksanakan pada hari guru iaitu pada 16 Mei 2015. Para
peserta merancang sendiri aktiviti yang bakal mereka laksanakan seperti
persembahan, aktiviti sukaneka, jamuan dan paling penting pengendalian perhimpunan
Majlis Hari Guru dengan berpandukan teknik yang telah diajar dalam slot-slot
sebelum ini.
Slot
terakhir yang dijalankan di SMK Desa Jaya ialah slot Hati Ke Hati. Slot ini
diadakan untuk menilai dapatan dan maklum balas peserta, dimana peserta diminta
mengisi borang maklum balas dan penilainan terhadap kursus ini secara
keseluruhannya. Disamping itu, slot ini bertujuan untuk meneutralkan keadaan
serta menekankan setiap objektif slot yang diberi kepada peserta supaya peserta
dapat mengaplikasikannya pada masa akan datang.
Tidak
sempurna sesebuah program jika tiada majlis penutup. Tepat pukul 4.15 petang,
majlis perasmian penutup bagi IN-TEAM SMK Desa Jaya yang dipengerusikan oleh wakil
peserta diadakan. Ucapan Penghulu IN-TEAM SMK Desa Jaya iaitu Muhd Zulhakimi B.
Zulkipli sebagai pembuka bicara. Majlis diteruskan dengan ucapan Ketua
Penyelidik kepada Naib Canselor merangkap Penasihat kelab In-Smartive, Encik
Wan Nazrul Helmy Bin Wan Mohd Zain. Ucapan dan perasmian penutup dilaksanakan
oleh Encik Hisham Bin Hj. Sapian, Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum SMK Desa
Jaya. Selepas itu, penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta dari pihak
Kelab In-Smartive UMP. Dua orang peserta dipilih dan dianugerahkan sebagai
peserta terbaik iaitu adik Syamimi bt
Arshad dan adik Muhamad Razziq B. Mohd Rashid. Pihak sekolah turut memberi cenderahati kepada
wakil fasilitator Kelab In-Smartive.
Adik Muhamad Razziq B.
Mohd Rashid.
Adik Syamimi bt Arshad.
Majlis
penutup kem ini diserikan lagi dengan persembahan daripada para peserta dan
fasilitator. Dikesempatan itu sesi bergambar sebagai kenang-kenangan di antara
pihak SMK Desa Jaya dan Kelab In-Smartive Universiti Malaysia Pahang dan
upacara menandatangani “banner” program ini turut diadakan sebagai simbolik
majlis penutupan kem ini.
SMK Desa Jaya
menjemput In-Smartive,
In-Smartive datang
penuh integriti,
Slot diberi untuk
dimanfaati,
Moga kita berjumpa
lagi.
Disediakan oleh Jawatankuasa IN-TEAM SMK Desa Jaya, Junita Hassan.
0 comments