KEM PEMANTAPAN JATI DIRI DAN ROHANI SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) WIRA
5:59 PM
Pada tanggal 12 dan 13 Mac 2015, satu lagi initiatif
dijalankan oleh Kelab In-Smartive Universiti Malaysia Pahang (UMP) iaitu Kem Pemantapan Jati Diri dan Rohani Sekolah Kebangsaan (SK) Wira.
Program ini merupakan program yang julung kali dikendalikan oleh Kelab In-Smartive
dan berjaya dijalankan dengan kejersama jitu pihak sekolah.
Khamis | 12 Mac 2015
Kedatangan kami pada jam 7:30 pagi disambut mesra oleh pihak sekolah dan diteruskan dengan Majlis Penyerahan Peserta kepada Kelab In-Smartive. Majlis disempurnakan oleh Pengetua SK Wira, Datin Hjh Nooraziza Binti Sabarudin dan diteruskan dengan Taklimat Kursus yang dikendalikan oleh Pengurus Projek, Saudari Nur Afiqah Binti Turidi. Kem ini berpegang kepada prinsip One for All, All for One. Seterusnya, program diteruskan dengan slot kedua iaitu Tak Kenal Maka Tak Cinta dimana slot ini para peserta dibahagikan kepada 20 kumpulan. Slot ini bermula dengan memperkenalkan fasilitator kepada kumpulan masing-masing. Pengagihan barang amanah turut dilakukan semasa slot ini. Setelah selesai, peserta menjamah sarapan pagi.
Peserta melakukan aktiviti bersama fasilitator semasa Tak Kenal Maka Tak Cinta |
Peserta menyuap rakan mereka semasa sarapan |
Seterusnya, program diteruskan
lagi dengan slot Kapal Karam, dimana slot ini melatih peserta untuk berhujah dan mempertahankannya dengan
justifikasi yang kreatif. Sebelum peserta solat zohor, peserta didedahkan
dengan slot Cheers War.
Slot ini mendorong peserta berfikir dengan pantas dan kreatif. Pada jam 1:00
tengah hari, slot dihentikan untuk memberi laluan kepada peserta untuk khidmat
diri, solat dan makan tengah hari.
Peserta mengamati video dalam slot Kapal Karam |
Peserta membuat cheers dalam slot Cheers war |
Slot seterusnya ialah Last Man Standing, dalam slot ini peserta diajar untuk berucap berdasarkan situasi
dan tajuk yang berbeza mengikut tahap pemikiran pelajar sekolah.
Slot Happy Hour dilaksanakan selepas
slot Last Man Standing. Selepas
peserta minum petang, program diteruskan dengan slot The Burj, dimana peserta diminta untuk membina sebuah menara menggunakan
sebanyak mungkin batang paip yang telah disediakan. Setelah selesai, peserta makan malam, khidmat diri dan solat.
Wakil peserta berucap dalam slot Last Man Standing |
Para peserta bersinergi mendirikan menara dalam slot The Burj |
Slot Sayang Si Buta |
Jumaat | 13 Mac 2015
Seawal jam 5:00 pagi peserta dikejutkan untuk khidmat diri dan menunaikan qiamulail serta solat subuh. Tazkirah ringkas telah disampaikan oleh salah seorang ustaz dari SK Wira. Selepas tazkirah, peserta meneruskan slot Segar Semula dan Roll Call untuk meningkatkan
kecergasan dan melatih peserta untuk mengendalikan perhimpunan. Peserta bersarapan sesudah slot Roll Call tamat. Peserta mengikuti slot Timeline dan Jet Impian apabila mereka selesai sarapan pagi. Timeline; Peserta dibimbing untuk merancang masa hadapan mereka dengan lebih jelas. Jet impian; Peserta dididik untuk berusaha secara gigih untuk mencapai matlamat hidup mereka. Slot yang terakhir
untuk program kali ini ialah slot Resolusi yang mana pelajar berpeluang
berkongsi pengalaman dan memberi maklumbalas terhadap pelaksanaan kursus secara
keseluruhan. Peserta membuat persediaan majlis penutup pada jam 10:30 pagi.
Penasihat Kelab In-Smartive, En. Wan Nazrul Helmy berucap semasa majlis penutup |
Sesi bergambar Kem Pemantapan Jati Diri dan Rohani SK Wira |
Disediakan oleh Jawatankuasa Kem Pemantapan Jati Diri Dan Rohani SK Wira, Ahmad Rifaie Mohamed
0 comments