PROJEK TITIK SENTUHAN 7.0 (DIALOG ANTARA AGAMA)

5:38 PM

Pada 16 April hingga 17 April 2016, Kelab In-Smartive telah mengadakan satu Projek Titik Sentuhan 7.0 yang telah dijalankan di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor Darul Ehsan, dimana pelbagai tempat bagi agama-agama utama di Malaysia. Projek Titik Sentuhan kali ini diketuai oleh Nur Anis Nabihah binti Mohamad dan saudari Koh Bee Fong sebagai penyelaras projek.

Seramai 28 orang ahli kelab telah menyertai projek ini. Projek ini bertujuan adalah untuk melahirkan peserta yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik malah peka akan isu keagamaan dan budaya, serta memberi peluang kepada peserta untuk berdialog perihal agama bagi menambahkan pemahaman mereka.

16 APRIL 2016 (SABTU)


Sekitar jam 0815, bas bertolak dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Gambang untuk menuju ke destinasi projek iaitu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor Darul Ehsan.

Para peserta berangkat ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada jam 0815

Setibanya peserta projek di Kuala Lumpur pada jam 1115, peserta terus di bawa ke destinasi pertama iaitu Masjid Negara. Masjid ini terletak di kawasan strategik Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Masjid Negara terletak bersebelahan Stesen Keretapi Malaysia, Bangunan Daya Bumi, Pos Besar Malaysia, Muzium Kesenian Islam, Taman Burung Kuala Lumpur dan berdekatan Taman Tasik Perdana.  Pihak Insmartive telah disambut dan diberi taklimat oleh wakil pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia iaitu  Ustaz Kamaldin Mohd Damit, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JAKIM. Sebelum sesi berdialog bermula, para peserta sempat melawat Makam Pahlawan yang berada di dalam kawan masjid. Dialog bermula pada jam 1415 dengan dijalankan bersama panel daripada Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian antara Penganut Agama (JKMPKA) di Dewan Syarahan Utama Masjid Negara. JKMPKA merupakan sebuah badan penggerak untuk mengharmonikan perpaduan diantara penganut-penganut agama yang terdapat di Malaysia. Sesi dialog ditamatkan pada jam 1545 dengan gimik pemberian cenderamata daripada pihak Universiti Malaysia Pahang (UMP) kepada pihak JAKIM.

Rombongan In-Smartive sempat menziarahi Makam Pahlawan yang terdapat di dalam Masjid Negara

Gambar kenang-kenangan diambil semasa pemberian cenderamata


Program diteruskan dengan memulakan perjalan pada jam 1555 untuk destinasi kedua iaitu Gurdwara Tatt Khalsa Diwan iaitu antara tempat ibadah utama bagi penganut agama Sikh. Setibanya para peserta di Gurdwara ini, para peserta telah dijemput untuk bersama sama meraikan majlis Sambutan Hari Vaisakhi yang disambut pada 14 April oleh para penganut agama Sikh. Para peserta telah disediakan makanan ‘vegetarian’ yang menjadi amalan umatnya, Setelah habis menjamu selera, pihak In-Smartive telah disambut baik oleh Encik Jaswani Singh untuk melawat tempat suci bagi mereka iaitu dewan sembahyang mereka yang terletak di tingkat satu bangunan gurdwara ini. Encik Jaswani Singh, yang mesra dipanggil Uncle, juga merupakan panel yang bertanggungjawab untuk sesi dialog di gurdwara ini. Melalui dialog ini, pelbagai perkongsian berkenan agama Sikh dapat para peserta terima dengan bantuan Uncle dalam memberi penerangan. Sesi dialog secara rasmi berakhir pada jam 1800 dengan pemberian cenderamata kepada pihak daripada Gurdwara Tatt Khalsa Diwan daripada wakil UMP.

Sesi dialog berlangsung di Gurdwara Tatt Khalsa Diwan


17 APRIL 2016 (AHAD)

Pergerakan para peserta bermula pada jam 0815 pagi daripada tempat penginapan iaitu Sekolah Menengah Sains Selangor untuk ke Kuil Sri Maha Mariamman yang terletak di Batu Caves. Setibanya di kuil tersebut, para peserta telah merakam gambar sebagai kenang-kenangan. Para peserta juga diberi peluang untuk mendaki 272 anak tangga yang terdapat di kuil tersebut. Sebilangan besar peserta In-Smartive berjaya untuk menghabiskan pendakian tersebut dan turun semula pada jam 0930, dimana sebaik tiba di bawah, para peserta telah disambut oleh Encik Kaneswaran Sinakalai untuk sesi berdialog. Sesi dialog bermula jam 0935, dengan dimulakan perihal sejarah Batu Caves dan juga Kuil Sri Maha Mariamman oleh Encik Kaneswaran sendiri. Di sini, para peserta memperoleh pelbagai pengisian yang lengkap berkaitan perayaan, ritual, agama Hindu dan juga berkenaan kuil tersebut dan sesi berlangsung untuk lebih kurang satu jam setengah dengan pelbagai jawapan telah diberi untuk setiap persoalan. Sesi berdialog berakhir dengan pemberian cenderamata kepada Encik Kaneswaran Sinakalai oleh Encik Wan Nazrul Helmy Wan Mohd Zain, Ketua Penyelidik Kepada Naib Canselor, UMP, merangkap sebagai Penasihat Kelab In-Smartive.

Para peserta mengambil peluang mendaki 272 anak tangga di Kuil Sri Maha Mariamman

Sesi dialog berlangsung bersama Encik Kaneshwaran Sinakalai

Selesai berdialog di kuil yang mempunyai arca Dewa Murugan yang kedua tertingi di dunia, perjalanan diteruskan lagi ke destinasi seterusnya iaitu, Gereja St. Antonius (St. Anthony’s church). Sebaik tiba di gereja tersebut pada jam 1150, ketibaan peserta disambut bik oleh Father Christopher. Father Christopher telah memberikan taklimat secara ringkas perihal keberadaan dan pergerakan untuk para peserta. Para peserta telah diberi peluang untuk menyaksikan upacara sembahyang penganut Agama Kristian yang dipanggil Morning Mass. Tarikan untuk upacara ini ialah ia dijalankan dalam 3 bahasa berbeza iaitu Bahasa Tamil, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Pihak In-Smartive bertuah kerana diberi peluang untuk menyertai upacara yang dijalankan di dalam Bahasa Melayu. Sesi berdialog bermula sebaik Mass berakhir dan dijalan bersama lapan orang panel daripada pihak Gereja St. Antonius. Dialog dijalankan dengan sebarang pertanyaan daripada peserta dijawab dan diterangkan secara umum dan spesifik. Sesi ini berakhir dengan pemberian cenderamata kepada pihak gereja oleh Encik Wan Nazrul Helmy Wan Mohd Zain, Ketua Penyelidik Kepada Naib Canselor, UMP, merangkap sebagai Penasihat kepada Kelab In-Smartive sendiri.

Sesi dialog berlangsung bersama wakil Gereja St. Anthony

Sesi bergambar di hadapan Gereja St. Anthony

Destinasi terakhir untuk projek kali ini ialah Thean Hou Temple yang menjadi tempat suci bagi penganut Buddha yang khususnya berbangsa Cina. Para peserta tiba di tokong di ini lebih kurang pada jam 1700 dan mengambil lebih kurang 40 minit berada si sini untuk membuat lawatan di sekitar tokong ini dibawah penyeliaan. Thean Hou Temple merupakan salah satu tokong utama di Malaysia yang dibukan kepada semua penganut agama Buddha dan terbuka kepada semua bangsa untuk mengunjunginya. Seni bina di tokong ini lebih bercirikan seni reka yang sangat berkait rapat dengan adat bangsa Cina dan mempunyai elemen Taoism, Confucianism dan Buddhism sendiri.

Taklimat ringkas diberi oleh Saudari Koh Bee Fong semasa tiba di Thean Hou Temple

Sesi bergambar bersama-sama di Thean Hou Temple

Perjalanan pulang UMP Kampus dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ialah pada jam 1740 dan selamat tiba di UMP Kampus Gambang pada jam 2100. Sesungguhnya projek memberi ilmu yang baru kepada para peserta untuk memahamkan semua kewibawaan sesebuah agama. Agama merupakan antara medium penting untuk mewujudkan keharmonian yang sejahtera dalam sesebuah perpaduan. Kesemua tempat yang dikunjungi memberi penjelasan yang sama oleh pihak yang berdialog bersama bahawa semua ajaran agama membawa manusia kearah kebaikan, bukan kearah kejahatan. Jadilah penganut yang baik bagi agama masing-masing.

You Might Also Like

0 comments

Rakan Blog InSmartive

Total Pageviews