KEM INTERAKSI PEMIMPIN MUDA (IN-TEAM) SMK AHMAD
4:28 PM
Tanggal 23 April 2016 hingga 25 April
2016 buat julung kalinya Kelab In-Smartive diberi kepercayaan untuk mengadakan
Kem Interaksi Pemimpin Muda (In-Team) dengan kerjasama Universiti Malaysia
Pahang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad. Kem ini berlangsung selama 2 hari
1 malam dan disertai oleh 85 orang pelajar yang terdiri daripada Pengawas
Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Tingkatan serta jawatan tertinggi kelab
dan unit beruniform. Projek pada kali ini telah melibatkan seramai 27 orang
fasilitator yang merupakan ahli kelab In-Smartive Universiti Malaysia Pahang
(UMP).
Objektif kem ini adalah untuk
melahirkan pemimpin yang berkeyakinan dan mampu mengelolai sesebuah organisasi
dengan sistematik serta tegas dalam membuat sebarang keputusan. Kem ini menerapkan
konsep kepimpinan dan kerohanian dalam keperibadian setiap peserta. Di samping
melahirkan seorang pemimpin yang berketerampilan, soal agama juga turut
dititikberatkan.
23
April 2016 | Sabtu
Tepat pada jam 09:00 pagi, ketibaan para peserta di
Universiti Malaysia Pahang, Pekan. Urusan pendaftaran pelajar telah dijalankan
di Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan (PBMSK), UMP. Seramai 51 peserta
perempuan dan 34 peserta yang hadir pada hari itu. Majlis penyerahan peserta
disempurnakan oleh Cikgu Abdul Murad bin Mohd Nor serta diiringi oleh guru
bertugas. Seusai sahaja majlis penyerahan , slot 1 dilaksanakan iaitu Taklimat
Kursus kepada para peserta di mana slot ini dikendalikan oleh Pengurus Projek
iaitu Saudara Ahmad Aftar Mukhriz bin Amir Khan. Dalam slot pertama ini,
peserta diberi pendedahan kepada prinsip “One For All, All For One” dan
penyerahan barang amanah. Mereka juga diberi tag pengenalan diri masing-masing
yang terdiri daripada nama bunga atau tumbuhan contohnya Kemboja,Cermai dan
lain-lain.
Peserta bersama tag pengenalan diri masing-masing di luar dewan |
Majlis penyerahan peserta berlangsung |
Slot kedua ialah slot Tak Kenal Maka Tak Cinta. Dalam
slot ini, pelajar dibahagikan kepada 9 kumpulan bersama fasilitator
masing-masing. Objektif bagi slot ini agar peserta akan dapat mengenali para
fasilitator dan ahli kumpulan masing-masing dengan lebih akrab. Untuk
memeriahkan suasana,peserta bersama para fasilitator bemain pemainan “Bang
Bang” dan Buaya Biawak bersama-sama. Bagi slot seterusnya iaitu slot Mulanya Di
Sini, peserta di beri tugasan untuk membentuk sebuah kabinet berdasarkan konsep
demokrasi dan portfolio bagi jawatan masing-masing. Antara jawatan yang
dipertandingkan ialah Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri
Pertahanan. Setelah selesai slot tersebut, para peserta dijamukan dengan makan
tengahari dan solat zohor berjemaah.
Manifesto dari pihak peserta dijalankan |
Selepas selesai menunaikan solat zohor, para peserta
diminta berkumpul untuk melakukan aktiviti berkumpulan. Slot ini diberi nama
“Parliament War”. Bagi slot ini peserta diberi tajuk untuk membahaskan tentang
Penangguhan Badan Beruniform Sebagai Aktiviti KoKurikulum di Sekolah. Mereka
akan mengutarakan pendapat masing-masing dalam nada perbahasan dan sejurus itu
peserta dapat mempraktikkan semangat kerja berkumpulan dalam mempertahankan
organisasi mereka.
Bagi slot seterusnya iaitu “Last Man Standing”,
peserta sekali lagi dikehendaki untuk berbahas serta mengeluarkan hujah-hujah
yang bernas berdasarkan tajuk yang diberi. Objektif slot ini diadakan agar
peserta dapat belajar mengawal diri dan emosi ketika berkomunikasi dalam
pelbagai situasi. Kemudian, semua peserta berkumpul di padang untuk menjalankan
tugasan seterusnya iaitu membina sebuah menara menggunakan sebanyak mungkin
batang paip yang telah disediakan mengikut kreativiti sendiri. Nama bagi slot
ini ialah “The Burj”. Selesai sahaja slot tersebut,peserta tidak melepaskan
peluang untuk solat asar berjemaah walaupun kelihatan agak letih.
Tepat pada jam 5:30 petang, kesemua pelajar dan
fasilitator berkumpul untuk pergerakan dari UMP Pekan ke SMK Ahmad. Setelah
sampai,mereka dikehendaki untuk menyiapkan diri bagi solat maghrib berjemaah dan
makan malam. Sementara menunggu isyak, fasilitator akan mengetuai bacaan
Al-Quran surah terpilih iaitu Surah Ali-Imran dan akan bercerita tentang
kisah-kisah teladan yang berkait rapat dengan surah tersebut. Untuk menceriakan
lagi suasana di dataran SMK Ahmad pada malam itu, peserta akan bermain “Hustle
Puzzle” dimana peserta diberi potongan ayat Bahasa Inggeris untuk disampaikan
kepasa rakan dalam kumpulan kecil. Slot ini bertujuan supaya peserta
mengaplikasikan pengetahuan Bahasa Inggeris mereka untuk menyampaikan dan
mendengar maklumat dengan lebih teliti.
Peserta bersiap sedia untuk slot sayang si buta |
Slot
ke-7 pada hari sabtu diberi nama slot Sayang Si Buta. Peserta akan diagihkan
dengan “blindfold” untuk menutup mata mereka dan mereka dikehendaki meniti
laluan yang disediakan dengan mata yang tertutup. Kemudian, para fasilitator akan
mengasingkan mereka di padang dan mereka diberi masa kurang dari 3 minit untuk
mencari pasangan masing-masing. Secara tidak langsung, semangat keberanian yang
jitu dan tidak mementingkan diri sendiri dalam sesuatu situasi dapat dipupuk.
Selesai sahaja slot tersebut, peserta dihimpunkan ke dalam dewan dan mereka
menjalani slot yang terakhir pada hari tersebut iaitu slot Cermin Diri. Ketika
slot ini, peserta akan dapat merenung kembali kesalahan yang dilakukan
sepanjang program dan dalam kehidupan mereka.
24 April 2016 | Ahad
Pada
jam 5:00 pagi, semua fasilitator dan peserta program bangun dan bersiap sedia
untuk melakukan qiamullail, solat subuh dan celik minda. Celik minda pada pagi
itu telah menyentuh tentang Surah Al-Hujurat dan memberi penekanan pada ayat
12. Dalam surah tersebut mengajar kita agar tidak mengamalkan sikap suka
mencari salah orang lain dana mat berseuain dengan konteks masyarakat sekarang.
Selepas itu, peserta bersama para fasilitator melakukan senaman pagi agar dapat
meneruskan aktiviti seterusnya dengan bertenaga.
Peserta kelihatan sungguh bersemangat melakukan senaman ringan ynag diketuai oleh fasilitator |
Seusai sudah senaman pagi, semua yang terlibat dijamu
dengan mihun goreng oleh pihak dewan makan asrama SMK Ahmad. Kemudian, slot
“Work It Out” berlangsung di mana pelajar di berikan tugasan dalam tema “What
Makes You Good”. Peserta dapat mengetahui kepentingan perancangan menggunakan
persoalan seperti ‘Apakah?’, ’Bilakah?’, ‘Bagaimanakah?, dan ‘Siapakah?’. Slot
ini juga mengajar peserta berfikir menggunakan strategi untuk berkongsi idea
bersama-sama ahli kumpulan.
Slot “D.I.C.E.” diteruskan setelah berakhirnya slot
“Work It Out”. Dalam slot ini, fasilitator bagi setiap kumpulan akan bercerita
mengenai sebuah pulau yang sekarang ditimpa banyak masalah, iaitu Pulau Nauru.
Peserta dapat belajar teknik membuat keputusan menggunakan konsep ‘determine’,
‘identify’, ‘choose’, dan ‘evaluate’. Objektif bagi slot ini untuk peserta
mampu membuat keputusan yang tepat berkenaan dengan masa hadapan mereka.
Peserta masih berada di dalam kumpulan masing-masing
untuk slot Bulatan Kepimpinan, dalam slot ini,peserta akan merangka satu pelan
lonjakan kepimpinan mereka yang terbahagi kepada lapan faktor atau kelebihan
diri dalam diri setiap orang. Setiap dari nilai itu akan ada penggredan dari
skala 1 hingga 5 dan akan terbentuk ‘spider web’. Melalui medium ini, peserta
dapat melihat sejauh mana kualiti kepimpinan semasa dan solusi yang terbaik
untuk mengatasi masalah kepimpinan dalam diri.
Slot terakhir yang dijalankan di Ahmad ialah slot Dari
Hati Ke Hati. Slot ini diadakan untuk menilai dapatan dan maklum balas peserta,
dimana peserta diminta mengisi borang maklum balas dan penilaian terhadap
kursus ini secara keseluruhannya. Disamping itu, slot ini bertujuan untuk
meneutralkan keadaan serta menekankan setiap objektif slot yang diberi kepada
peserta supaya peserta dapat mengaplikasikannya pada masa akan datang.
Tidak sempurna sesebuah program jika tiada majlis
penutup. Tepat pukul 12:30 tengahari, majlis perasmian penutup bagi IN-TEAM SMK
Ahmad dimulai dengan persembahan yang sungguh bertenaga dari wakil peserta yang
menyanyikan lagu negara yang telah mereka cipta sendiri, ucapan dari wakil
peserta dan disusuli dengan ucapan pengetua SMK Ahmad. Majlis diteruskan dengan
ucapan Ketua Penyelidik kepada Naib Canselor merangkap Penasihat kelab
In-Smartive, Encik Wan Nazrul Helmy Bin Wan Mohd Zain. Selepas itu, penyampaian
sijil penyertaan kepada para peserta dari pihak Kelab In-Smartive UMP. Pihak
sekolah turut memberi cenderahati kepada wakil fasilitator Kelab In-Smartive.
Sebagai tanda kenang-kenangan,sesi bergambar dan upacara
menandatangani “banner” program di antara pihak SMK Ahmad
dan Kelab In-Smartive Universiti Malaysia Pahang turut diadakan sebagai
simbolik majlis penutupan kem ini
0 comments