PROJEK KILAUAN MUTIARA (PKM) 4.0 SEK. KEB. BUKIT BESI
4:40 PM
Pada tanggal 7 hingga 10 April 2016,
Kelab In-Smartive telah berjaya menganjurkan Projek Kilauan Mutiara Sek. Keb.
Bukit Besi 4.0 dengan hasil kerjasama antara pihak In-Smartive dan Sek. Keb.
Bukit Besi. Kolaborasi ini merupakan kolaborasi yang ke-5 dan projek pada tahun
ini diketuai oleh saudari Nurul Fatimah Binti Abdullah.
Seramai 24 orang fasilitator yang
dipertanggungjawabkan untuk membimbing 74 orang pelajar tahun 6 Sek. Keb. Bukit
Besi yang terdiri daripada 41 orang peserta lelaki dan 33 orang peserta
perempuan.
Khamis
| 7 April 2016
Jam 3.30 petang, majlis penyerahan telah
disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Bukit Besi kepada
pengurus projek saudari Nurul Fatimah. Kemudian, program diteruskan lagi dengan
taklimat kursus yang diasampaikan oleh pengurus projek saudari Nurul Fatimah
Binti Abdullah.
Hari pertama membuka tirai dengan slot 'Minutes To Mingle'. Para peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan secara rawak
beserta 2 orang fasilitator setiap kumpulan. Para peserta diberi masa untuk
bekenalan lebih rapat dengan fasilitator kumpulan masing-masing. Selepas itu,
peserta diberi masa untuk khidmat diri dan makan malam. Kemudian, untuk slot
Tarbiyah Hati peserta dibahagikan dalam kumpulan usrah dan 2 orang naqib dan
naqibah setiap kumpulan. Slot ini merupakan pendekatan terbaruyang dimana pasa
peserta akan bertadabbur membaca Al-Quran dan naqib, naqibah akan menjelaskan
maksud sesuatu ayat tersebut.
Fasilitator menerangkan maksud ayat Al-Quran |
Tepat jam 9.00 malam, slot Jendela
Jauhari bermula dan tajuk yang diberikan ialah “PERSEDIAAN MENGHADAPI UPSR”.
Dalam slot ini peserta dapat membezakan yang man menjadi keutamaan dan bukan
untuk persediaan UPSR. Seterusnya, slot Choop!! Bahasa Inggeris dan dalam slot
ini membantu peserta untuk bertindak dengan pantas apabila sesuatu arahan
diberi.
Jumaat
| 8 April 2016
Hari kedua dimulakan dengan
slot Happy Hour yang diketuai oleh saudara Izzul dan Syibrah. Selepas itu,
program diteruskan dengan slot Saya Saintis Muda. Peserta dikehendaki menjawab
soalan subjek Sains seperti permainan Bingo dan slot ini membantu peserta
memahami subjek ini dengan lebih santai dan efektif. Kemudian, English Is Fun
merupakan slot Bahasa Inggeris yang membantu para peserta membina ayat
menggunakan verb-to-be yang betul dengan cara yang kreatif.
Lukisan bunga untuk slot English Is Fun |
Tepat jam 10.15 peserta menunaikan solat dhuha berjemaah dan diteruskan dengan slot 'Last Man Standing'. Dalam slot ini peserta perlu mencari pasangan dan bermain Battle of The Tongue. Kemudian beberapa orang sukarela perlu bercakap selama 3 minit dalam One & Two Way Communication, slot ini membolehkan peserta berfikir dengan pantas dan bijak mengawal emosi. Selanjutnya, dalam slot Radio Buruk wakil setiap kumpulan perlu menghafal Tongue Twister dan sampaikan kepada peserta lain dalam barisan. Slot ini menguji cara penyampaian maklumat supaya peserta lebih peka terhadap sesuatu perkara.
Gelagat adik-adik dalam slot 'Last Man Standing' |
Seusai makan tengahari dan solat Jumaat,
program diteruskan dengan slot S.A.L.A.M.
Slot ini dapat membantu peserta untuk
mempelajari cara yang betul untuk membina ayat Bahasa Melayu. Peserta diajar
menggunakan konsep S.A.L.A.M iaitu ‘siapa’, ‘aktiviti’, ‘lokasi’, ‘alatan’ dan
‘mengapa'. Kemudian, slot Aku Ada Kau Ada. Slot ini dapat memupuk sikap
menghargai kelebihan yang ada pada diri peserta untuk membantu menyelesaikan
masalah dan peka terhadap semua keadaan yang berlaku.
Slot S.A.L.A.M. |
Gelagat adik-adik semasa menjalankan slot Kau Ada Aku Ada |
Tepat jam 5.00 petang, slot Exploremath dimulakan dan setiap
kumpulan dikehendaki pergi ke 4 checkpoint dan menjawab soalan-soalan Matematik
silibus UPSR dan slot ini membantu peserta memahami silibus-silibus Matematik
dengan cara yang lebih menarik. Selesai solat isyak, aktiviti malam dimulai
dengan slot Salah Siapa. Slot ini membantu peserta supaya lebih berani untuk
melontarkan idea mereka. Selepas itu, slot Reflect Yourself yang lebih
mengfokuskan kepada sesi memuhasabahkan diri peserta dan memperbaiki kelemahan
diri masing-masing.
Permainan Bowling Botol dalam slot Exploremath |
Sabtu | 9 April 2016
Untuk slot Timeline peserta diminta untuk mencatat hala tuju
mereka selepas berakhirnya tahun 6. Fasilitator berkongsi pengalaman dan
memberi banyak nasihat kepada peserta. Jam 9.00 pagi, slot Never Give Up! yang
dikendalikan oleh saudari Nurul Fatimah, Ernawati dan Aisyah. Slot terakhir
untuk program ini adalah Dari Hati Ke Hati. Setiap peserta diminta untuk
memberi maklum balas mengenai program ini dan penilaian mereka secara
keseluruhan menerusi borang kaji selidik.
Akhir sekali, majlis
penutup yang dirasmikan oleh Guru Besar SK Bukit Besi, telah berlangsung tepat
jam 11.30 pagi. Turut hadir, Encik Ahmad Badruzzaman Bin Idris dan Encik Ahmad Bakhir Bin Chik, Pengerusi Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bukit Besi. Sebagai
simbolik perpisahan, sesi menandatangani banner projek dan sesi bergambar
bersama-sama semua yang terlibat turut diadakan.
Sesi Majlis Penutup |
0 comments