KEM INTERAKSI PEMIMPIN MUDA (IN-TEAM) SEK. MEN. KEB. DESA JAYA
5:16 PM
Pada
1 hingga 4 April yang lepas, sekali lagi Kelab In-Smartive telah berjaya
menjalankan satu program Kem Interaksi Pemimpin Muda (IN-TEAM) dengan kerjasama
antara Universiti Malaysia Pahang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Jaya. Seramai
86 orang peserta telah menyertai kem ini. Program ini juga melibatkan seramai
22 orang mahasiswa daripada Kelab In-Smartive yang berperanan sebagai
fasilitator. Hasil usahasama kedua-dua belah pihak, Kem Interaksi Pemimpin Muda
SMK Desa Jaya berjaya dilaksanakan dengan jayanya buat kali kedua.
Pengurus
projek pada kali ini ialah Nurshaqirah Binti Bajuri, 24, mahasiswi Fakulti
Kejuruteraan Pembuatan yang sangat menekankan konsep pilihan dan berdikari
dimana modul kepimpinan kali ini direka khas untuk membantu para pelajar dalam
membuat pilihan dan berdikari dalam setiap pilihan yang telah dibuat serta
menekankan nilai kerjasama dan kepimpinan antara ahli kumpulan dalam diri
pelajar.
Jumaat | 1 April 2016
Pada jam 3.30 petang, perjalanan kem dimulakan
dengan dengan majlis penyerahan peserta kepada Kelab In-Smartive yang
disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMK Desa Jaya, Tuan Haji
Mohd Suhaimi bin Mamat. Kemudian, program diteruskan pula dengan taklimat
kursus yang disampaikan oleh pengurus projek, saudari Nurshaqirah dimana
peserta diberi pendedahan kepada prinsip “Pilihan dan Berdikari”, pemberian tag
nama dan juga penyerahan barang amanah.
![]() |
GPK Pentadbiran SMK Desa Jaya, Tuan Haji Mohd Suhaimi Bin Mamat berucap semasa Majlis Penyerahan Peserta |
Seterusnya, peserta
diberi masa untuk sesi khidmat diri dan makan malam. Peserta didedahkan dengan
suasana makan dalam talam yang merupakan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang mampu
mengeratkan lagi ukhwah antara rakan dan fasilitator.
Untuk solat Maghrib dan Isyak, semua peserta dan
fasilitator solat secara berjemaah di dewan terbuka. Dalam slot Halaqah Jiwa,
diketuai oleh AJK Kerohanian telah menerangkan seorang pemimpin tidak boleh
bersikap sombong dengan jawatan yang disandangnya sekarang. Seterusnya, aktiviti diteruskan dengan Mulanya Di Sini yang dikendalikan oleh
saudari Aisyah dimana pada slot ini peserta perlu memilih perdana menteri dan
timbalan perdana menteri serta ahli jawatankuasa berdasarkan konsep demokrasi
juga para peserta diminta menubuhkan warta peraturan, warta hukuman, lagu rasmi
dan bendera rasmi bagi para peserta.
![]() |
Pengenalan kepada lagu rasmi para peserta |
Pada jam 11.00 malam, para peserta mengadakan sesi
Post-Mortem dimana mereka akan diberikan waktu untuk berbincang sesama mereka
perihal apa yang terjadi sepanjang hari tersebut supaya mereka dapat mengimbas
dan mengenal pasti masalah yang berlaku juga memikirkan strategi dan cara untuk
menyelesaikan masalah yang berbangkit bagi kelancaran hari esok.
Sabtu | 2
April 2016
Hari kedua dimulakan dengan sesi
qiamulail dan solat Subuh pada jam 5.00 pagi. Selepas itu, semua pelajar
berkumpul di tapak perhimpunan untuk sesi Perhimpunan Pagi yang dikendalikan
oleh pelajar sendiri. Seawal jam 7.00 pagi, sesi Warming Up bermula dimana
peserta dapat meningkatkan tahap kecergasan dan stamina mereka. Selepas
sarapan pagi, sesi diteruskan lagi dengan slot S.W.O.T. ANALYSIS yang dikendalikan
oleh saudari Afifah. Peserta akan didedahkan dengan kepentingan pengurusan
sesuatu isu dengan bersandarkan keutamaan dengan mengenal pasti kekuatan,
kelemahan, peluang dan ancaman dalam menyelesaikan masalah dengan lebih efisien
dan sistematik.
Tepat jam 9.00 pagi, slot Aku! bermula. Melalui
slot ini, peserta dapat mengenal pasti ciri-ciri seorang pemimpin untuk
dicontohi sekaligus dapat merefleksikan pada diri sendiri agar para peserta
mampu menjadi seperti tokoh yang dikagumi juga yakin dan percaya pada diri
sendiri.
![]() |
Ahli kumpulan mendengar penerangan mengenai ciri-ciri tokoh yang dikagumi |
Selepas diberi ruang untuk kudapan, para peserta
meneruskan slot pada hari itu dengan slot Mind Maps yang dikendalikan oleh
saudari Fatin. Para peserta diminta membuat nota mengenai tokoh yang telah
diberikan dalam slot Aku! sebelum ini. Mereka diajar oleh fasilitator kumpulan
untuk membuat mind maps yang efektif. Melalui slot ini, para peserta dapat
menggunakan teknik mind maps yang betul dalam menghasilkan nota yang lebih
ringkas dan padat.
![]() |
Para peserta membuat mind maps mengikut kreativiti masing-masing |
![]() |
Penerangan daripada fasilitator kumpulan mengenai cara membuat mind maps yang betul |
Sesi seterusnya pada jam 12.00 tengahari diteruskan
dengan slot Kapal Karam. Disini para peserta akan diberikan watak yang tertentu
dimana mereka akan berbincang didalam kumpulan untuk menegakkan dan
mempertahankan watak mereka mengikut kreativiti masing-masing. Antara dapatan
disini ialah para peserta dapat membuat keputusan mengikut justifikasi yang munasabah.
![]() |
Peserta sedang mempertahankan watak masing-masing |
Pada jam 2.00 petang sesi Last Man Standing bermula
dimana ia dikendalikan oleh saudara Amirul Anwar dan saudari Nurul Fatimah
dimana para peserta akan berbahas serta mengeluarkan hujah-hujah yang bernas
berdasarkan tajuk yang diberi.
![]() |
Peserta sedang membahas tajuk yang diberikan |
Slot Salah Siapa? seterusnya dikendalikan oleh
saudara Aniq dan saudari Nur Fatin dimana para peserta akan bekerja didalam
kumpulan dan mereka dikehendaki untuk berdebat mengenai masalah yang telah
diberikan. Disini para peserta dapat menguji tahap pemikiran mereka dalam
menyelesaikan masalah dan lebih berani untuk melontarkan idea.
![]() |
Peserta sedang bekerjasama dalam menyelesaikan masalah yang diberikan |
![]() |
Peserta sedang menyampaikan hujah dan idea mereka serta berbahas mempertahankan hujah masing-masing |
Selepas berhenti sebentar member ruang kepada
kudapan dan solat asar, program diteruskan dengan slot Botol Kat Mana?. Peserta
diminta untuk mencari kedudukan botol dalam keadaan mata yang tertutup dengan
kain dan hanya bergantung kepada arahan ketua masing-masing.
![]() |
Ketua kumpulan sedang memberikan arahan kepada ahli kumpulannnya |
Malamnya, setelah makan malam dan solat maghrib,
slot Halaqah Jiwa diteruskan dan untuk sesi ini para fasilitator kumpulan
menerangkan kepentingan membuat kebajikan kepada semua tanpa mengira usia dan
pangkat. Usainya solat isya’ aktiviti diteruskan dengan Slot Bursa Saham. Setiap
kumpulan dikehendaki untuk menyusun strategi dan membina kesepakatan bagi
membuat keputusan. Para peserta dapat mengetahui kepentingan kerjasama dan
kepercayaan dalam sesebuah organisasi.
![]() |
Para peserta sedang berbincang mengenai saham yang akan dilaburkan dalam slot Bursa Saham |
Seterusnya, aktiviti diteruskan dengan Slot Cermin
Diri dimana peserta akan diberi kesedaran tentang kesalahan yang mereka lakukan
dan peringatan agar tidak mengulangi kesalahan tersebut serta memperbaikinya
untuk kebaikan masa hadapan.
Ahad | 3
April 2016
Seperti kelmarin, peserta dikejutkan seawal jam
5.00 pagi bagi mempersiapkan diri untuk Qiamulail dan solat subuh berjemaah
diikuti perhimpunan pagi dan Warming Up agar pagi tersebut dimulakan dengan
ceria dan cergas.
![]() |
Warming Up bersama para fasilitator |
Setelah selesai, peserta ke dewan makan untuk
bersarapan pagi. Setelah perut diisi, peserta diberi pilihan tempat bagi meneruskan
slot program iaitu Slot Inspire . Peserta akan diberikan motivasi oleh para
fasilitator agar lebih yakin dan bersemangat untuk mencapai kecemerlangan dan
berjaya dalam hidup serta lebih berinspirasi dan bermotivasi untuk terus
mengork langkah dalam usaha mencapai impian mereka.
![]() |
Para peserta sedang berkongsi kisah dan pengalaman mereka |
Slot
ini diteruskan dengan slot Hati Ke Hati dimana peserta diberi
peluang untuk berkongsi sebarang masalah. Peserta juga dapat memberikan
maklumbalas pandangan mereka bersama fasilitator. Jam 10.30 pagi, para
fasilitator dan peserta sibuk menguruskan persiapan majlis perasmian penutup.
Pada
jam 11.30 pagi Majlis Perasmian Penutup bermula. Pengurusi majlis
bagi majlis perasmian penutup diwakili oleh salah seorang peserta kem. Perasmi
yang merasmikan majlis penutup ialah Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Ustaz
Zahanudin bin Hashim yang telah meluahkan rasa kagumnya dan memberi maklum
balas yang positif terhadap Kem Interaksi Pemimpin Muda (In-Team) di Sekolah Menengah
Kebangsaan Desa Jaya ini. Beliau juga turut merasakan bahawa usaha sama
ini sebagai satu perkongsian pintar yang boleh dikembangkan. Acara yang
dinantikan ialah penyampaian cenderamata.
Acara
ini dimulakan dengan penyampaiain sijil penyertaan kepada wakil peserta.
Seterusnya, penyampaian sijil peserta terbaik lelaki dan perempuan. Sesi
pertukaran cenderamata dari pihak Kelab In-Smartive kepada pihak sekolah dan
sebaliknya telah menutup sesi penyampaian cenderamata. Majlis diakhiri dengan
tayangan montaj, sesi bergambar, salam perpisahan dan jamuan ringan.
![]() |
Peserta lelaki terbaik |
![]() |
Peserta perempuan terbaik |
![]() |
Sesi bergambar |
0 comments