PROJEK KILAUAN MUTIARA (PKM) SMK TENGKU AMPUAN AFZAN
6:02 PM
Pada tanggal
30 April hingga 2 Mei yang lalu, satu inisiatif di bawah Kelab In-Smartive Universiti
Malaysia Pahang (UMP) bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Afzan
(SMKTAA) di Chenor, Pahang telah menjalankan Projek Kilauan Mutiara (PKM) dengan
jayanya. Projek ini diketuai oleh Pengurus Projek, saudara Muhammad Nasiruddin
Bin Mansor. Projek ini merupakan inisiatif kali pertama yang diadakan antara Kelab In-Smartive dengan pihak sekolah.
PKM kali ini melibatkan 30 orang pelajar tingkatan tiga dan 30 orang pelajar tingaktan lima yang bakal menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dibantu oleh 25 orang fasilitator daripada Kelab In-Smartive.
Khamis | 30 April
2015
Tepat
jam 4:00 petang, PKM SMKTAA dimulakan dengan majlis
penyerahan pelajar yang disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMKTAA,
Encik Muhammad Sukri Bin Jamaluddin kepada Kelab In-Smartive yang diwakili
oleh Encik Asraf Bin Ahmad, Pembantu Penyelidik Pejabat Naib Canselor UMP. Program ini diteruskan dengan taklimat kursus yang
disampaikan oleh saudara Muhammad Nasrruddin Bin Mansor selaku Pengurus Projek.
GPK Pentadbiran SMKTAA, Encik Sukri berucap semasa Majlis Penyerahan Pelajar |
Slot
pertama bagi projek ini bermula dengan slot Tak Kenal Maka Tak Cinta. Para
peserta telah dibahagikan kepada 10 kumpulan dan diperkenalkan kepada semua
fasilitator yang terlibat. Seterusnya, pelajar diberikan masa untuk makan malam. Pelajar diberi pendedahan
baru dimana mereka diajar untuk membaca buku ilmiah sebelum menjamu makanan
untuk memupuk minat membaca dalam diri peserta.
Peserta melakukan aktiviti menarik bersama fasilitator semasa slot Tak Kenal Maka Tak Cinta |
Aktiviti Solat Maghrib dan Isyak
secara berjemaah diadakan dan masa terluang diisi dengan bacaan Surah Yaasin.
Setelah selesai, aktiviti diteruskan dengan slot Bursa Saham. Peserta telah dibahagikan
kepada dua kumpulan besar. Slot ini telah dijalankan selama satu jam. Antara dapatan
daripada slot ini adalah pelajar dapat meningkatkan semangat kesepakatan dalam merancang
strategi untuk membuat sesuatu keputusan. Seterusnya, slot Aku! dijalankan pada
jam 10:00 malam. Slot ini bertujuan untuk mengenal pasti kelebihan dan kelemahan
yang ada dalam diri peserta disamping dapat membandingkan diri mereka dengan ciri-ciri
tokoh yang disanjungi.
Peserta sibuk berbincang mengenai saham bersama wakil kumpulan |
Slot Aku! |
Sesi terakhir pada malam tersebut adalah slot Warkah Buat Sang Sahabat. Tujuan slot ini adalah sebagai satu medium refleksi diri dalam memperbaiki diri dan rakan-rakan dengan teguran yang berhemah.
Para peserta tekun mencoret warkah buat ahli kumpulan mereka |
Jumaat | 1 Mei 2015
Peserta berkumpul semasa perhimpunan pagi |
Peserta berjoging di sekitar kawasan semasa Morning Punch-In |
Setelah selesai sarapan pagi, sesi seterusnya dimulakan dengan slot Salah Siapa. Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan besar. Slot ini dapat membina keyakinan diri peserta di samping dapat menjana idea ketika berhujah dan mempertahankan hujah. Seterusnya slot D.I.C.E berlangsung. Peserta awalnya diberi penerangan tentang Pulau Nauru serta ciri-ciri pulau tersebut oleh fasilitator kumpulan. Dengan penerangan tersebut peserta dapat mengeluarkan isi-isi penting yang dapat membantu peserta menyelesaikan slot ini. Peserta dilatih untuk memahami teknik penyelesaian masalah secara sistematik dan teknik membuat keputusan dengan tepat menggunakan konsep D.I.C.E iaitu Determine, Identify, Choose, Evaluate. Slot ‘Happy Hour’ dijalankan sebelum para peserta dilepaskan untuk persiapan diri menunaikan Solat Jumaat.
Peserta menyampaikan hujahnya semasa slot Salah Siapa |
Peserta membentangkan hasil perbincangan D.I.C.E mereka kepada fasilitator |
Pada pukul
2:30 petang, aktiviti diteruskan dengan slot Oh Gambang Oh Pekan. Terdapat 11 booth temasuk booth UMP dan Kelab In-Smartive yang diiringi dengan sembilan
buah booth mewakili sembilan buah fakulti di UMP. Slot ini bertujuan
untuk memberi pendedahan terperinci tentang setiap fakulti yang terdapat di UMP
disamping mempromosikan UMP kepada para peserta. Seterusnya saudara Encik Jamil Bin Ja’afar, Penolong Pendaftar, Bahagian Komunikasi Korporat, Pejabat Naib Canselor UMP telah
memberi perkongsian ilmu berkenaan hala tuju dan kerjaya selepas SPM kepada
para peserta. Selepas Solat Asar dan minum petang, slot diteruskan dengan slot
Cover The Holes yang bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan.
Pada sebelah malam, aktiviti diteruskan dengan slot Sayang Si Buta sesudah peserta menunaikan solat Maghrib dan Isyak. Para peserta ditutupkan mata atau Blindfolded dan dibiarkan untuk bergerak secara bersendirian di sekitar kawasan sekolah dengan berpegang kepada tali yang telah diikat sekitar kawasan sekolah. Slot ini bertujuan memupuk sifat berani dalam diri peserta. Slot Cermin Diri menjadi penutup bagi hari kedua projek ini yang diadakan untuk memberi kesedaran kepada para peserta.
Fasilitator menerangkan mengenai fakulti yang diwakilinya kepada para peserta |
Semangat kerjasama kumpulan ditunjukkan semasa slot Cover The Holes |
Pada sebelah malam, aktiviti diteruskan dengan slot Sayang Si Buta sesudah peserta menunaikan solat Maghrib dan Isyak. Para peserta ditutupkan mata atau Blindfolded dan dibiarkan untuk bergerak secara bersendirian di sekitar kawasan sekolah dengan berpegang kepada tali yang telah diikat sekitar kawasan sekolah. Slot ini bertujuan memupuk sifat berani dalam diri peserta. Slot Cermin Diri menjadi penutup bagi hari kedua projek ini yang diadakan untuk memberi kesedaran kepada para peserta.
Peserta bergerak berpandukan tali semasa slot Sayang Si Buta |
Peserta berikrar di penghujung slot Cermin Diri |
Sabtu | 2 Mei 2015
Perkongsian ilmu antara peserta dan fasilitator |
Setelah selesai, tepat jam 11:00 pagi, majlis perasmian penutup dijalankan dengan kehadiran
Pengarah Pusat Inovasi & Daya Saing Akademik UMP, Professor Dr. Mohd Ridzuan
Bin Nordin selaku perasmi majlis penutup dan Pengetua SMKTAA, Tuan Haji Mahmod
Bin Sibon. Majlis diserikan dengan persembahan daripada para peserta dan fasilitator.
Projek ini diakhiri dengan sesi bergambar dan sesi menandatangani
banner projek sebagai simbolik penutupan.
Sesi bergambar PKM SMK Tengku Ampuan Afzan |
Disediakan oleh Jawatankuasa PKM SMK Tengku Ampuan Afzan, Najwa Sabrina
0 comments