PROJEK KILAUAN MUTIARA SEK KEB. (FELDA) PADANG PIOL
11:33 AM
Pada tanggal 8
sehingga 10 Mei 2015 yang lepas, selesai sudah satu lagi inisiatif Kelab
In-Smartive Universiti Malaysia Pahang
(UMP) bagi menjalankan satu program bersama pelajar sekolah rendah, iaitu
Projek Kilauan Mutiara Sek. Keb. (FELDA) Padang Piol, Jerantut, Pahang. Seramai
91 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tahun 6 dan 21 orang
fasilitator daripada Kelab In-Smartive sendiri menyertai projek pada kali ini.
Projek yang diketuai oleh saudara Surijakkun Wannasukwan a/l Eh Ron selama 3 hari 2 malam ini
diharapkan dapat memberi perubahan yang positif kepada para peserta dan sebagai
penyuntik semangat kepada mereka untuk menghadapi peperiksaan besar iaitu Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak lama lagi.
Jumaat | 8 Mei 2015
Para fasilitator
bertolak dari kampus Gambang terus ke Sek. Keb. (FELDA) Padang Piol tepat jam
1500 dan sampai di sana pada jam 1730. Usai sampai di sana, kami disambut
dengan mesra oleh warga sekolah dan para peserta sendiri. Selepas Maghrib, bermulalah
aktiviti yang telah dirancang seperti yang tertakluk di dalam tentatif program.
Selepas majlis penyerahan peserta diadakan, slot pertama dijalankan iatu slot
Tak Kenal Maka Tak Cinta. Slot ini dibawah penglolaan saudari Naajatul Aimi
bertujuan untuk memperkenalkan para fasilitator kepada para peserta dan juga
untuk pembahagian peserta kepada 10 kumpulan kecil. Peserta juga akan dapat mengenali antara satu sama
lain dengan lebih akrab serta dapat mengenali fasilitator kumpulan dengan lebih dekat.
Projek diteruskan lagi dengan slot Radio
Buruk yang diketuai oleh saudari Nur Anis Nabihah. Tujuan slot ini dijalankan adalah
untuk menguji para
peserta dalam cara menyampaikan maklumat dengan lebih efektif kepada ahli
kumpulan dengan peka terhadap sesuatu perkara. Slot ini dijalankan selama 30
minit sahaja. Sesi terakhir pada malam tersebut ialah
slot Inovasi yang diketuai oleh saudari Nor Hidayu. Melalui slot ini,
diharapkan agar para peserta dapat berfikir secara kreatif
untuk menghasilkan sesuatu inovasi serta mempunyai sifat keberanian dalam
menyakinkan pihak lain mengenai idea inovasi mereka.
Sabtu | 9 Mei
2015
Aktiviti pada hari kedua dimulai seawal jam 0500, dimana peserta telah
bergerak ke dewan untuk Qiamulail dan menunaikan solat subuh berjemaah dan mendengar
tazkirah. Selepas itu, pada jam 0700, peserta berkumpul di tapak perhimpunan
untuk menjalankan perhimpunan pagi serta senaman pagi. Slot ini dibimbing oleh
saudara Muhammad Adilbertujuan untuk menarik perhatian para peserta dan
menaikkan semangat mereka serta dapat mencergaskan badan dan mencerdaskan minda
mereka untuk menjalankan aktiviti sepanjang hari.
Setelah selesai
bersarapan, slot seterusnya ialah slot Solat Dihatiku yang diketuai oleh
saudara Mohd Nizam Azhar. Slot ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para
peserta tentang
cara-cara untuk berwuduk dengan menggunakan sebotol air mineral dan menunaikan
solat dengan betul serta memperbaiki kesalahan semasa solat.
Program diteruskan lagi dengan slot Story
Behind The Paper yang diacarakan oleh saudari Syafiqa Afira. Tujuan slot
ini diadakan adalah untuk membantu para peserta mengarang ayat-ayat kreatif dengan menggunakan
potongan surat khabar lama berdasarkan tajuk dan gambar yang diberi. Seterusnya
ialah slot CHOPP! (Bahasa Melayu). Slot ini dijalankan untuk menguji
kecekapan minda para peserta dengan menggunakan kad yang diberikan oleh
fasilitator untuk mencipta ayat mengikut kreativiti sendiri.
Peserta bekerjasama dalam menyiapkan tugasan
dalam kumpulan
Chopp
!
Pada jam 1130, aktiviti diteruskan lagi
dengan slot Cheers War. Melalui slot ini, peserta dapat mengutarakan
idea yang kreatif melalui sorakan mereka. Setiap pasukan akan bertarung melalui
medium sorakan berdasarkan nama kumpulan yang telah diberi. Kemudian, peserta
diberi masa untuk makan tengah hari dan menunaikan solat zohor berjemaah.
Pada sebelah petang, slot Bob The
Builder telah dijalankan. Melalui
slot ini, para peserta
dikehendaki membina menara dengan menggunakan cawan polisterin dan mata yang tertutup
berdasarkan arahan yang diberikan oleh
ketua kumpulan. Slot ini dapat membantu para peserta untuk melatih diri
menjadi lebih peka terhadap arahan ketua.
Ketua
memberi arahan kepada ahli kumpulan
Pada sebelah malam pula, aktiviti
diteruskan dengan slot Tic Tac Toe dan Who’s Who sesudah peserta
menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah. Kemudian, tibalah ke
aktiviti kemuncak iaitu slot Cermin Diri sebagai
penutup bagi semua aktiviti yang telah dijalankan pada hari kedua. Peserta akan merefleksi diri mereka
tentang kehidupan daripada mereka lahir ke dunia sehinggalah sekarang melalui teknik
penceritaan dan imbas kembali oleh fasilitator.
Ahad | 10 Mei 2015
Seperti hari kedua, Qiamulail telah diadakan
seawal jam 0500 di dewan. Seterusnya, peserta berkumpul untuk perhimpunan pagi
dan senaman pagi. Slot pertama pada hari terakhir ialah Slot Inspire.
Peserta duduk didalam kumpulan masing-masing dan mendengar motivasi yang
disampaikan oleh saudara Asraf Ahmad. Sesi perkongsian antara fasilitator
kumpulan dan peserta yang dikenali sebagai
Hati Ke Hati turut dijalankan bagi memberi semangat di samping
berkongsi ilmu dengan para peserta. Slot ini juga bertujuan untuk mendengar
pandangan daripada peserta mengenai projek dan menerangkan objektif sebenar
projek ini dijalankan.
Setelah selesai, tepat jam 1100, majlis
perasmian penutup dijalankan dengan kehadiran Puan Wan Habibah Yusof,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sek. Keb. (FELDA) Padang Piol. Majlis diserikan
dengan persembahan daripada para peserta dan fasilitator. Projek ini diakhiri
dengan sesi bergambar dan sesi menandatangani banner projek sebagai simbolik
penutupan.
Sesi
bergambar PKM Sek. Keb. (FELDA) Padang Piol
0 comments