LAWATAN SK ABU BAKAR MENTAKAB KE UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

7:11 PM

Pada 11 Mei 2015, pihak Universiti Malaysia Pahang dengan kerjasama Kelab In-Smartive telah meraikan seramai 34 orang pelajar dan 3 orang guru pengiring dari SK Abu Bakar Mentakab ke Universiti Malaysia Pahang (UMP). Program ini berlangsung selama 9 jam bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kehidupan sebagai seorang mahasiswa dan suasana di universiti. Ia juga bertujuan untuk memperkenalkan bidang-bidang pengajian yang terdapat di UMP.

Kehadiran pelajar ke UMP
Kelab In-Smartive telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan program ini bermula pada pukul 11.00 tengahari hingga 5.00 petang. Pelbagai aktiviti telah disediakan antaranya ialah lawatan ke Galeri UMP, Makmal Fakulti Sains & Teknologi Industri (FIST), Makmal Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA). Sebelum memulakan aktiviti, sesi taklimat telah diberikan oleh Encik Jamil Bin Ja'afar. Setelah selesai makan tengahari dan solat, pelajar dihiburkan dengan permainan yang dikendalikan oleh fasilitator. Pada jam 2.00 petang, pelajar-pelajar diiringi oleh fasilitator untuk meneruskan aktiviti-aktiviti yang disediakan.

Pelajar melakukan aktiviti dengan penuh semangat
 Semasa lawatan ke Galeri UMP, para pelajar dan guru pengiring telah diberi penerangan tentang sejarah penubuhan, perkembangan dan pencapaian UMP. Di aras satu, mereka  telah diperkenalkan tentang berbagai-bagai jenis bahan yang digunakan untuk menghasilkan kerusi yang telah dihasilkan oleh warga UMP. Pada aras dua pula, mereka didedahkan tentang pencapaian pelajar UMP sendiri. Mereka dapat mengenali  UMP dengan lebih mendalam setelah melawat ke Galeri UMP.

Penerangan daripada staf UMP di galeri UMP
Di Makmal FKKSA dan FIST, para pelajar dapat serba sedikit pengetahuan dengan melihat teknologi tersebut beroperasi yang digunakan oleh mahasiswa dan penyelidik dalam bidang kejuruteraan. Dengan cara ini, pelajar dapat membuka minda dengan lebih luas dalam menentukan cita-cita dan kerjaya mereka pada masa akan datang. 

Serba sedikit info daripada staf UMP kepada pelajar ketika di Makmal FKKSA

Reaksi pelajar ketika berada di Makmal FIST
Program ini diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenangan-kenangan bersama pelajar dan guru pengiring SK Abu Bakar Mentakab. Kelab In-Smartive mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak terlibat yang menjayakan program lawatan ini.

Sesi fotografi bersama pelajar SK Abu Bakar Mentakab, guru pengiring dan fasilitator

Disediakan oleh jawatankuasa lawatan UMP Fatin Najihah dan Norafizah

You Might Also Like

0 comments

Rakan Blog InSmartive

Total Pageviews