Pada 19 Disember 2015, Kelab In-Smartive telah mengadakan satu Projek Titik Sentuhan 6.0 yang telah dijalankan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan. Projek Titik Sentuhan kali ini diketuai oleh Alia Aqilah Binti Ghazali dan bagi pihak UIAM, Amirullah Bin Anuar, wakil IIUM Facilitator Team merangkap Biro Hubungan Luar UIAM. Seramai 31 orang ahli kelab telah menyertai projek...
Tanggal 20 November 2015 hingga 22 November 2015, sekali lagi projek dalaman kelab dapat dilaksanakan yang melibatkan ahli marhaen dan ahli baru Kelab In-Smartive. Kali ni, seramai 40 orang peserta yang turut serta dan mereka didedahkan dengan ilmu pengurusan. Ilmu ini bukan sahaja dapat digunakan dalam sektor pekerjaan kelak tapi dalam kehidupan seharian juga. Nama yang diberi adalah Kem Interaksi Pemimpin...
Kelab In-Smartive sekali lagi mengembangkan sayapnya untuk berkampung di bumi jelapang padi, Jitra, Kedah pada tanggal 12 hingga 14 November 2015 yang lepas untuk menjalankan Projek Semaian Budi 5.0. Seramai 22 orang peserta yang terdiri daripada ahli kelab In-Smartive telah bertungkus-lumus bahu ke bahu bagi merealisasikan agenda mendekati masyarakat sekeliling terutama sekali para masyarakat di kawasan luar bandar dalam memberi sumbangan dan pengkhususan...
Satu projek inisiatif antara Kelab In-Smartive Universiti Malaysia Pahang bersama pihak Sekolah Kebangsaan Guar Nangka telah berlangsung pada tanggal 17 September hingga 18 September yang lalu. Seramai 53 pelajar lepasan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) terlibat dengan projek ini. Projek yang diketuai oleh Misriyah Binti Helman ini bertujuan mendedahkan kepada pelajar tentang hala tuju selepas UPSR. Ini merupakan kunjungan kedua bagi Kelab In-Smartive...
Pada tanggal 5 Ogos 2015, pihak Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Kelab In-Smartive telah menerima kunjungan daripada warga Sekolah Kebangsaan Kemayan Bera, Pahang. Program ini telah disertai oleh 40 orang pelajar tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 serta empat orang guru pengiring. Program ini telah berjalan selama empat jam yang bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 2.00 petang. Program ini...