LAWATAN SEK. KEB. KEMAYAN KE UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

6:37 PM

      Pada tanggal 5 Ogos 2015, pihak Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Kelab In-Smartive telah menerima kunjungan daripada warga Sekolah Kebangsaan Kemayan Bera, Pahang. Program ini telah disertai oleh 40 orang pelajar tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 serta empat orang guru pengiring. Program ini telah berjalan selama empat jam yang bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 2.00 petang. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar terhadap suasana persekitaran di universiti serta memperkenalkan bidang-bidang pengajian yang terdapat di UMP sama ada bidang yang berada di kampus Gambang mahupun Pekan.

Para peserta sedang mendaftarkan diri mereka di kaunter yang disediakan
     Selesai sahaja sesi pendaftaran, semua peserta berkumpul di Auditorium, Kampus Gambang bagi meneruskan agenda seterusnya. Program ini telah dimulakan dengan ucapan selamat datang kepada warga SK Kemayan, bacaan doa Rabitah serta pengenalan diri daripada barisan fasilitator yang terlibat. Tepat jam 10.30 pagi, sesi taklimat berkenaan dengan Universiti Malaysia Pahang telah diberikan oleh Encik Mohd Jamil Bin Mohd Ja'afar. Pelbagai pendedahan telah diberikan kepada para peserta seperti bilangan fakulti yang berada di kedua-dua kampus UMP, suasana persekitaran di UMP dan sedikit selingan motivasi diri kepada para peserta.

Para peserta bersemangat melibatkan diri mereka untuk menjawab soalan yang diutarakan

Encik Mohd Jamil Bin Mohd Ja'afar memberi ganjaran bintang kepada peserta yang berjaya menjawab soalan
     Seterusnya, barisan fasilitator dari Kelab In-Smartive telah diamanahkan untuk mengiringi para peserta dan guru pengiring untuk melawat ke Makmal Fakulti Sains & Teknologi (FIST), Makmal Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA) dan Galeri UMP. Semasa lawatan ke Makmal FKKSA dan FIST, para pelajar dapat meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang teknologi dan dapat membuka minda mereka dengan lebih meluas dalam menentukan pilihan kerjaya pada masa akan datang. Semasa di Galeri UMP pula, mereka telah diberi penerangan berkenaan sejarah penubuhan, kejayaan dan pencapaian pelajar serta pensyarah sepanjang berada di UMP. Oleh hal demikian, mereka dapat mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan hal UMP.
Para peserta sedang mendengar penerangan yang diberikan oleh staf UMP di Makmal FIST

Staf UMP sedang memberi penerangan kepada para peserta di Galeri UMP

     Setelah melawat Galeri UMP, para peserta dan guru pengiring menjamu sedikit juadah tengah hari yang telah disediakan oleh pihak Universiti Malaysia Pahang (UMP). Akhir sekali, program ini diakhiri dengan sesi pemberian cenderahati dari pihak sekolah SK Kemayan, Bera kepada wakil pihak Universiti Malaysia Pahang (UMP). Program ini diakhiri dengan sesi bergambar sebagai tanda kenang-kenangan bersama pelajar dan guru pengiring SK Kemayan, Bera. Kelab In-Smartive mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak terlibat yang menjayakan program lawatan ini.

Sesi bergambar bersama para peserta, guru pengiring dan fasilitator Kelab In-Smartive



You Might Also Like

0 comments

Rakan Blog InSmartive

Total Pageviews