PROJEK TITIK SENTUHAN 6.0

10:54 PM

     Pada 19 Disember 2015, Kelab In-Smartive telah mengadakan satu Projek Titik Sentuhan 6.0 yang telah dijalankan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan. Projek Titik Sentuhan kali ini diketuai oleh Alia Aqilah Binti Ghazali dan bagi pihak UIAM, Amirullah Bin Anuar, wakil IIUM Facilitator Team merangkap Biro Hubungan Luar UIAM.

     Seramai 31 orang ahli kelab telah menyertai projek ini. Projek ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ahli kelab berkaitan bidang kesihatan serta dapat mengaplikasikan ilmu tersebut sewaktu berprogram.

    Sekitar jam 0800, bas bertolak dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Pekan ke UMP Kampus Ganbang seterusnya menuju ke destinasi projek iaitu di UIAM Kampus Kuantan. Setibanya peserta projek disana, peserta disambut dengan penuh mesra. Peserta terus di bawa ke Muzium Anatomi. Peserta berpeluang sendiri melihat bahagian badan manusia yang mempunyai masalah-masalah tertentu. Peserta dibantu oleh Juraimy Kejoh, staf yang bertugas menjaga muzium tersebut, dan dibantu oleh beberapa pelajar tahun 3 kursus kejururawatan, kursus medikal dan kursus sains. Peserta didedahkan dengan sejarah penubuhan muzium yang disampaikan oleh Muhammad Firzan Izwan Bin Yusop sebelum peserta masuk ke dalam bilik mayat.

Tempat pameran yang terdapat dalam Muzium Anatomi

Taklimat sebelum masuk ke dalam bilik mayat oleh Juraimy Kejoh
      Kurang lebih jam 1100, peserta bergerak dari muzium ke Kuliyyah Kejururawatan menaiki bas untuk Bengkel Penjagaan Gigi & Kulit. Bengkel ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu taklimat dan demonstrasi. Taklimat mengenai kebersihan secara menyeluruh telah disampaikan oleh Muhammad Rashdan Siddiq Bin Khairudin daripada Kuliyyah Kejururawatan manakala demonstrasi dilakukan oleh kumpulan kecil.

Penerangan dalam kumpulan kecil
Demonstrasi cara menggosok gigi oleh pelajar Kuliyyah Kejururawatan

       Pada jam 1300, peserta bergerak dari Kuliyyah Kejururawatan ke Pusat Aktiviti Mahallah 1 untuk makan tengah hari dan sembahyang fardu Zuhur secara berjemaah. Sekitar jam 1415, Forum Sembang Santai telah diadakan dimana moderator forum ialah Amirullah Bin Anuar, dan panel sembang santai tersebut terdiri daripada Muhammad Abdul Muhaimin Bin Mamat, Muaz Abidin Bin Mustapa dan Nor Amirah Binti Abdul Halim.

Penerangan yang dilakukan oleh Saudara Muhaimin semasa Sembang Santai
Sesi soal jawab semasa Sembang Santai

        Majlis penutup telah diadakan selepas tamat Forum Sembang Santai sekitar jam 1500. Encik Wan Nazrul Helmy Zain, Penasihat Kelab In-Smartive yang merupakan alumni UIAM dijemput untuk memberi ucapan. Majlis penutup berakhir dengan sesi pertukaran cenderamata daripada kedua-dua belah pihak. Sesi bergambar juga tidak ketinggalan.

Sesi bergambar selepas majlis penutup

You Might Also Like

0 comments

Rakan Blog InSmartive

Total Pageviews