IN-TEAM TAHUNAN 2015

12:35 PM

     Tanggal 20 November 2015 hingga 22 November 2015, sekali lagi projek dalaman kelab dapat dilaksanakan yang melibatkan ahli marhaen dan ahli baru Kelab In-Smartive. Kali ni, seramai 40 orang peserta yang turut serta dan mereka didedahkan dengan ilmu pengurusan. Ilmu ini bukan sahaja dapat digunakan dalam sektor pekerjaan kelak tapi dalam kehidupan seharian juga. Nama yang diberi adalah Kem Interaksi Pemimpin Muda (IN-TEAM) Tahunan.
20 November 2015

          Perjalanan semua peserta menggunakan pengangkutan yang disediakan yang mengambil masa selama 30 minit dari Kampus Gambang dan 15 minit dari Kampus Pekan telah membawa mereka ke As-Sakinah Training & Camp. Tempat ini menyediakan kemudahan yang mencukupi dan selama keberadaan di situ, semua orang sangat berpuas hati dan berharap dapat menjalankan aktiviti lain di situ lagi, Aktiviti dimulakan dengan gotong-royong. Ikuti perjalanan mereka sepanjang kem.

Sebelum keluar, isi dulu borang kesihatan yee

Slot 1 : Gotong-royong di Masjid Cherok Paloh dan perkuburan Cherok Paloh. Dikendalikan oleh Saudara Nizam.
Tiba di masjid untuk memulakan aktiviti gotong-royong
Amboi! Bersemangat Chubby dan Eizaz menyapu daun-daun kering

Slot 2 : Taklimat yang dikendalikan oleh Saudara Asraf berkenaan peraturan sepanjang kem berlangsung.
Peserta khusyuk mendengar taklimat yang diberikan oleh Saudara Asraf 

Slot 3 : Ice-Breaking yang dikendalikan oleh Saudara Jamil yang akan menjelaskan konsep persepsi pertama dan penerapan positif dalam diri.

Laaa! Buat apa tu?

Slot 4 : Aktiviti bersama fasilitator

Jin kala jin jin jin. Betul ke tidak entah. Haha

Slot 5 : Ice-Breaking - Pembentukan Negara

Perbincangan dalam kumpulan

Slot 6 : Kelas

Kelas untuk perjelasan berkaitan peranan pemimpin dan kelas ini dikendalikan oleh Saudari Syafiqah dan Saudara Saidi

21 November 2015

     Hari kedua diteruskan lagi dengan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan. Pada hari tersebut, para peserta diberikan masa untuk berdiskusi mengenai perancangan negara kerana sepanjang hari kedua, mereka perlu berada dalam kumpulan mereka dan mengikuti aktiviti yang ditetapkan. Ayuh ikuti perjalanan mereka!

Aktiviti 1 : Melancong
Dalam aktiviti ini, setiap negara mempunyai keistimewaan tersendiri. Ada yang membuka perkhidmatan mengurut, ada yang menyediakan aktiviti menarik seperti ting-ting untuk menarik minat pelancong lain berkumpul ke tempat mereka.

Saudari Izzah mencuba permainan ting-ting disaksikan oleh yang lain. Menarik bukan?

Pengucapan Awam - Bagi slot ini, para peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan di mana mereka dikehendaki untuk tampil ke hadapan. Di situ, PIC bagi slot tersebut perlu memainkan peranan. Alhamdulilah, slot ini berjaya dikendalikan oleh fasi yang berpengalaman.

Kumpulan satu: Oleh saudara Jamil

Kumpulan dua: Oleh saudari Amanina dan saudari Azmira

Kumpulan tiga: Oleh saudara Asraf


Aktiviti 2 : Smart Reach Out (S.R.O.)
Slot ini menitikberatkan berkaitan dengan perkhidmatan atau sumbangan yang dihulurkan dan memberikan impak kepada sesuatu tempat itu. Caranya? Mengikut kreativiti sendiri. Melalui slot inilah, para peserta akan mengeluarkan idea kreatif dan kritis.


Aktiviti 3 : Latihan
Setiap negara diberikan tugas supaya mengadakan latihan dan perlu menarik minat peserta lain untuk berkunjung ke negara lain. Contohnya, bagi sesi pengucapan awam, boleh cari negara yang menyediakan latihan tersebut. Hal ini kerana walaupun pada alam pekerjaan, semua akan tercari-cari bengkel yang memenuhi kriteria pekerjaan. Proses pembelajaran tidak akan terhenti sampai bila-bila.

Wah! Bersemangatnya saudara Meng

Aktiviti 4 : Sukan
Slot sukan ini bertujuan untuk mengenalpasti bakat yang ada dalam diri ahli kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki untuk menghantar wakil bagi setiap permainan yang disediakan. Antara permainan yang diadakan ialah bola bayang, wordsearch, sudoku, chess dan baling selipar.

Chess

Bola Bayang

Spider Web

Baling Selipar

Aktiviti 5 : Kebudayaan

Are you ready guys?

Test mic 1! 2! 3!

Sebelum buat persembahan, buat cheers dulu

22 November 2015

          Bersamaan dengan hari ahad, para alumni dan peserta meluangkan masa untuk berkongsi suka duka sepanjang berada dalam kelab. Ukhuwah yang terjalin dalam keluarga merupakan topik hangat yang dibincangkan.

Sembang Santai

Bersama alumni yang hadir dari jauh
Penasihat Kelab In-Smartive berkongsi pengalaman dan nasihat

          Akhir sekali, tidak lengkap jika penghabisan projek ini tidak disertai dengan sesi fotografi. Gambar ini merupakan bukti ukhuwah yang terjalin antara ahli kelab tidak akan pernah luntur tapi akan kekal walaupun ada yang telah bekerja dan menyumbang pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Tahniah diucapkan kepada yang turut serta secara langsung atau tidak langsung.

Muka riang tawa setelah berjaya mengharungi 3 hari 2 malam di As-Sakinah Training & Camp

"Ukhuwah itu ibarat seutas tasbih, ada awal tiada penghujung. Dicipta untuk diingati, dibahagikan untuk cinta-Nya dan diratib untuk redha-Nya" - ILuvIslam





You Might Also Like

0 comments

Rakan Blog InSmartive

Total Pageviews