PROJEK KILAUAN MUTIARA SEK. KEB. GUAR NANGKA

1:40 AM

Satu projek inisiatif antara Kelab In-Smartive Universiti Malaysia Pahang bersama pihak Sekolah Kebangsaan Guar Nangka telah berlangsung pada tanggal 17 September hingga 18 September yang lalu. Seramai 53 pelajar lepasan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) terlibat dengan projek ini. Projek yang diketuai oleh Misriyah Binti Helman ini bertujuan mendedahkan kepada pelajar tentang hala tuju selepas UPSR. Ini merupakan kunjungan kedua bagi Kelab In-Smartive ke sekolah ini yang bertempat di Mata Ayer, Perlis. Sebanyak 23 orang fasilitator yang terlibat dengan projek ini. 

Khamis | 17 September 2015

     Para fasilitator tiba di Sekolah Kebangsaan Guar Nangka pada jam 0830 pagi dan disambut dengan paluan kompang oleh pelajar-pelajar. Majlis penyerahan peserta dilakukan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Guar Nangka kepada Encik Asraf Bin Ahmad yang merupakan Pegawai Penyelidik Kepada Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang.

Majlis Penyerahan Peserta
     Pada jam 1020 pagi, program dimulakan dengan slot yang bertajuk Kick Off dimana peserta dibahagikan kepada 8 kumpulan dan peserta juga dapat mengenali para fasilitator.

Peserta berpeluang untuk mengenali fasilitator
     Slot Aku! diteruskan. Objektif slot ini ialah peserta dapat mengenali diri masing-masing serta mengetahui kelebihan dan kekurangan diri sendiri. Kemudian peserta diarahkan untuk ke dewan makan bagi makan tengah hari serta solat Zohor berjemaah di surau yang disediakan oleh pihak sekolah.

     Pada jam 1345 tengah hari, sesi diteruskan lagi dengan slot Build To Last. Peserta diminta untuk membina satu menara dengan menggunakan straw dan surat khabar. Slot ini dapat menjalin sifat kerjasama antara peserta.

Sifat kerjasama antara peserta di slot Build To Last

Last Man Standing menguji kebolehan peserta untuk bercakap di khalayak ramai
     Selepas kudapan dan solat asar, slot The Burj mengambil tempat. Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan besar mengikut jantina. Seorang daripada mereka dilantik menjadi ketua. Setiap kumpulan hendaklah membina menara menggunakan batang paip. Pelbagai cara yang digunakan oleh peserta untuk menaikkan menara mereka.

Ketua memberi arahan di slot The Burj
     Selepas berakhirnya slot The Burj, peserta menikmati makan malam dan menyiapkan diri untuk menunaikan solat. Sesi bacaan yasin berjemaah diadakan sementara menunggu solat Isyak. Kemudian peserta bergerak kembali ke dewan dan sesi diteruskan dengan slot Solat Dihatiku.

Pendedahan kepada peserta tentang rukun wudhu'
     Seterusnya slot Timeline ialah slot yang paling penting untuk peserta projek ini. Peserta diminta untuk mencatat hala tuju mereka selepas berakhirnya tahun 6. Fasilitator berkongsi pengalaman mereka dan memberi banyak nasihat kepada peserta yang akan tamat sekolah rendah. Peserta berehat sebentar dan sesi Cermin Diri diteruskan. Sesi ini mengajak para peserta untuk memperbaiki sikap dan muhasabah diri.

Peserta mendengar dengan tekun akan arahan fasilitator di slot Timeline


Jumaat | 18 September 2015

     Peserta dikejutkan pada jam 0445 pagi untuk qiamulail dan solat subuh. Tazkirah pendek disampaikan oleh seorang fasilitator selepas selesai solat subuh berjemaah. Hari terakhir dimulakan dengan slot Break The Sweat. Peserta melakukan aktiviti bersenam bersama-sama para fasilitator. Setelah bersenam, peserta bersarapan di dewan makan. Slot Inspire diteruskan. Peserta ditunjukkan video motivasi yang menyentuh hati. Sesi perkongsian diantara fasilitator dan peserta juga diadakan dalam slot Hati Ke Hati. Peserta juga dapat berkongsi pandangan tentang program ini.

      Pada jam 1000 pagi, majlis penutup telah dimeriahkan dengan kehadiran Yang Berhormat Senator Datuk Boon Som Inong, Ahli Dewan Negara, Yang Berhormat Senator Tuan Mohd Khalid Ahmad, Setiausaha Politik Menteri Besar Perlis serta Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Encik Hassan Ibau Nor. Majlis penutup ini juga menyaksikan pemeterian perjanjian Memorandum of Understanding (MoU) diantara Sekolah Kebangsaan Guar Nangka dan Sekolah Kebangsaan Kubang Gajah dengan Sekolah Chomchonbanpadang dan Sekolah Watpratumtayakaram dari Thailand. Majlis diserikan lagi dengan persembahan tarian daripada kedua-dua sekolah Thailand. Sesi bergambar dan menandatangani banner projek menjadi simbolik berakhirnya perkampungan kami di Perlis selama 2 hari 1 malam

Gambar simbolik majlis penutup
Sesi menandatangani banner projek

You Might Also Like

0 comments

Rakan Blog InSmartive

Total Pageviews