PKM SK (FELDA) SUNGAI RETANG
12:00 AM
Hari Jumaat 21 Mac 2014 menjadi titik
permulaan bagi Projek Kilauan Mutiara SK (FELDA) Sungai Retang. Projek ini telah berlangsung sehingga 23 Mac
2014. Seramai 42 orang calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) SK (FELDA)
Sungai Retang memulakan cuti sekolah mereka dengan menyertai projek ini. Projek
ini bertujuan untuk meningkatkan potensi diri peserta selain menyuntik semangat
motivasi sebelum menghadapi UPSR pada
September akan datang. Sehubungan dengan itu, pelbagai modul interaktif yang
selari dengan objektif projek telah
disusun bagi menjayakan projek ini. Projek ini telah dikendalikan oleh 21 orang
fasilitator Kelab In-Smartive Universiti Malaysia Pahang (UMP).
Pada jam 4.00 petang, para fasilitator tiba di SK (FELDA) Sungai
Retang dan dijamukan dengan minum petang oleh pihak sekolah. Kelihatan peserta
begitu teruja menerima kunjungan mahasiswa UMP ke sekolah mereka. Usai solat
Asar berjemaah, Pengurus Projek, Muhammad ‘Arif Abdul Razak menyampaikan
taklimat kepada peserta bagi menerangkan secara ringkas peraturan-peraturan
yang perlu dipatuhi peserta sepanjang projek yang akan berlangsung selama 3
hari 2 malam ini. Selesai sahaja taklimat ringkas itu, pelajar dihidangkan
dengan kudapan dari pihak sekolah.
Jam 6.00 petang, slot pertama projek ‘Tak
Kenal Maka Tak Cinta’ mengambil tempat. Slot ini memperkenalkan peserta kepada
21 orang fasilitator yang akan berada bersama mereka . Selepas kesemua
fasilitator diperkenalkan, sesi ‘ice breaking’ ringkas telah dijalankans
sebelum peserta dibahagikan kepada 6 kumpulan untuk aktiviti sepanjang projek
ini berlangsung.
Peserta
dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil
|
Jam
7.00 petang, peserta dibenarkan untuk mempersiapkan diri untuk majlis
penyerahan pada malam tersebut. Guru-guru dan ibu bapa turut hadir
bersama untuk solat Maghrib dan Isyak berjemaah di sekolah bersama peserta.
Solat hajat dan bacaan Yassin untuk kecemerlangan peserta dalam UPSR turut
dilaksakan bersama-sama pada malam itu.
Majlis penyerahan peserta dijalankan pada 9.00 malam selepas selesai
solat Isyak berjemaah. Peserta diserahkan kepada wakil In-Smartive, Encik Wan
Nazrul Helmy Wan Mohd Zain yang juga merupakan Penasihat Kelab In-Smartive.
Solat berjemaah bersama pihak sekolah dan ibu bapa
|
Bersalaman
tanda pihak sekolah menyerahkan peserta kepada pihak In-Smartive
|
Selepas
berakhirnya majlis penyerahan, semua yang hadir pada malam itu dijamukan
dengan hidangan makan malam. Pelbagai lauk-pauk dihidangkan. Istimewanya,
kesemua lauk-pauk itu dimasak sendiri ibu bapa dan penjaga di rumah dan
kemudiannya dibawa ke sekolah. Guru-guru turut bergotong-royong memasak di
sekolah.
Lauk-pauk
yang dibawa oleh ibu bapa dan penjaga ke sekolah
|
Menikmati hidangan makan malam |
Jam 10.30, slot kedua ‘Pencetak Buruk’
dimulakan. Untuk aktiviti ini, peserta dikehendaki beratur dalam kumpulan
masing-masing dan setiap kumpulan diberikan sehelai kertas dan alat tulis.
Setiap kumpulan perlu melukiskan gambar seekor haiwan. Hanya ahli kumpulan yang
berada di hadapan sahaja akan mengetahui haiwan apa yang perlu dilukiskan. Ahli
kumpulan seterusnya perlu meneka haiwan yang dilukiskan dan menyambung lukisan
rakannya itu. Tetapi untuk aktiviti ini, setiap ahli kumpulan hanya dibenarkan
melukis satu sahaja bahagian yang terdapat pada haiwan tersebut. Ahli terakhir di dalam barisan kumpulan itu
perlu meneka haiwan yang dilukiskan. Slot ini menuntut peserta untuk lebih peka
dan teliti selain menggalakkan peserta untuk menjadi lebih kreatif kerana
mereka seharusnya melukis bahagian haiwan tersebut yang dapat membantu ahli
kumpulan terakhir untuk meneka dengan tepat. Sebelum dibenarkan pulang ke
tempat penginapan, peserta diceriakan dengan slot ketiga ‘Happy Hour’. Peserta
merehatkan minda dengan melakukan
refreshment bersama-sama para fasilitator.
Peserta
sedang melukis gambar seekor haiwan -slot Pencetak Buruk-
|
Peserta dipanggil kehadapan untuk meneka haiwan yang dilukiskan rakannya -slot Pencetak Buruk- |
Hari kedua projek dimulakan dengan solat
tahajjud dan qiamullail serta solat Subuh secara berjemaah. Selesai solat Subuh
berjemaah, peserta berkumpul di dataran perhimpunan sekolah untuk sesi ‘Badan
Cergas Minda Cerdas’. Aktiviti senaman pagi ini bertujuan untuk meningkatkan
kecergasan tubuh badan peserta sebelum melakukan aktiviti-aktiviti seterusnya
pada hari tersebut. Jam 7.30 pagi, peserta diberikan masa untuk bersarapan
bersama-sama.
Usai bersarapan, slot keempat iaitu
‘Timeline’ dimulakan. Slot ini dilakukan dalam kumpulan masing-masing dimana
peserta dikehendaki melipat kertas kepada 3 bahagian dan merancang masa hadapan
mereka untuk 5 tahun, 10 tahun dan 20 tahun akan datang. Menariknya, peserta
perlu melukis perancangan masa hadapan mereka itu. Slot ini membantu peserta
merancang perjalanan masa depan mereka dan membantu peserta memiliki hala tuju
yang lebih jelas.Selain itu, minda kreatif peserta juga dapat dikembangkan
melalui aktiviti ini. Mereka akan berusaha melukis impian mereka supaya
kelihatan menarik dan cantik.
Peserta
sedang tekun melukis perancangan masa hadapan masing-masing -slot Timeline-
|
Peserta
sedang membentangkan hasil lukisannya dan menjawab soalan dari fasilitator -
|
Selesai slot ‘Timeline’, slot kelima
‘Jendela Jauhari’ mengambil tempat.
Objektif slot ini adalah untuk menjadikan peserta lebih teliti dalam mengasingkan
aktiviti harian mereka mengikut kepentingannya. Untuk slot ini, setiap kumpulan
diberikan sehelai kertas mahjong dan dikehendaki membahagikan kertas tersebut
kepada 4 bahagian. Peserta perlu menyenaraikan perkara-perkara yang dilakukan
sebagai persediaan untuk UPSR dan mengasingkan aktiviti tersebut samada perkara
itu penting atau tidak dan segera tau tidak perlu disegerakan.
Fasilitator sedang membantu peserta -slot Jendela Jauhari- |
Peserta
membentangkan hasil kerja mereka -slot Jendela Jauhari-
|
Selesai dua slot tersebut, peserta
diberikan masa untuk menikmati kudapan yang disediakan oleh pihak sekolah dan
ibu bapa. Setelah itu, peserta kembali melakukan aktiviti dalam
kumpulan untuk slot keenam iaitu ‘Chopp!! Bahasa Melayu’. Slot ini mengasah
peserta untuk pantas berfikir dan mengembangkan minda peserta dalam membina
kosa kata dalam Bahasa Melayu dengan lebih baik.
Peserta
sedang berfikir untuk membina perkataan menggunakan kad Chopp!! -slot Chopp!! Bahasa Melayu-
|
Jam 11.30 pagi, sesi ketujuh iaitu ‘Kau Ada
Aku Ada’ dimulakan. Peserta perlu menyampaikan maklumat kepada rakan mereka
tetapi ada peserta yang ditutup mulut, diikat tangan dan ditutup matanya. Slot
ini menguji kecekapan peserta untuk menyampaikan serta menerima maklumat dengan
tepat dengan pelbagai cara. Semangat
kerja berpasukan juga dititik beratkan dalam slot ini. Selain itu, objektif
tersirat slot ini adalah untuk membuatkan peserta bersyukur dengan
kesempurnaan dan kesihatan tubuh badan
yang telah dikurniakan Tuhan kepada mereka.
Peserta sedang cuba menyampaikan maklumat kepada rakan sekumpulannya -slot Kau Ada Aku Ada- |
Peserta yang diikat tangannya memberi arahan kepada peserta yang ditutup mata -slot Kau Ada Aku Ada- |
Seterusnya, peserta dan fasilitator menjamu
selera untuk makan tengahari dan kemudiannya solat Zohor secara berjemaah. Jam
2.30 petang, sekali lagi permainan Chopp!! dimainkan tetapi untuk slot kelapan,
permainan ini adalah untuk membina kosa kata Bahasa Inggeris. Peserta
dikehendaki membina perkataan dalam bahasa Inggeris yang tidak kurang daripada
3 huruf dan mereka juga perlu memberikan makna perkataan tersebut.
Slot chopp!! dalam bahasa Inggeris |
Jam 3.30 petang, slot ‘Pulau Impian’
dijalankan pula. Peserta perlu merancang perbelanjaan mereka dalam membangunkan
sebuah pulau yang kosong. Setiap kumpulan diberikan bajet yang sama serta
senarai harga aset-aset yang boleh mereka bina di pulau tersebut. Mereka perlu
memperuntukkan wang mereka sebaik mungkin untuk membangunkan pulau tersebut.
Objektif aktiviti ini adalah untuk menjana kecekapan peserta dalam merancang
strategi untuk merancang kewangan dan menentukan kepentingan sesuatu perkara
itu kepada mereka.
Peserta
sedang merancang perbelanjaan untuk membangunkan pulau mereka -slot Pulau Impian-
|
Sesi
pembentangan hasil kerja kumpulan -slot Pulau Impian-
|
Selesai slot kesembilan tadi, peserta dan
fasilitator solat Asar berjemaah sebelum memulakan slot kesepuluh iaitu ‘The
Burj’. Slot ini menuntut semangat kerja berkumpulan yang tinggi, keupayaan
merancang strategi serta kepekaan terhadap arahan daripada ketua. Peserta perlu
mendirikan menara daripada batang paip setinggi yang boleh.
Ketua kumpulan sedang memberikan arahan kepada yang lain -slot The Burj- |
Peserta
gigih mendirikan menara mereka -slot The Burj-
|
Selepas solat Isyak berjemaah, slot
kesebelas untuk projek ini dimulakan tepat jam 8.45 malam. Slot kesebelas yang
diberi nama ‘Inovasi’ merupakan slot yang mencabar minda kreatif peserta untuk
membina sebuah prototaip kenderaan masa hadapan menggunakan barang-barang yang
diberikan oleh fasilitator. Ternyata peserta-peserta dari SK (FELDA) Sungai
Retang mempunyai daya kreativiti yang tinggi kerana mereka mampu mencipta
pelbagai kenderaan yang menarik serta mempunyai penerangan yang meyakinkan
kepada fasilitator.
Peserta ini mencipta 'jetpack' -slot Inovasi- |
Peserta
menjawab pertanyaan daripada fasilitator mengenai kenderaan yang mereka cipta -slot Inovasi-
|
Selepas mengerah otak untuk mengeluarkan
idea untuk slot ‘Inovasi’, peserta dihiburkan dengan slot ‘Happy Hour’.
Beberapa refreshment baru dibawakan oleh fasilitator untuk
menceriakan peserta. Peserta teruja melakukan refereshment yang diajar oleh para fasilitator.
Peserta bersemangat melakukan refreshment bersama fasilitator. |
Peserta dibawa ke jepun untuk melakukan refreshment para para sakura. |
Sesudah
melakukan aktiviti refereshment,
peserta seterusnya dibawa untuk bermuhasabah diri di slot kedua belas,
‘Muhasabah Diri’. Objektif slot ini adalah untuk membuatkan peserta menyedari
kesilapan diri dan menginsafi perbuatan mereka untuk menjadi generasi yang
lebih baik untuk keluarga, masyarakat, agama dan negara.
Peserta
bersalaman dan berpelukan dengan fasilitator -slot Muhasabah Diri-
|
Fasilitator
menenangkan peserta -slot Muhasabah Diri-
|
Hari ketiga program bermula ceria dengan
slot ‘Badan Cergas Minda Cerdas’ selepas solat Subuh berjemaah. Selepas senaman
pagi, peserta dikehendaki menyusun atur dewan bersama-sama fasilitator untuk
majlis penutup. Selepas bersarapan, slot terakhir peserta bersama fasilitator
untuk projek ini dimulakan. Slot ‘Menggilap Mutiara’merupakan slot untuk
peserta memberikan maklum balas mengenai projek ini. Peserta dikehendaki
mengisi boring maklum balas bagi pihak In-Smartive menambah baik perjalanan
projek akan datang.
Selain
peserta, ibu bapa dan penjaga turut merima manfaat daripada projek ini. Ibu
bapa dan penjaga berpeluang mengikuti perkongsian ilmu yang bertajuk’
Kecemerlangan Pendidikan: Guru, Pelajar Ibu Bapa, Senada Seirama’ oleh Pengarah
Pusat Inovasi dan Daya Saing Akademik (CAIC) UMP , YBhg. Prof. Dr. Mohd
Ridzuan Nordin pada hari terkahir projek ini berlangsung.
YBhg. Prof. Dr. Mohd
Ridzuan Nordin, Pengarah Pusat Inovasi dan Daya Saing
Akademik UMP.
|
Perkongsian
ilmu oleh
|
Tepat jam 11.30, majlis perasmian penutup
dimulakan. Hadir merasmikan penutup projek serta menyampaikan sijil
kepada peserta ialah Yang DiPertua PIBG
SKSR, Puan Zariah Haji Harun. Turut hadir ialah Guru Besar SKSR, Encik
Mohd Zaini Mohd Yunan, Ketua Penyelidik Naib Canselor merangkap Penasihat Kelab
In-Smartive, Wan Nazrul Helmy Wan Mohd Zain dan Presiden Kelab In-Smartive,
Asraf Ahmad. Selesainya majlis penutup, sesi fotografi diaturkan sebagai
kenang-kenangan. Selepas makan tengah hari para fasilitator bergerak
pulang ke UMP.
Majlis penyampaian sijil kepada peserta |
-Projek Kilauan Mutiara Sek Keb (FELDA) Sungai Retang- |
0 comments