PROJEK KILAUAN MUTIARA SK KUALA TRIANG
12:00 AM
Pada tanggal 14 Mac hingga 16 Mac telah berlangsungnya
Projek Kilauan Mutiara buat kali ketiganya di Sekolah Kebangsaan Kuala Triang.
Seramai 52 orang peserta yang terdiri
daripada pelajar tahun 5 dan 6 dari
Sekolah Kebangsaan Kuala Triang dan 30 orang fasilitator dari kelab In-Smartive Universiti Malaysia
Pahang telah mengambil bahagian. Projek
Kilauan Mutiara ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara
Sekolah Kebangsaan Kuala Triang dengan kelab In-Smartive Universiti Malaysia
Pahang. Selain itu, Projek Kilauan Mutiara ini juga ingin memperlihatkan
generasi yang mempunyai matlamat dan hala tuju dalam kehidupan masing-masing
serta membina sahsiah dan akhlak yang baik di antara pelajar dengan guru, ibu
bapa dan masyarakat. Sehubungan dengan itu, pelbagai modul dan aktiviti yang
bermanfaat telah dirancang dan dijalankan sepanjang program berlangsung bagi
meningkatkan lagi nilai motivasi, jati diri dan seterusnya membantu mereka untuk
terus cemerlang di dalam akademik.
Pada pukul 2.30 petang para fasilitator tiba di Sekolah
Kebangsaan Kuala Triang dan tepat jam 3.30 petang berlangsungnya majlis
penyerahan peserta. Peserta diserahkan kepada wakil In-Smartive iaitu saudara Ahmad Badruzzaman bin Idris merangkap pengurus
Projek Kilauan Mutiara ini. Majlis penyerahan peserta berlangsung dengan
jayanya. Selesainya majlis
penyerahan, para peserta diberi
rehat untuk minum petang dan solat asar. Sesudahnya solat asar, para peserta, diberi
taklimat mengenai program yang akan berlangsung selama 3 hari 2 malam ini.
Taklimat disampaikan oleh saudara Ahmad Badruzzaman bin Idris merangkap
pengurus Projek Kilauan Mutiara ini. Para peserta diterangkan mengenai etika
pemakaian dan disiplin sepanjang program berlangsung.
Majlis Penyerahan
Peserta kepada saudara Ahmad Badruzzaman bin Idris, merangkap pengurus Projek
Kilauan Mutiara
|
Bermula sesi pertama iaitu, sesi “Ice Breaking”. Sesi ini diadakan bagi
memperkenalkan para fasilitator. Melalui slot ini, para peserta dapat mengenali
dengan lebih baik latar belakang fasilitator bagi mewujudkan hubungan yang
mesra dan baik sesama mereka. Sebanyak 6 kumpulan telah dibentuk dan terdiri
daripada 3 orang fasilitator dan 9 orang peserta untuk setiap kumpulan. Peserta
akan dapat berta’aruf bersama fasilitator dan juga ahli kumpulan dan peserta
akan berkerjasama dalam membentuk organisasi.
Para peserta melakukan trademark bagi kumpulan masing-masing. -slot Ice Breaking- |
Sesi kedua iaitu “pencetak buruk”. Sesi ini dimulakan dengan
taklimat perjalanan aktiviti oleh fasilitator yang ditugaskan. Aktiviti bermula
apabila anggota kumpulan beratur dengan keadaan berdiri dan memilih seorang
wakil untuk ke hadapan. Wakil-wakil daripada setiap kumpulan akan memilih satu
cabutan daripada sebuah kotak yang mengandungi klu-klu tugasan yang terdiri
daripada nama-nama haiwan. Sebelum wakil pertama mula melukis berdasarkan klu
yang diperoleh, ahli kumpulan yang lain diminta untuk pusing ke belakang dan
hanya akan kembali pusing ke hadapan selepas wakil yang pertama menyiapkan
lukisannya. Setiap orang diberikan masa 10 saat sahaja. Semasa sesi ini
berlangsung, setiap kumpulan ditinjau oleh fasilitator kumpulan masing-masing.
Wakil terakhir dalam barisan tersebut akan dipanggil kehadapan untuk meneka lukisan
yang dilukis. Objektif sesi ini adalah dapat meningkatkan daya kepekaan dan
ketelitian pelajar-pelajar dan turut mencabar kebolehan mereka dalam
menghasilkan lukisan sekaligus dapat mengasah bakat mereka.
Wakil dari setiap kumpulan menunjukkan hasil daripada pencetak buruk masing-masing. - slot Pencetak Buruk- |
Hari kedua dibuka tirai dengan solat tahajjud dan qiamulai diikuti
dengan solat subuh berjemaah. Selesainya solat subuh berjemaah, para pelajar
dihiburkan dengan “morning punch-in” atau erti kata lain senaman pagi. Ini
adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap kecergasan mereka. Selepas itu,
para pelajar dilepaskan untuk minum dan seterusnya solat Dhuha berjemaah.
Seterusnya ialah slot “Story Behind The Paper” menjadi tirai
pembuka untuk slot pada hari kedua. Pelajar
di minta beratur mengikut kumpulan untuk diberikan tajuk cerita yang harus
mereka lakukan. Pelajar ditugaskan untuk membina ayat bagi setiap satu gambar
dengan bantuan fasilitator kumpulan masing-masing. Menariknya sesi ini kerana
mereka diberikan surat khabar dan merea harus menggunakan huruf atau perkataan
dalam surat khabar yang diberikan untuk membina ayat-ayat tersebut. Masa yang
diperuntukkan bagi menyiapkan tugasan ini adalah selama 45 minit sahaja.
Selepas itu, setiap kumpulan perlu tampil ke hadapan dan membuat pembentangan.
Objektif sesi ini ialah dapat membina semangat berpasukan dalam kalangan ahli
kumpulan dan dapat merangsang daya pemikiran dan kreativiti setiap pelajar.
Tambahan pula, ini juga dapat memupuk semangat mereka untuk membaca surat khabar.
pelajar sedang tekun menyiapkan cerita masing-masing -slot Story Behind The Paper- |
Seterusnya program diteruskan lagi dengan slot “sinar
sirah”. “Sinar sirah” merupakan sesi yang berunsurkan Islam dan objektif sesi
ini ialah mendedahkan sirah-sirah nabi kepada pelajar-pelajar. Setiap
fasilitator kumpulan diminta menceritakan tentang sirah yang berkaitan kisah
nabi dan perjuangan tokoh-tokoh Islam yang mengandungi banyak nilai murni dan
pengajaran. Setiap kumpulan dibekalkan kertas mahjung dan marker dan mereka
perlu menggambarkan sirah yang diceritakan melalui lukisan. Setiap kumpulan
diberikan sirah yang berbeza antaranya ialah kisah Nabi Nuh a.s, Saidina Ali
bin Abi Talib, Saidina abu Bakar As-Siddiq, Saad abi Waqab, Mus’ab bin Umair
dan Bilal bin Rabbah.
Salah satu kumpulan sedang membentangkan hasil lukisan mereka mengenai cerita Nabi Nuh AS -slot Sinar Sirah- |
Selepas itu, ialah slot “kau ada aku ada”. Slot “Kau Ada aku
Ada” dilaksanakan bagi memupuk semangat bekerjasama dan menanam sikap saling
percaya antara satu sama lain. Bagi melaksanakan modul ini setiap kumpulan
dibahagikan kepada tiga kategori iaitu bisu,kudung dan buta. Kategori yang
pertama iaitu bisu diberikan tugasan untuk melihat menara yang perlu mereka
bina menggunakan cawan polisterin dan straw. Selepas itu, mereka akan menyampaikan
maklumat kepada si kudung dan si kudung akan menyampaikan maklumat kepada si
buta. Akhir sekali, si buta harus menyiapkan binaan menara dengan arahan
kategori kudung. Selesainya slot ini, para peserta dilepaskan untuk makan
tengah hari seterusnya solat zohor berjemaah.
Para peserta bertungkus lumus menyelesaikan misi mereka. -slot Kau Ada Aku Ada- |
Usainya solat zohor, para peserta diberikan lagi hiburan
dengan happy hour selama 30 minit. Sesi happy hour ini bertujuan untuk
menghiburkan para peserta atau dalam erti kata lain menyegarkan mereka. Program
diteruskan lagi dengan Sesi “Jom Tayamum” dilaksanakan bagi mendedahkan
cara-cara yang betul melaksanakan tayamum dan hikmahnya. Sesi ini dilaksanakan
dengan pembahagian dua kumpulan besar iaitu lelaki dan perempuan. Fasilitator
yang ditugaskan telah memberikan penerangan dan cara-cara yang betul melaksana
tayamum. Selain cara-cara bertayamum, terdapat perkara-perkara yang lain turut
diterangkan iaitu perkara-perkara yang membolehkan dan membatalkan tayamum,
rukun tayamum dan alat-alat bertayamum. Setiap pelajar diberi peluang untuk
melakukan secara praktikal dan secara tak langsung sesi ini dapat mencapai
objektifnya.
Para peserta sedang
mempratikan cara-cara bertayamum -slot Jom Tayamum-
|
Selepas itu ialah slot “Cheers War”. Slot ini dilaksanakan
bagi menjana minda pelajar untuk berfikir cepat dan memupuk semangat juang yang
tinggi dalam diri setiap ahli kumpulan. Para pelajar dikehendaki duduk dalam
kumpulan masing-masing dan harus membuat “cheers” bagi kumpulan masing-masing.
Setiap kumpulan akan berbalas serangan. Sesi ini merupakan sesi yang paling
menyeronokkan dan para pelajar kelihatan begitu bersemangat dan memberikan
kerjasama yang positif.
para peserta sedang memikirkan strategi cheers war mereka -slot Cheers War- |
Seterusnya ialah slot Snake. Slot dijalankan di padang
sekolah Sk. Kuala Triang. Slot dilaksanakan bagi memupuk kerjasama dalam
kumpulan dan mengasah bakat kepimpinan pelajar. Para pelajar dibahagikan kepada
dua kumpulan yang besar dan diberikan straw sebagai bahan modul. Sesi ini dimulakan
dengan penerangan cara-cara bermain oleh fasilitator yang ditugaskan. Para
pelajar diarahkan untuk membuat satu rantaian panjang (snake) dengan hanya
menggunakan straw sahaja. Mereka harus bersaing antara dua kumpulan untuk
sampai ke garisan penamat yang ditentukan. Arahan ketua dan kerjasama amat
penting dalam menjayakan modul ini.
Para peserta bertungkus lumus memastikan straw mereka tidak putus ditengah jalan. -slot Snake- |
Selepas itu, para peserta dilepaskan untuk solat asar.
Usainya solat asar kesemua pelajar dan barisan fasilitator meningkatkan lagi
tahap kecergasan mereka dengan melakukan senaman kecergasan yang dikelolai oleh
Persatuan Kecergasan Daerah Bera. Kesemua peserta dan fasilitator sangat
gembira. Sesudahnya senaman kecergasan, para peserta dilepaskan untuk makan
malam, solat Maghrib berjemah. Bacaan Yaasin bersama ibu bapa juga turut
diadakan dan seterusnya solat Isyak berjemaah.
Slot “inovasi” menjadi pembuka tirai slot pada sebelah
malamnya. Sesi “Inovasi” dilaksanakan untuk mengasah dan memupuk kreativiti
dalam kalangan para pelajar dengan menggunakan bahan-bahan terpakai yang
disediakan. Selain itu,sesi ini dapat memupuk para pelajar untuk berfikir di
luar kotak dengan mencipta barang yang bertemakan teknologi. Cara perlaksanaan
modul ini ialah mereka ditugaskan mencipta sesuatu barang yang bertemakan
teknologi dalam kumpulan masing-masing. Mereka dibimbing oleh para fasilitator
kumpulan masing-masing. Antara bahan yang disediakan ialah kotak, surat khabar
lama dan straw. Para pelajar diberi masa selama 30 minit bagi menyiapkan
ciptaan mereka. Selepas itu, mereka diminta untuk membentangkan hasil rekaan
mereka di hadapan semua fasilitator dan pelajar kumpulan lain.
Salah satu hasil
ciptaan daripada para peserta -slot Inovasi-
|
Seterusnya, para peserta diberikan hiburan dalam sesi happy
hour dan seterusnya supper. Hari kedua melabuhkan tirai dengan slot “cermin
diri”. Slot ini adalah bertujuan supaya para peserta dapat menghargai dan
menginsafi nikmat kemerdekaan dan kesejahteraan negara serta kepentingan
pendidikan untuk menjadi generasi pewaris yang berguna.
Para peserta bersalaman dengan para fasilitator diakhir slot |
Seperti biasa tirai hari ketiga dibuka dengan solat Subuh
berjemaah, dan diteruskan dengan morning punch-in. Sesudahnya morning punch-in, para
pelajar dilepaskan untuk sarapan pagi dan solat Dhuha.
-slot Morning punch-in- |
Seterusnya program diteruskan lagi dengan sesi “Kau Boleh” yang dikendalikan oleh saudara Ahmad Badruzzaman bin
Idris bertujuan untuk meningkatkan lagi
motovasi dalam diri setiap peserta. Sesi ini juga adalah resolusi
keseluruhan Projek Kilauan Mutiara Sekolah Kebangsaan Kuala Triang. Peserta
dapat meningkatkan lagi motivasi diri dan mempunyai inspirasi dari seorang
individu yang berjaya.
Para peserta sedang melaungkan perkatan “Kau boleh” -slot Kau Boleh- |
Selapas
itu, program diteruskan lagi dengan slot “menggilap mutiara”. Pada sesi
“Menggilap Mutiara”, para peserta berkongsi masalah dengan para fasilitator dan
fasilitator berperanan untuk memberi kata-kata pembakar semangat kepada para
peserta. Peserta juga dikehendaki mengisi borang kaji selidik tentang
keberkesanan Projek Kilauan Mutiara Sekolah Kebangsaan Kuala Triang pada akhir sesi.
Para peserta sedang mengisi boring kaji selidik |
Sesudah
slot menggilap mutiara, para pelajar serta fasilitator mengadakan
persiapan untuk majlis penutupan Projek Kilauan Mutiara ini. Tepat jam 12.15
tengah hari berlangsungnya “Majlis Penutupan Projek Kilauan Mutiara Sekolah
Kebangsaan Kuala Triang” buat kali ketiganya. Perasmian penutup disempurnakan oleh Profesor
Madya Dr. Mimi Sakinah binti Abdul Munaim merangkap Presiden Persatuan Wanita
UMP (MATAHARI). Selesainya majlis penutup, berlakunya sesi fotografi untuk
kenang-kenangan. Selepas makan tengah hari para fasilitator bergerak pulang ke UMP.
Gambar kenang-kenangan bersama warga SK Kuala Triang |
0 comments