KEM INTERAKSI PEMIMPIN MUDA MRSM BESUT
9:00 AM
Pada 6
hingga 8 Mac 2014, telah berlangsung Kem Interaksi Peminpin Muda (IN-TEAM) Maktab
Rendah Sains Mara (MRSM) Besut yang melibatkan para pemimpin pelajar sekolah
berkenaan. Projek IN-TEAM pada kali ini telah diadakan di Kem Damai Beach
Resort, Besut, Terengganu. Kem ini dikelola oleh 25 orang fasilitator Kelab
In-Smartive, Universiti Malaysia Pahang (UMP). Seramai 50 orang peserta telah
menyertai kem ini yang terdiri daripada barisan Badan Wakil Pelajar (BWP),
Lembaga Disiplin Pelajar (LDP), Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) serta bakal-bakal
pemimpin daripada wakil-wakil pelajar Tingkatan 4. Projek ini merupakan projek
pertama Kelab In-Smartive bekerjasama dengan MRSM terutamanya MRSM Besut. Hasil
kerjasama pihak sekolah dan Kelab In-Smartive, kem selama 3 hari 2 malam ini
telah berlangsung dengan jayanya.
Kem
IN-TEAM ini diadakan bagi menguatkan lagi mental para pemimpin MRSM Besut
selain daripada mendidik mereka menjadi pemimpin yang lebih bertanggungjawab
dan amanah. Sehubungan itu, mereka diminta untuk menyerahkan semua barang
elektronik dan barang berharga mereka sebelum kem bermula. Para peserta telah diberikan
barang amanah seperti tag nama tumbuh-tumbahan dan beberapa barang lain lagi
untuk dijaga sepanjang kem tersebut.
6 Mac 2014
Sebaik sahaja tiba di Kem Damai Beach Resort,
kami disambut mesra oleh guru-guru MRSM Besut. Kami dibawa ke dewan Kem Damai
untuk membuat persiapan majlis penyerahan peserta yang dikelola oleh guru MRSM
Besut. Sebelum itu, taklimat kursus telah diberikan oleh saudari Maisalsadila selaku
pengurus projek kem IN-TEAM MRSM Besut ini.
Peserta telah dimaklumkan mengenai peraturan sepanjang berada di kem
ini. Mereka juga ditekankan dengan konsep “One for All, All for One” agar
mereka lebih bekerjasama. Penyerahan peserta secara rasmi oleh pengetua MRSM
Besut iaitu Tuan Hj. Che Abd. Halim Bin Che Daud kepada Kelab in-Smartive
menjadi pembuka tirai kem ini.
Slot pertama kem ini adalah slot Tak Kenal Maka Tak Cinta. Slot ini
bertujuan memperkenalkan barisan fasilitator kepada para peserta. Peserta
dibahagikan kepada 7 kumpulan kecil dan setiap kumpulan mempunyai 2 orang
fasilitator sebagai pemantau peserta sepanjang kem ini berlangsung. Setiap
kumpulan diberikan masa untuk berkenalan lebih rapat dengan fasilitator
kumpulan mereka.
Tak
Kenal Maka Tak Cinta
Selesai sesi berkenalan bersama ahli kumpulan,
pembentukan organisasi telah diadakan bagi memilih penghulu dan penghuluwati
kem. Pembentukan organisasi telah diadakan bermula dari cadangan, seterusnya
manifesto dan akhir sekali undian daripada peserta. Selesai pembentukan
organisasi, para peserta telah dilepaskan untuk kudapan dan solat.
Pada sebelah malamnya, majlis pertabalan penghulu dan penghuluwati telah
diadakan secara rasmi. Penghulu dan penghuluwati telah ditabalkan oleh Encik
Wan Nazrul Helmy sendiri yang merupakan penasihat Kelab In-Smartive. Penghulu
dan penghuluwati diberikan amanah dan tanggungjawab untuk memastikan anak buah
mereka berada dalam keadaan terkawal.
Manifesto
untuk pemilihan penghulu dan penghuluwati.
Pertabalan
Penghulu dan Penghuluwati.
Setelah majlis pertabalan berlangsung kem diteruskan dengan slot Mulanya
Di Sini. Peserta telah diberikan tugas untuk membuat bendera mereka yang
melambangkan perpaduan semua peserta dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Setiap kumpulan juga diminta untuk membuat ‘bandage’ dimana peserta harus
mencipta logo kumpulan dan mereka juga harus menyediakan ‘cheers’ untuk
kumpulan masing-masing.
Peserta
membuat bendera.
Seterusnya, para peserta diminta untuk membentangkan ‘bandage’ ,
‘cheers’ , dan bendera mereka dalam slot Light Camera Action. Tujuan peserta
diminta untuk membuat bendera dan mencipta logo supaya mereka berfikiran
kreatif dalam waktu yang singkat di samping sedar akan tanggungjawab mereka. Manakala
mereka diminta menyediakan ‘cheers’ kumpulan untuk membakar semangat berpasukan
selain daripada mengajar mereka untuk lebih bekerjasama.
Peserta
membentangkan ‘bandage’ dan ‘cheer’ kumpulan.
Slot seterusnya adalah Pra-Muhasabah Diri yang dikendalikan oleh Encik
Wan Nazrul Helmy. Sesi ini bertujuan untuk memberi kesedaran awal kepada
peserta. Mereka telah diuji dengan pelbagai permainan emosi. Hal ini adalah
untuk menyedarkan para peserta agar merendahkan ego mereka dan tidak terlalu
mengikut emosi. Peserta turut diuji untuk menyelesaikan masalah dalam keadaan krisis.
Aktiviti pada malam itu berakhir dengan slot Warkah Buat Pemimpin.
Peserta diminta untuk menulis surat kepada rakan mereka untuk menaikkan
semangat sekaligus merapatkan lagi silaturrahim antara peserta.
7 Mac 2014
Seawal jam 5.00 pagi para peserta telah dikejutkan dari tidur untuk
menunaikan solat tahajjud dan qiamulai dalam slot Tahajjud Cinta diikuti dengan
solat subuh berjemaah. Pelbagai perkongsian telah disampaikan antara
fasilitator dan peserta. Seusai solat, bermula perhimpunan pagi mereka dan sesi
Suai Fizikal untuk mencergaskan diri mereka pada awal pagi. Selepas itu, mereka
telah dilepaskan untuk sarapan pagi.
Sesi
Suai Fizikal.
Setelah selesai bersarapan, agenda kem
diteruskan dengan slot D.I.C.E. Slot ini membantu peserta untuk memahami teknik
membuat keputusan dengan lebih tepat. Mereka diminta membentangkan penggunaan
teknik D.I.C.E terhadap situasi yang telah diberi. Seusai pembentangan teknik
D.I.C.E kepada fasililator kumpulan, peserta dilepaskan untuk sedikit kudapan
sebelum menunaikan solat sunat Dhuha.
Pembincangan
ketika Slot D.I.C.E
Slot seterusnya adalah slot Last Man Standing. Peserta diberi peluang
untuk bercakap di hadapan dan merasai pelbagai tindak balas daripada penonton.
Mereka dapat menilai tahap keupayaan untuk mengawal emosi ketika berkomunikasi
dalam pelbagai situasi dengan memahami jenis audience.
Last
Man Standing.
Selesai sahaja slot tersebut, peserta menikmati
makanan tengah hari sebelum peserta lelaki bersiap-siap untuk menunaikan solat
jumaat manakala peserta perempuan menunaikan solat zuhur berjemaah.
Pada
sebelah petang, para peserta diterukan lagi dengan slot S.W.O.T Analisis yang
bertujuan untuk mengajar para peserta menggunakan teknik ini dalam
mengenalpasti masalah terutama masalah dalam organisasi kepimpinan mereka
sendiri. Mereka dapat mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman
dalam organisasi untuk menjana kepimpinanan yang lebih teratur dan terbilang.
Perbincangan
bersama fasi kumpulan dalam Slot S.W.O.T.
Sesi diteruskan lagi dengan slot Salah Siapa. Para peserta diberikan
‘watak’ mengikut kumpulan masing-masing dan diminta untuk mempertahankan diri
mereka dengan hujah-hujah yang bernas secara spontan apabila dipersalahkan oleh
kumpulan lain. Aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran komunikasi peserta
dengan membahas dan mempertahan hujah mereka dengan pantas.
Slot
Salah Siapa.
Peserta kemudiannya menunaikan solat asar
berjemaah sebelum berkumpul untuk akitiviti seterusnya. Aktiviti diteruskan
dengan slot The Burj. Peserta diminta untuk mendirikan menara yang tinggi di
kawasan lapang dengan menggunakan batang paip dan tali. Mereka diminta membina
menara tersebut dengan hanya mendengar arahan daripada ketua mereka. Melalui
slot ini, para peserta dapat mempelajari kepentingan mendengar arahan ketua
bagi menyelesaikan sesuatu tugasan. Sebaik sahaja selesai tugasan mereka,
mereka dibenarkan bersurai untuk menikmati makan malam dan juga solat maghrib
dan isyak secara berjemaah.
The
Burj.
Pada sebelah malam pula saudari Azmira telah mengendalikan slot Jejak
warisan. Jejak warisan merupakan aktiviti ‘Explorace’ yang diadakan secara
setempat dengan menggunakan peta di atas kertas. Peserta dapat menerapkan nilai
kerjasama dan kepercayaan antara ahli kumpulan dalam membuat sesuatu keputusan
selain berfikir secara kritis dan kreatif dalam merangka ‘perjalanan’ mereka.
Slot
Jejak Warisan.
Acara kemuncak malam terakhir adalah slot Muhasabah diri di mana peserta
ditekankan untuk membuat keputusan dalam keadaan genting dan bertindak mengikut
akal dan bukan emosi. Peserta dapat memperbaiki kesalahan mereka dan menyedari
kepentingan menjaga amanah terutama sebagai seorang pemimpin. Slot muhasabah
ini sekali lagi dikelolai oleh Encik Wan Nazrul Helmy.
8 Mac 2014
Hari
terakhir, peserta bangun seawal jam 5.00 pagi untuk menunaikan solat tahajjud
seterusnya solat subuh berjemaah. Sesudah solat mereka bersiap untuk
perhimpunan pagi dan seterusnya sesi suai fizikal untuk mencergaskan badan dan
gotong-royong membersihkan kawasan kem. Peserta kemudiannya dilepaskan untuk sarapan
pagi dan rehat buat seketika. Sesi resolusi diadakan selepas sarapan bagi mengimbau
kembali aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang kem.
Seterusnya para peserta diberi masa untuk kudapan
sebelum aktiviti lain diteruskan. Slot ‘Hati ke Hati’ telah diadakan bagi
memberi ruang dan peluang pada para peserta untuk berkongsi maklumbalas mereka
terhadap perlaksanaan kem secara keseluruhan.
Peserta
sedang fokus mengisi borang kaji selidik
Peserta dan para fasilitator bekerjasama
membuat persiapan majlis perasmian penutup. Peserta dapat mempelajari cara
mengengolakan majlis rasmi hasil daripada perbincangan sesama mereka.
Tepat jam 1200, Majlis Perasmian Penutup Kem Interaksi Pemimpin Muda MRSM
Besut telah berlangsung. Majlis perasmian ini berjaya dilaksanakan dan
dikendalikan sendiri oleh wakil pemimpin muda MRSM Besut. Majlis dimulakan
dengan bacaan doa serta ucapan penghulu bagi mewakili semua peserta dan
dituruti dengan ucapan penghargaan daripada penasihat kelab In-Smartive dan
disudahi dengan ucapan daripada Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar, En. Kamal
Farihi Bin Mat Resad @ Arsyad. Akhir sekali sesi penyampaian cenderamata dan
sijil penyertaan kepada wakil pemimpin muda MRSM Besut sebagai penghargaan
kepada mereka. Majlis diteruskan dengan tayangan montaj sebagai tanda
berakhirnya kem tersebut. Majlis melabuhkan tirainya dengan persembahan
daripada barisan pemimpin muda dan persembahan istimewa daripada fasilitator
buat semua peserta kem kepimpinan itu dan disudahi dengan sesi fotografi.
0 comments