PROJEK KILAUAN MUTIARA SMK TENGKU ABDULLAH
7:43 PM
Pada tanggal 4 hingga 6 April yang lalu, telah berlangsungnya satu lagi
program inisiatif di bawah kendalian kelab In-Smartive UMP yang dikelola oleh
pengurus projek, saudari Koh Bee Fong yang merupakan alumni bagi Sekolah
Menengah Kebangsaan Tengku Abdullah di Pekan, Pahang. Program ini merupakan
program kedua yang pernah direalisasikan oleh kelab In-Smartive dengan sekolah
ini selepas Kem Interaksi Pemimpin Muda (IN-TEAM) pada tahun 2012.
Seramai 30 orang mahasiswa UMP daripada Kelab In-Smartive telah dipilih menjadi
fasilitator dan diamanahkan untuk menggilap mutiara para pelajar SMKTA. Seramai
88 orang peserta Tingkatan 5 yang terdiri daripada pelajar yang berbeza jurusan
iaitu jurusan sains tulen, akaun dan sains sukan. Fokus utama program kali ini
adalah mengenai pemetaan hala tuju pasca SPM kepada calon-calon SMKTA tahun
ini. Dapatan lain juga adalah mencungkil bakat yang terpendam, mempertajamkan
penguasaan bahasa Inggeris dan mempromosikan diri di khalayak ramai.
Sesi pembahagian kumpulan |
Slot pertama program ini bermula dengan slot mengenai slot ‘Tak Kenal Maka Tak Cinta’. Para peserta telah dibahagikan kepada 10 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 2 orang fasilitator kumpulan. Sesi pengenalan fasilitator kepada kepada para peserta adalah setiap fasilitator akan membuat gaya kreatif masing-masing bagi menarik minat peserta untuk mudah mengenali fasilitator.
Pada
sebelah malam, sebaik sahaja selesai solat isyak, semua peserta berkumpul di
dewan terbuka untuk meneruskan slot ‘Timeline’. Fokus slot ini adalah lebih
kepada pemetaan hala tuju pasca-SPM kepada para peserta. Selain itu, slot ini turut memberikan sedikit
gambaran dalam menentukan jalan yang harus dipilih oleh para peserta setelah
mendapat keputusan SPM. Slot ‘Salah
Siapa’ telah dilaksanakan sebaik sahaja tamat slot ‘Timeline’. Setiap kumpulan
telah diberikan peranan masing-masing dan mereka perlu berbahas dengan kumpulan
lain untuk mempertahankan peranan masing-masing. Selepas itu, slot ‘Spiritual
Boost’ telah membawa para peserta menyingkap dan koreksi diri dalam kehidupan
seharian.
5
April, peserta dikejutkan seawal 5.30 pagi untuk melakukan Qiamullail. Selepas
itu, mereka dibenarkan untuk bersiap bagi aktiviti seterusnya yang dijalankan
di UMP. Tepat pukul 8 pagi, mereka bertolak dari SMKATA ke UMP Pekan untuk slot
pertama pada hari kedua iaitu ‘Explorace’. Slot ini merupakan slot yang paling
ditunggu oleh para peserta. Mereka telah memberikan kerjasama yang sangat baik
dalam kumpulan mereka untuk memastikan mereka mampu menghabiskan ke semua 10
check point. Impak positif ini telah dapat dilihat ketika mereka melakukan
aktiviti-aktiviti dan berusaha sedaya upaya untuk menyiapkan segala tugasan
yang diberikan oleh fasilitator check point. Selepas Explorace, mereka
meneruskan dengan slot yang lain iaitu slot ‘The Snake’. Cara permainan adalah
dengan menyambung batang straw sehingga panjang dan akan digerakkan dalam kumpulan.
Explorace – Menguji semangat sepasukan |
The Snake – menguji kebijaksaan dan kepimpinan ketua kumpulan
|
Pada sebelah malam pula, sebaik sahaja selesai solat Isyak para peserta telah berkumpul di dewan terbuka bagi meneruskan program dengan slot ‘SWOT Analysis’, Bursa Saham dan Muhasabah Diri. Slot kali ini menekankan kerjasama antara pasukan, memilih point yang paling sesuai dan memberi kesedaran kepada para peserta bahawa pelajaran adalah segala-galanya. Seperti program yang biasa dijalankan, slot Bursa Saham mendapat maklum balas positif daripada peserta. Para peserta telah dibahagikan kepada dua syarikat, iaitu syarikat A dan B. Kali ini, syarikat A telah mendapat keuntungan besar dan mereka menang dalam slot Bursa Saham kali ini.
Hari
ketiga, slot ‘Menggilap Mutiara’ dan ‘Kau Boleh’ dibuat dalam bentuk kumpulan.
Fasilitator kumpulan memainkan peranan dengan memberi gambaran terakhir hala
tuju pasca SPM kepada para peserta. Kali ini, mereka lebih tampak dan bersedia
untuk pelbagai dugaan dan ujian yang bakal melanda.
Majlis
penutup disempurnakan oleh YDP PIBG sekolah, Encik Badrul Hisham bin Abdul
Rapar. Peserta terbaik Projek Kilauan Mutiara Sekolah Menengah Kebangsaan
Tengku Abdullah pula dianugerahkan kepada Wee Chong Soon (akaun) dan Syafiqah
Akmal binti Mohd Yusof (sains tulen).
Sesi bergambar. |
0 comments