KEM INTERAKSI PEMIMPIN MUDA SBPI KUANTAN (INTEK)
9:28 AM
Pada 14 hingga 16 Mac 2014, telah
berlangsungnya Kem Interaksi Pemimpin Muda (IN-TEAM) Sekolah Berasrama Penuh
Integrasi Kuantan (INTEK) yang melibatkan pemimpin sekolah berkenaan. Para
peserta terdiri daripada 52 orang pemimpin, merangkap ketua dan penolong rumah
pasukan serta pengawas sekolah. Kem ini dikelola oleh 15 orang fasilitator
kelab IN-SMARTIVE Universiti Malaysia Pahang. Kem pada kali ini berlangsung
dalam suasana yang sangat tenang. Berlatar belakangkan suasana kampung
ditambah pula dengan kedudukannnya yang berhadapan dengan Sungai Pahang,
D’ambang Resort Sdn. Bhd Pekan, Pahang ini menjadi saksi kem selama 3 hari 2
malam ini.
Kem ini diadakan bertujuan untuk
memantapkan sifat kepimpinan dalam diri para peserta. Memandangkan mereka terdiri
daripada golongan teratas dalam hierarki sekolah selepas guru, justeru mereka
bukan sahaja diuji dari kekuatan fizikal, malah dari aspek rohani dan juga
intelek agar mereka tidak menjadi pemimpin yang hanya pandai berkata-kata dan
petah memberi arahan.
14 Mac 2014
Setibanya di kem D’ambang Resort Sdn. Bhd
Pekan, fasilitator lelaki menuju ke masjid berhampiran untuk menunaikan Solat
Jumaat manakala fasilitator perempuan membuat persiapan untuk penginapan dan
majlis penyerahan kelak. Setelah penantian selama hampir 2 jam, majlis
penyerahan yang bermula pada jam 4
petang dirasmikan oleh Ustaz Jasmani Bin Yusuf, Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Pelajar sekolah terbabit.
Usai menunaikan solat fardhu Asar, peserta
kembali ke dewan untuk slot pertama iaitu taklimat kursus yang diberikan oleh
saudara Muhammad Abdul Muhaimin Bin Mamat selaku pengurus projek IN-TEAM bagi kali ini. Peserta diberi penekanan
mengenai prinsip ‘One For All, All For One’. Segala barang berharga termasuk beg
duit dan telefon bimbit diserahkan kepada fasilitator atas faktor keselamatan.
Para peserta tekun mendengar kata-kata Saudara Muhaimin |
Pengenalan fasilitator dalam slot ‘Tak
Kenal Maka Tak Cinta’ bertujuan untuk memperkenalkan para pemudah cara kepada peserta
sepanjang kem ini berlangsung. Pada jam 6.30 petang, peserta dilepaskan untuk
makan malam dan khidmat diri
Slot ‘Mulanya Di Sini’ menjadi pembuka
tirai slot pada sebelah malamnya. Lima
aktiviti dalam satu slot iaitu pembentukan kumpulan, penghasilan bandage
kumpulan, bendera pasukan, penubuhan organisasi kem dan pertabalan penghulu dan
penghuluwati. Pertabalan Penghulu dan penghuluwati kem ditabalkan sendiri oleh
penasihat IN-SMARTIVE, Encik Wan Nazrul Helmy Bin Wan Mohd Zain. Upacara
pertabalan berlangsung dengan gilang gemilang menggunakan adat istiadat negeri
Perak. Slot ini tamat pada jam 10.30 malam untuk kudapan.
Calon yang bertanding semangat mengeluarkan hujahnya. Jangan lupa tunaikan. |
'Bandage' Puan Nurul dalam proses pembikinan. |
Bendera pasukan yang menjadi kebanggaan semua. |
Seterusnya, slot Pra Muhasabah dilakukan di padang resort bertujuan memberi kesedaran kepada peserta akan kelemahan dan kekurangan diri sebagai seorang pemimpin. Mereka diberi penekanan berulang kali mengenai keutamaan berfikir sebelum bertindak dan akal mendahului emosi dalam setiap perkara. Emosi mereka benar-benar teruji apabila mereka dikehendaki membuat keputusan dalam situasi genting
Sebagai penutup aktiviti, ‘Warkah Buat Sang
Pemimpin’ menjadi tidak ketinggalan. Menggunakan pendekatan memendam itu menyakitkan,
peserta dikehendaki menulis surat untuk rakan mereka tanpa mendedahkan identiti
si penghantar surat. Secara rasionalnya, peserta dapat menegur kekhilafan
sesama sendiri dan seterusnya menambah nilai dalam diri masing-masing.
Agak-agak, apa yang ditulis ek? |
15 Mac 2014
Mental para
peserta sekali lagi diuji apabila mereka dikejutkan seawal jam 500 untuk sesi qiamulail. Selepas solat fardhu Subuh berjemaah dan sedikit perkongsian ilmu,
para pemimpin berkumpul untuk perhimpunan pagi dan suai fizikal. Aktiviti ini
bukan sahaja dapat meningkatkan kecergasan dan daya metabolisma peserta malah
dapat merapatkan silaturrahim antara kami.
"We promise to be more proactive, Sir!!" ; Morning Call |
Selepas sarapan
pagi pada jam 0730 peserta diperkenalkan dengan "S.W.O.T Analysis". Dalam
slot ini peserta akan didedahkan dengan kepentingan pengurusan berlandaskan
kekuatan, kelemahan,peluang dan ancaman dalam organisasi. Mereka seterusnya
akan membentangkan hasil perbincangan mereka kepada para fasilitator.
Perbincangan antara fasilitator dan para peserta |
Agenda
seterusnya adalah untuk memberi peluang dan ruang untuk peserta mempelajari
cara membuat keputusan dengan lebih teratur melalui slot "D.I.C.E" iaitu "determine", "identify", "choose" and "evaluate". Menggunakan Pulau Nauru dan Singapura sebagai
contoh, peserta kemudiannya boleh mengaplikasikan konsep D.I.C.E dalam
kepimpinan.
Bersemangat Keladi Bunting membentangkan hasil perbincangan mereka. |
Kem ini
digamatkan lagi apabila perang sorakan atau ‘Cheers War’ membuka tirainya.
Tenaga peserta yang seperti baru dicas selepas kudapan tadi memeriahkan suasana
di dalam dewan dengan pelbagai sorakan kumpulan. Selepas hampir satu jam
‘berperang’, aura positif peserta yang semakin kehabisan perlu ditambah semula.
Jam 12.30 tengah hari, aktiviti dihentikan untuk memberi peluang peserta untuk
makan tengah hari dan solat Zohor.
‘Last Man
Standing’ merupakan salah satu medium yang memberi ruang kepada peserta meningkatkan
keyakinan diri terutamanya ketika berucap di khalayak. Peserta dibahagikan
kepada dua kumpulan besar dan dipecahkan kepada dua tempat yang berbeza. Slot
ini bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang untuk
kudapan dan solat Asar.
Macam nak nasyid je, Macam nak nasyid je. |
Selepas solat
Asar, peserta diminta berkumpul di padang untuk permainan ‘The Burj’. Slot ini
mengajar peserta akan kepentingan mendengar arahan ketua dalam menyelesaikan
sesuatu tugasan. Dalam tugasan kali ini, peserta dikehendaki menyusun
batang-batang paip membentuk menara menggunakan tali rafia. Peserta dibenarkan
untuk makan malam dan khidmat diri pada jam 6.30 petang.
Wooo!! menaraku!! tinggi lagi, tinggi lagi.. |
Slot pada
malamnya disambung pula dengan slot Salah Siapa. Perdebatan antara kumpulan
mengenai tajuk yang diberikan dan fasilitator sebagai wakil moderator. Peserta akan
bangkit untuk mempertahankan hujah masing-masing dalam pada masa yang sama
memprovokasi kumpulan lain. Melalui aktiviti ini, peserta dapat meningkatkan
kemahiran komunikasi terutamanya secara spontan. Selepas kudapan peserta
dikerah untuk ke padang untuk slot yang terakhir untuk malam itu.
Salah siapa Dahlia berdiri? Jawab-jawab |
Slot terakhir.
Slot kemuncak. Muhasabah Diri kali ini sekali lagi dikendalikan oleh Encik
Wan Nazrul Helmy. Muhasabah kali ini menggunakan pendekatan sekolah dan
kepimpinan, untuk melihat sejauh mana rasa sayang dan rela berkorban pemimpin
untuk sekolah mereka. Emosi, fizikal, minda dan juga rohani, kesemua empat
aspek ini diuji untuk melihat sejauh mana mereka memahami prinsip akal
mendahului emosi.
16 Mac 2014
Hari terakhir
IN-TEAM INTEK. Peserta bangun pada jam 0500 untuk qiamulail. Berlainan dengan
hari sebelumnya, perhimpunan pagi pada pagi ini diambil alih oleh Encik Wan
Nazrul Helmy di dewan. Pelbagai kata-kata pembakar semangat diberikan dengan
harapan sekembalinya peserta dari kem ini ke sekolah nanti dengan penuh aura
positif agar mereka lebih bersemangat dan komitmen dalam pelaksanaan kerja. Selepas
sarapan, mereka kembali ke dewan untuk sesi Sembang Santai antara fasilitator
dengan peserta. Pelbagai topik dan isu dibincangkan termasuklah kepimpinan dan
dugaan dalam menjadi pemimpin. Aktiviti disambung dengan slot Hati ke Hati.
Slot ini lebih kepada perkongsian ilmu antara fasilitator kumpulan dengan ahli
kumpulan masing-masing. Pelbagai teknik belajar, pengurusan waktu dan ilmu
kepimpinan di sampaikan agar peserta lebih bersedia untuk hari mendatang.
Selepas kudapan peserta seterusnya membuat persiapan untuk majlis penutup pada
jam 11.15 pagi nanti.
Pemimpin VS pemimpin |
Majlis penutup
telah dirasmikan oleh Tuan Haji Awang Mohammad Zaid Bin Mat Zain, ayahanda
pengetua Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan. Penyampaian cenderahati
kepada wakil peserta dan fasilitator sebagai tanda penghargaan atas usaha keras
yang mereka lakukan sepanjang program. Tayangan montaj menjadi penanda bahawa
Kem IN-TEAM ini telah sampai ke penghujungnya. Persembahan istimewa daripada
peserta dan fasilitator menjadi penutup majlis dan disusuli dengan sesi
fotografi.
Sesi fotografi |
0 comments