PROJEK KILAUAN MUTIARA SMKA NIBONG TEBAL

1:37 PM

     Pada 28 Februari hingga 2 Mac 2014, berlangsungnya sebuah lagi projek yang dikendalikan oleh ahli Kelab In-smartive Universiti Malaysia Pahang iaitu Projek Kilauan Mutiara Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal. Seramai 118 orang pelajar tingkatan lima dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal dan 38 orang fasilitator dari kelab In-smartive telah terlibat dalam menjayakan program ini. Fokus utama program ini ialah untuk menyuntik semangat belajar, memupuk keyakinan diri dan bagi mencetuskan pemikiran yang kreatif malah berani dalam menentukan halatuju masa hadapan para pelajar.

     Ketibaan kami di SMKA Nibong Tebal telah disambut dengan baik oleh para pelajar dan pendidik sekolah ini. Program ini telah dimulakan dengan penyerahan peserta oleh pihak sekolah kepada wakil Kelab In-smartive iaitu saudara Muhammad Abdul Muhaimin bin Mamat. Seterusnya, program diteruskan lagi dengan sesi taklimat oleh pengurus projek iaitu saudara Mohd Shahrul Izuan bin Abd Rahman kepada para peserta tentang peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang program ini berlansung. ‘Tak kenal Maka Tak Cinta’ merupakan slot pertama yang dijalankan iaitu slot ‘ice breaking’ antara peserta dengan fasilitator dan dinamika kumpulan. Slot ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar dan fasilitator untuk kenal dengan lebih rapat lagi. 

 Taklimat
Peserta sedang khusyuk mendengar
     Tepat 6.30 petang, peserta diberikan masa untuk makan malam dan persiapan diri. Menariknya mereka diminta untuk makan bersama-sama dalam satu talam dan saling bersuapan bagi mengeratkan lagi ukhwah antara peserta dan fasilitator. Setelah usai solat maghrib dan isyak berjemaah, program dimulakan dengan slot ‘Salah Siapa’. Slot ini bertujuan untuk mengasah kepekaan minda peserta dalam mengeluarkan hujah secara berfokus. Sebelum program ini melabuhkan tirai untuk hari pertama peserta diberi peluang untuk meningkatkan kreativiti dan semangat juang dalam kumpulan menerusi slot ‘Cheers War’. Slot ini memerlukan pelajar untuk mencipta 'cheers' mengikut kreativiti sendiri dan dijadikan ciptaan tersebut sebagai peluru untuk menembak kumpulan lain.

Slot Salah Siapa
 Ternyata peserta sangat hebat berhujah

Slot "Cheers War"..  Lets the war begins!!
     Keesokan harinya, peserta dikejutkan seawal 4.30 pagi untuk slot Tahajud Cinta dan solat Subuh berjemaah dan dikuti dengan slot Badan Cergas Minda Cerdas. Program diteruskan lagi dengan slot ‘S.W.O.T Analysis’ dimana peserta dapat menganalisa kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang dalam sesuatu pengurusan. Slot seterusnya ialah slot ‘Explorace’ yang memerlukan peserta menyelesaikan setiap tugasan didalam ‘checkpoints’ dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Pada sebelah petang, program dimulakan dengan slot Jejak Warisan yang memerlukan peserta mengaplikasikan teknik membuat keputusan yang tepat. Slot sterusnya ialah slot ‘Timeline’ yang bertujuan membantu pelajar membuat perancangan untuk masa hadapan dengan lebih jelas diakhiri dengan slot ‘The Burj’.

Slot Badan Cergas Minda Cerdas

Slot "Explorace"

Slot "Explorace" lagi.

Peserta dan fasilitator sedang berdiskusi tentang halatuju selepas SPM dalam slot "Timeline"


Kerjasama dan kemahiran komunikasi peserta diuji dalam slot "The Burj"

Peserta wanita juga turut diuji oleh para fasilitator

     Pada sebelah malam, slot Bursa Saham telah dijalankan dimana peserta bergabung idea dan strategi dalam menentukan pelaburan saham X atau Y untuk mengejar keuntungan dan kerugian. Penasihat Kelab In-smartive juga tidak lupa menyumbangkan khidmat dalam projek ini melalui slot Muhasabah Diri dan Kau Boleh. Melalui slot ini, beliau mempunyai cara tersendiri untuk menyuntik semangat dan motivasi dalam diri para peserta. 

     Pada hari terakhir program, sebelum majlis pra-penutup dijalankan para peserta dan fasilitator berkumpul dalam kumpulan masing-masing bagi menjayakan slot Menggilap Mutiara. Perasmian pra-penutup telah disempurnakan oleh Penolong Kanan 1 SMKA Nibong Tebal iaitu Ustaz Muhammad Aziz Bin Shafie. Para fasilitator bergerak pulang pada pukul 3.00 petang setelah sesi fotografi dan usai menjamu makan tengah hari yang telah disediakan.

Sesi fotografi sebagai simbul ukhuah yang terjalin antara kita. Terima kasih warga SMKA Nibong Tebal

You Might Also Like

0 comments

Rakan Blog InSmartive

Total Pageviews