PROJEK KILAUAN MUTIARA SK KAMPUNG DATO' IBRAHIM MAJID,SIMPANG RENGGAM,KLUANG,JOHOR.

2:01 PM

      Tanggal 13 Februari 2014, seramai 32 orang fasilitator dari kelab In-Smartive Universiti Malaysia Pahang telah mengikuti program Projek Kilauan Mutiara SK Kampung Dato' Ibrahim Majid di Simpang Renggam,Kluang, Johor. Program selama tiga hari dua malam ini disertai oleh pelajar-pelajar Tahun enam seramai 88 orang. Projek Kilauan Mutiara ini bertujuan menyuntik semangat belajar serta persediaan sebelum menghadapi peperiksaan UPSR.

Setibanya kami di sekolah, kami disambut baik oleh guru-guru sekolah tersebut. Kami terkesima dan teruja apabila mendapat sambutan yang bersemangat daripada para peserta dengan tepukan semangat mereka. Permulaan program merupakan pengenalan fasi kepada para peserta di ikuti dengan slot 'Apa di belakang saya' supaya mereka dapat saling mengenali antara satu sama lain. 'Rahsia dalam rahsia'  dapat menarik perhatian mereka dan memupuk kepercayaan dalam diri peserta.


slot 'Apa di belakang saya'

Setelah mereka menikmati juadah makan malam dan bersembahyang, program diteruskan lagi dengan slot 'Aku ada Kau ada' untuk mengajar mereka cara komunikasi yang lebih berkesan. Seterusnya, slot 'Jendela Jauhari' di laksanakan agar peserta dapat mengetahui dan merangka apa yang penting dan tidak penting serta apa yang perlu disegerakan dan sebaliknya sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan.


slot 'Aku ada Kau ada'


slot 'Jendela Jauhari'

Hari kedua dimulakan dengan qiamullail dan bersolat subuh sebagai santapan kerohanian untuk diri peserta dan juga fasilitator. Senaman pagi dilaksanakan untuk meningkatkan kecergasan, bak kata pepatah 'Badan Sihat Minda Cerdas'. Seterusnya, peserta diberikan sarapan pagi sebelum memulakan slot 'Inovasi' supaya peserta dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis dalam mencipta sesuatu.


slot 'Inovasi'

Exploremath merupakan aktiviti yang menguji kekuatan fizikal dan daya pemikiran para peserta. Slot ini dijalankan untuk memupuk minat disamping merupakan salah satu langkah mengajar para peserta dalam subjek matematik. Kelihatan para peserta berasa gembira menjalankan aktiviti ini.




slot 'Exploremath'

Peserta diberikan masa untuk makan tengahari dan bersiap menunaikan solat jumaat. Pelbagai kerenah peserta dapat dilihat sewaktu makan bersama ini.



gelagat peserta menyuapkan makanan kepada fasilitator

Slot 'Chopp' diteruskan pada petang itu bertujuan agar peserta dapat berfikiran secara kreatif dan kritis. Selain itu, 'Story Behind the Paper' mengajar para peserta tentang pengurusan masa dalam melakukan tugasan. Setelah selesai kudapan dan solat asar, para peserta dibawa ke padang untuk meneruskan program 'The Burj'. Slot ini dapat melatih para peserta supaya percaya dan mematuhi arahan ketua. Para peserta dilihat memberikan kerjasama dalam menjalankan tugasan ini.



slot 'The Burj'

Peserta diberi masa untuk membersihkan diri, makan malam dan menunaikan solat. Seterusnya, slot Pulau Impian melatih peserta teknik pengurusan dan membuat keputusan dengan tepat. Peserta dapat melontarkan hujah dengan hebat melalui slot Last Man Standing. Program hari kedua ini di akhiri dengan slot Inspire untuk memberikan semangat kepada para peserta dalam mencapai impian mereka.


slot 'Pulau Impian'

Para peserta melakukan senamrobik dan bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah pada pagi ini. Jet Impian bertujuan supaya para peserta lebih berusaha untuk mencapai matlamat dan impian. Menggilap Mutiara merupakan salah satu medium untuk para peserta berkongsi masalah dengan fasilitator di samping membantu peserta untuk lebih bersemangat dalam mencapai kejayaan.


slot 'senamrobik'


slot 'jet impian'

Program ini melabuhkan tirai dengan perasmian penutup,sesi fotografi dan sesi bersalaman antara peserta dan fasilitator. Walaupun hanya tiga hari bersama peserta, namun ukhwah yang terjalin sangat utuh sehingga mereka mengalirkan air mata saat perpisahan ini.


sesi fotografi sebagai tirai penutup buat program Projek Kilauan Mutiara SK Kampung Dato' Ibrahim Majid 

You Might Also Like

0 comments

Rakan Blog InSmartive

Total Pageviews