PROJEK KILAUAN MUTIARA SK BUKIT BESI, TERENGGANU
12:00 AM
Pada 20 Februari 2014 yang lalu, seramai 36 orang
fasiliatator dari Universiti Malaysia Pahang telah berkampung di Bukit Besi,
Dungun Terengganu bagi menjayakan sebuah lagi Projek Kilauan Mutiara di sini iaitu Projek Kilauan Mutiara Sekolah Kebangsaan Bukit Besi.
Projek kali ini adalah kesinambungan daripada Projek Kilauan Mutiara yang telah
dilangsungkan pada tahun yang lalu iaitu pada 24 April 2013. Fokus utama program ini adalah bagi menyuntik semangat
dan memberi motivasi kepada murid darjah enam yang bakal menduduki Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak lama lagi di samping menyedarkan para
pelajar akan kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian. Sehubungan
dengan itu, pelbagai modul dan aktiviti interaktif di jalankan sepanjang
program bagi memperkasa motivasi, jati diri dan daya saing akademik mereka.
Gimik majlis penyerahan |
Tepat jam 3:30 petang majlis penyerahan peserta telah berlangsung dengan jayanya dan diikuti pula dengan majlis penyerahan para mahasiswa kepada keluarga angkat mereka di Bukit Besi. Pada jam 4:15 petang, sesi taklimat kursus yang dikelolakan oleh saudari Pengurus Projek, Siti Syafeera kepada peserta program. Seusai solat asar dan kudapan petang, sesi "Ice Breaking" pula telah dijalankan dimana peserta dapat berkenal-kenalan sesama fasilitator kumpulan mereka. Selepas solat maghrib dan isyak, slot ''Radio Buruk'' dan ''Jendela Jauhari'' telah dijalankan. Didalam slot tersebut, peserta dapat mempelajari cara berkomunikasi dengan betul dan peka terhadap sesuatu perkara serta mampu menyusun jadual harian dengan berkesan dan sistematik. Tepat jam 10:30 malam, peserta dan fasilitator dibenarkan pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing.
Penyerahan fasilitator kepada keluarga angkat |
Slot "Radio Buruk" |
Slot "Jendela Jauhari" |
Slot “Story Behind the Paper” menjadi pembuka tirai
aktiviti pada hari yang kedua dimana peserta dapat berfikir secara lebih
kreatif dalam membentuk satu jalan cerita dengan menggunakan surat khabar.
Diteruskan lagi dengan aktiviti yang mampu merancang hala tuju masa hadapan
dengan baik dalam slot “Timeline”. Selesai kudapan pagi, peserta dapat
merehatkan minda dan bergembira bersama fasilitator dalam slot yang sangat ceria
iaitu “Happy Hour”. Program diteruskan lagi dengan slot “Chopp” dalam Bahasa
Melayu. Slot ini mampu menguji kecekapan minda peserta dalam menyusun abjad
yang dipilih oleh mereka dan menjadikannya sebuah perkataan dengan pantas.
Slot "Timeline" |
Selesai solat Jumaat dan makan tengah hari, program ini
diteruskan lagi dengan slot “Dice” dimana peserta dilatih untuk membuat
keputusan dengan pantas dan tepat. Seterusnya, slot “Chopp” dalam Bahasa
Inggeris pula dilaksanakan dan peserta diminta untuk menyusun abjad yang diberikan
supaya menjadi sebuah perkataan yang disebutkan oleh para fasilitator kepada
mereka. Pada petang harinya, peserta telah diberikan tugasan berkumpulan dimana
mereka perlu mengikut setiap arahan ketua dalam menyelesaikan masalah tersebut
dalam slot “The Burj”.
Slot "Chopp" |
Disebelah malamnya pula, program diteruskan lagi dengan
slot "Inovasi" dimana peserta perlu berfikir dan melontarkan idea yang bernas untuk
menghasilkan satu rekacipta teknologi dari barangan terbuang secara kreatif dan
menarik. Sesi seterusnya adalah aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh peserta
iaitu “Happy Hour” dimana peserta dapat merehatkan minda dan bergembira
bersama-sama fasilitator mereka. Selesai kudapan malam, peserta telah dibimbing
supaya memperbaiki kelemahan diri masing-masing dalam slot "Muhasabah diri".
Selain dari itu juga, peserta ditanam rasa cinta dan kasih sayang kepada kedua
ibu bapa mereka.
Hari terakhir program dimulakan dengan sesi "Kau boleh"
dimana peserta telah disuntik semangat dan inspirasi untuk berjaya dalam
peperiksaan yang bakal ditempuhi oleh mereka nanti. Aktiviti terakhir dalam
program ini ialah sesi "Menggilap mutiara" dimana fasilitator telah memberikan
sentuhan akhir dan suntikan semangat kepada para peserta supaya menjadi pelajar
yang cemerlang dan insan yang berguna dimasa hadapan.
0 comments