SEMAIAN BUDI PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN KUALA GANDAH

12:15 AM

SEMAIAN BUDI PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN KUALA GANDAH

Lanchang, 18 Februari –Seramai 20 mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) dari Kelab InSmartive turun padang untuk berkhidmat sebagai sukarelawan di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah dekat sini sempena Projek Semaian Budi baru-baru ini. 
Dengan tema “Dari Kampus Ke Lapangan Masyarakat”, projek dianjurkan Kelab InSmartive dengan sokongan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara (PERHILITAN) dan Persatuan Pencinta Alam Semulajadi Temerloh.  
Program ini dapat meningkatkan kesedaran mahasiswa UMP terhadap kepentingan Sasaran Pembangunan Lestari (SDG) 15 yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui Agenda 2030 iaitu hidupan atas tanah selain menghargai kekayaan khazanah biodiversiti negara sebagai warisan alam yang amat bernilai.
Menurut Pengurus Projek, Nur Afifah Ahmad Sabri, 24, yang juga mahasiswa Tahun 4, Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli, berkata sepanjang pelaksanaan projek, sukarelawan telah diberikan pendedahan praktikal berkenaan fungsi dan peranan PERHILITAN dalam menjalankan usaha konservasi gajah liar di Kuala Gandah. Tambahnya lagi, mereka berpeluang mengikuti jadual kerja yang disusun pihak PERHILITAN bagi membolehkan peserta berinteraksi dengan gajah liar yang dilindungi jabatan tersebut di Kuala Gandah itu melalui pelbagai aktiviti yang diadakan.
“Antara aktiviti yang diikuti oleh sukarelawan UMP termasuklah membersihkan kandang, menguruskan sisa buangan, menyediakan makanan, memberi makan dan memandikan gajah-gajah liar yang ditempatkan di Pusat Konservasi tersebut yang beroperasi sejak 30 tahun yang lalu. Sukarelawan turut didedahkan mengenai teknik pemeliharaan gajah secara sistematik dan saintifik serta cabaran yang dihadapi PERHILITAN dalam menangani ancaman kepupusan hidupan liar,” katanya.
Timbalan Ketua Unit Gajah di pusat ini, Mohamad Khairul Adha Mat Amin mengharapkan agar lebih ramai lagi sukarelawan tampil bersama pihak mereka dalam mengadakan konteks advokasi, latihan dan pendidikan awam berhubung kepentingan perlindungan gajah sebagai sebahagian daripada keunikan fauna negara.
Berita disediakan oleh Muhamad Firdaus Azman, Setiausaha Bahagian Penerangan Kelab InSmartive dan Nur Afifah Ahmad Sabri, Pengurus Projek manakala foto oleh Wan Muhammad Akmal Wan Azman dan Muhammad Asyraf Fauzan Salleh.

You Might Also Like

0 comments

Rakan Blog InSmartive

Total Pageviews