PROJEK KILAUAN MUTIARA (PKM) SMK PEKAN

10:36 PM

PROJEK KILAUAN MUTIARA (PKM) SMK PEKAN

Pekan, 3 Mac 2017 –Seramai 73 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan menyertai Projek Kilauan Mutiara ( PKM ) anjuran pihak sekolah dengan kerjasama Kelab InSmartive, Universiti Malaysia Pahang (UMP). Penganjuran kali ini melibatkan seramai 24 mahasiswa dari Kelab InSmartive yang berperanan sebagai Coach sepanjang program berlangsung selama tiga hari dua malam di Rumah Penyayang Tun Abdul  Razak,Pekan.



Menurut Pengurus Projek, Nur Afiqah Mohd Hasmadi, 22 yang juga mahasiswi Tahun 3 di Fakulti Teknologi Kejuruteraan, peserta yang juga merupakan calon SPM tahun ini telah didedahkan dengan kemahiran berfikir melalui beberapa modul yang dipilih antaranya D.I.C.E, Jendela Jauhari,Work It Out! dan juga Timeline“Melalui modul ini, peserta telah melalui pelbagai aktiviti yang dapat merancang masa hadapan dengan lebih baik dan sentiasa berfikiran lebih kritis dalam menyelesaikan masalah.”




“Kandungan modul direka bentuk berdasarkan enam aspirasi pelajar menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu Kemahiran Kepimpinan, Kemahiran Berfikir, Etika dan Kerohanian, Identiti Nasional, Pengetahuan dan Profisiensi Dwibahasa,” katanya.

Selain menjalani modul yang dirumus khas dalam projek ini, para peserta sekolah ini juga berpeluang mengikuti perkongsian pengalaman  bersama pensyarah Fakulti Pengurusan Industri, Encik Wan Nazrul Helmy Wan Mohd Zain yang juga Ketua Penyelidik Naib Canselor dalam ceramah `Firdaus 2050’.

Hadir merasmikan majlis penutup ialah Pengetua SMK Pekan, Encik Nawawi Bin Ali yang menyifatkan projek ini merupakan salah satu medium untuk para pelajar lebih bersedia untuk mengadapi peperiksaan yang akan datang.



Dalam majlis ini, beliau turut menyampaikan Anugerah Peserta Terbaik kepada , Muhammad Firdaus Bin Abdul Halim dan Nurul Izzah Binti Mohamad Lutfi. Mereka dipilih berdasarkan daya personaliti yang berdaya saing dan sifat kepimpinan yang tinggi.

Turut hadir ialah Encik Wan Nazrul Helmy Wan Mohd Zain; Ketua Penyelidik Naib Canselor  merangkap penasihat Kelab InSsmartive,Ustaz Azrol Aminos Rashid; Penyelia Rumah Penyayang Tun Abdul Razak, Puan Dalijatonseha Bt Mohamed Khalid ;Guru Penolong Kanan 1 dan Pembantu Penyelidik, Pejabat Naib Canselor ; Encik Mohd Mukhris Awang.


Berita disediakan oleh Muhamad Firdaus Azman, Setiausaha Bahagian Penerangan Kelab InSmartive dan Nur AfiqahMohd Hasmadi, Pengurus Projek manakala foto oleh Agibrael Tarmizi Tumin dan Normaisara Abdul Halim.



You Might Also Like

0 comments

Rakan Blog InSmartive

Total Pageviews