PROJEK KILAUAN MUTIARA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENGKU AMPUAN INTAN
11:32 AM
Bertarikh 10 April 2014, seramai 29 orang fasilitator daripada Kelab In-Smartive UMP telah menjalankan sebuah program di sekolah yang terletak
di Hulu Terangganu dan sekolah lama pengurus projek ini sendiri. Beliau ingin kembali berbakti
kepada sekolah yang tercinta. Mohd Mukhris bin Awang, pengurus projek kami
dengan bangganya merancang seterusnya merealisasikan perancangan selama 7 bulan
ini pada tanggal 10 April 2014 yang lepas.
Pergerakan kami bermula di Gambang apabila semua fasilitator
berkumpul untuk menghadiri Training of
Trainers (ToT) bagi memantapkan lagi kemahiran-kemahiran yang telah sedia ada.
Bergoleknya tayar bas Scania UMP tepat jam 07.50 pagi setelah semua peralatan-peralatan
dimuatkan dalam perut bas berkenaan. Perjalanan kami mengambil masa lebih 3 jam
untuk tiba di rumah Mukhris setelah berhenti untuk santapan pagi di Ajil.
Setibanya kami di sana, hidangan tengah hari sedang rancak
disiapkan oleh keluarga pengurus projek kami. Dengan kekuatan seramai 29 orang
fasilitator, kerja-kerja penyediaan makanan dapat diselesaikan dengan pantas.Setelah
semua perut yang kosong diisi, kami meneruskan perjalanan kami ke SMK Tengku Ampuan
Intan pada pukul 2.00 petang dengan berbekalkan semangat yang jitu untuk memberi segala ilmu kepada peserta program ini.
Kami dikejutkan dengan sambutan daripada pihak sekolah
yang begitu meriah disertakan dengan paluan kompang oleh persatuan kompang sekolah.Tepat
jam 3.30 petang, majlis penyerahan peserta oleh pihak sekolah kepada pihak kami
dijalankan dengan penuh harmoni dan ringkas. Selepas selesai majlis penyerahan berkenaan,
satu taklimat kursus disampaikan oleh pengurus projek ini sendiri berkenaan peraturan-peraturan
yang perlu diikuti oleh para peserta sepanjang kursus ini berlangsung.
![]() |
Apabila pertemuan bekas pelajar dengan gurunya.. gembira teramat!!
|
Selepas semua peserta solat asar berjemaah diikuti kudapan
petang asrama, bermulalah slot yang pertama bagi program ini iaitu “Tak Kenal Maka
Tak Cinta” yang bertujuan untuk memperkenalkan
fasilitator kumpulan dan mengeratkan lagi ukhwah supaya mudah para fasilitator
untuk mencapai hati adik – adik kumpulan masing – masing.
Slot
pada malamnya pula diteruskan selepas isyak dengan “Cheers War”. Dapatan slot ini supaya peserta akan dapat meningkatkan
daya kreativiti dan semangat juang dalam kumpulan. Peserta dilatih untuk memberi sekurang-kurangnya
satu idea ketika sumbangsaran dalam kumpulan. Ini bertujuan untuk mengelakkan lahirnya
ahli yang pasif ketika berlakunya perbincangan dalam kumpulan. Slot ini yang
dijalankan selama satu jam dengan kemeriahan yang luar biasa oleh para peserta menghangatkan
lagi suasana.
![]() |
Semangat kemain,
sampai fasi pun terdiam.
|
Kehangatan
diteruskan lagi dengan slot seterusnya iaitu “Salah Siapa?”. Untuk slot ini,
para peserta akan berdebat, tetapi kelainannya di sini ialah banyak pihak yang
terlibat. Tajuk – tajuk yang akan diberi mengikut situasi semasa bagi melahirkan
masyarakat yang cakna dengan keadaan sekeliling. Dalam slot ini, para peserta dapat
meningkatkan kemahiran komunikasi dengan membahaskan dan mempertahankan hujah masing-masing. Dan ini adalah slot terakhir bagi hari pertama yang penuh meriah.
Pembukaan hari kedua dimulakan dengan qiamullail dan solat subuh berjemaah.Walaupun
masih kecil, tetapi mereka haruslah diterapkan dengan nilai-nilai sebegini.Bak
kata pepatah, "Biar melentur buluh dari rebungnya". Selepas itu, para peserta diberi
masa untuk menukar pakaian masing-masing untuk senaman pagi.
![]() |
Tazkirah subuh disampaikan oleh Abang
Amir.
|
Slot pertama bagi hari kedua
ini dimulakan dengan “Timeline”. Dalam slot ini, para peserta akan diberi peluang
untuk melakar masa depan masing – masing dengan bimbingan dan bantuan para fasilitator.
Dalam garis masa itu, peserta akan menyatakan hasrat terdekat iaitu peperiksaan-peperiksaan penting, selepas itu, lima tahun akan datang dan berterusan.
Tujuan utama modul ini adalah untuk melatih para peserta untuk merancang masa depan
dangan lebih jelas.
Sesi
berehat sebentar dengan menunaikan solat sunat dhuha.Tujuan utama kami adakan sesi
ini adalah untuk membiasakan peserta yang terdiri daripada lingkungan umur antara 14-17 tahun mendekatkan diri dengan Maha Pencipta dalam apa jua cara sekali pun.
Sesi seterusnya ialah “Explorace”. Bagi
sesi ini, para peserta mesti melalui ke semua stesen–stesen yang telah ditetapkan
beserta tugasan – tugasan yang berlainan bagi setiap stesen. Perkara penting
yang ditekankan dalam slot ini ialah kerjasama dalam kumpulan untuk menyelesaikan
setiap tugasan yang diberikan tanpa gagal.
Bagi
sesi tengahari pula, terdapat 2 modul menarik yang dibawa iaitu “Inovasi” dan
“Aku Ada, Kau Ada?” bagi kedua-dua modul ini, mengetengahkan kemahiran komunikasi
antara dalam kumpulan dan sumbangsaran dalam perbincangan dalam kumpulan. Sesi ditangguhkan
bagi memberi ruang untuk menunaikan solat asar. Untuk sesi petang kami
menyajikan modul yang mencabar semua aspek terutama fizikal dan mental peserta iaitu slot “The Burj”.
Selepas diberi peluang untuk
khidmat diri dan solat berjemaah, slot diteruskan lagi dengan slot “Bursa
Saham”. Bagi slot ini, peserta dapat mempelajari teknik pengurusan strategi serta
teknik membuat keputusan dengan sistematik.
12 April bersamaan hari
ke-3 untuk projek ini dimulakan dengan senaman pagi dan diteruskan lagi dengan
slot “Inspire”dan “MenggilapMutiara”
sebelum bermula majlis perasmian penutup.
![]() |
0 comments