AKADEMI MENARA GADING (AMG)
10:39 AM
Pada tanggal 2 hingga 4 Mei yang lalu, telah
berlangsungnya satu program kolaborasi Kelab In-Smartive yang diketuai oleh pengurus projek, saudari Nor ‘Aisyatul Sakinah Binti Baharudin yang merupakan alumni bagi Akademi Menara Gading (kohort 6) dengan Akademi Menara
Gading di bawah naungan Kebawah Duli
Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dan dikelolakan oleh
Yayasan Istana Abdul Aziz, Universiti Kebangsaan Malaysia. Program ini merupakan program
pertama yang membuat kolaborasi dengan kelab In-Smartive bersama Yayasan Istana
Abdul Aziz.
Seramai 36 orang mahasiswa UMP
daripada Kelab In-Smartive telah dipilih menjadi fasilitator dan diamanahkan
untuk membantu para pelajar Akademi
Menara Gading . Seramai 124 orang peserta Tingkatan 4 yang terdiri daripada
pelajar yang berbeza sekolah dan jurusan iaitu jurusan sains tulen, akaun dan
sastera. Fokus utama program kali ini adalah mempelajari teknik pemikiran
kritis dalam memeta halatuju masa hadapan.
Dapatan lain juga adalah peserta akan dapat mengenali UMP dan mencungkil
bakat yang terpendam, mempertajamkan penguasaan Bahasa Inggeris dan menonjolkan diri di khalayak ramai. Pelajar yang terlibat adalah pelajar yang cemerlang dan
rata-ratanya dari golongan yang miskin dan sederhana . Peserta juga dalam
kalangan pelajar yang mempunyai penguasaan bahasa Inggeris yang bagus dan hebat
dalam berpidato.
Ketibaan para peserta pada hari
jumaat, 2 Mei disambut baik oleh para fasilitator dari Kelab In-Smarive dan
Alumni Akademi Menara Gading di Astaka Universiti Malaysia Pahang. Setiap
pelajar telah menerima satu unit beg dari pihak Universiti Malaysia Pahang yang boleh digunakan sepanjang program ini dilaksanakn.
Slot pertama program ini
bermula dengan slot mengenai slot ‘Tak Kenal Maka Tak Cinta’. Para peserta
telah dibahagikan kepada 23 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai seorang atau
2 orang fasilitator. Sesi pengenalan fasilitator kepada para peserta
adalah setiap fasilitator akan membuat gaya kreatif masing-masing dan membuat
persembahan bagi menarik minat peserta untuk mudah mengenali fasilitator dan
disusuli dengan ice breaking pelajar
dan fasilitator kumpulan
Abang Meng dan Kak Mis mengelolai slot Tak Kenal Maka Tak Cinta |
Kak Azmira seperti biasa, tak boleh duduk diam.. suka berdiri.. :) |
Pada jam dua, sebaik sahaja selesai solat
jumaat, semua peserta berkumpul di dewan Astaka untuk meneruskan aktiviti seterusnya iaitu “UMP
Tour”. Pelajar dibahagikan kepada 2
kumpulan besar. Fasilitator In-Smartive akan mengiringi peserta untuk melawat
Galeri UMP dan Makmal Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli. Peserta akan
lebih mengenali UMP serta kemudahan-kemudahan yang terdapat di dalam UMP. Dalam
perjalanan pulang, fasilitator kumpulan telah menerangkan konsep “Timeline” kepada pelajar. Fokus adalah lebih kepada
pemetaan hala tuju pasca-SPM kepada para peserta. Selain itu, slot ini turut memberikan sedikit
gambaran dalam menentukan jalan yang harus dipilih oleh para peserta setelah
mendapat keputusan SPM. Terdapat
aktiviti kawad kaki yang dikelolai oleh saudari Farah Amrina.
Tengah fokus kepada? atau kamera ni? |
Dari kiri, cepat jalan.. |
Selepas pelajar solat isyak berjemaah di
masjid Universiti Malaysia Pahang, pelajar digerakkan ke Astaka bersama Prof.
Madya Dato Dr. Abdul Razak Ahmad dalam slot hala tuju dan inspirasi Akademi
Menara Gading. Selepas itu, aktiviti pelajar diteruskan lagi dengan slot yang
dikendalikan oleh Encik Wan Nazrul Helmy Bin Wan Mohd Zain iaitu Ketua Penyelidik kepada Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang merangkap Penasihat Kelab In-Smartive.Pelajar didedahkan dengan kemahiran membuat keputusan
menggunakan teknik “D.I.C.E” iaitu ‘Determine’, ‘Identify’, ‘Choose’ dan
‘Evaluate’.Di akhir acara, kumpulan haruslah membentangkan keputusan yang diambil
tentang Negara Pulau Nauru melalui perdebatan.Aktiviti pelajar seterusnya adalah
bersama-sama Alumni Akademi Menara Gading.Dapatan kursus untuk hari pertama ini
adalah pelajar dapat mengenali UMP dan mempelajari teknik pemikiran kritis
dalam memeta halatuju masa hadapan.
"Kenapa saya pilih merdeka? sebab....." |
Tepat jam enam, pelajar telah berada
di masjid bagi persiapan solat subuh berjemaah dan disambungkan dengan tazkirah
pagi yang disampaikan oleh saudara Muhamad Fahmi Bin Mohamad di Astaka. Selepas
itu, aktiviti pelajar diteruskan bersama urusetia AMG yang disampaikan oleh
Prof. Madya Dr Jalaluddin Malek (UKM) dalam slot kemahiran interpersonal.
Fokus!! Penting!! |
Pada jam 1100, berlangsungnya Majlis
Perasmian Pidato di Astaka UMP. Majlis
ini dihadiri oleh Pengurus
Akademi Menara Gading, YH Prof. Madya Dato' Dr. Abdul Razaq Ahmad dan
dirasmikan oleh Pengarah Bahagian
Organisasi & Hal Ehwal Atlet di Majlis Sukan Negara Malaysia Dato’ Zaiton
Binti Othman. Slot diteruskan dengan “The Burj” yang dikendalikan oleh saudari
Amanina Farhana dan dibantu oleh semua fasilitator dari Kelab In-Smartive.
Dato' Zaiton bercerita tentang kisah hidup beliau. boleh dijadikan "Inspire" |
Cantik permandangan.. hehehe.. |
Pada sebelah malamnya pula, aktiviti diteruskan oleh urusetia Akademi Menara Gading (AMG) oleh Ustaz Khaerul Anuar Bin Darus dalam slot kemahiran belajar. Kami sangat
teruja akan teknik kaunseling yang hebat ditunjukkan oleh beliau.Beliau
mengetengahkan konsep ‘Relax’ untuk bagi keselesaan kepada para pelajar.
Gambar yang diambil di akhir program. Harap dapat berjumpa lagi. In Shaa Allah.. |
0 comments