KEM INTERAKSI PEMIMPIN MUDA SMK LEPAR BATU 8

10:11 AM

      Pada 5 April dan 6 April 2014, telah berlangsungnya Kem Interaksi Pemimpin Muda  (IN-TEAM)  di Sekolah Menengah Kebangsaan Lepar Batu 8.Kem ini disertai oleh 112 orang pelajar sekolah yang terdiri daripada pengawas sekolah,pengawas pusat sumber,exco asrama dan pembimbing rakan sebaya .Seramai 26 orang fasilitator daripada kelab In-Smartive turut sama menjayakan kem ini .Walaupun kem ini hanya berlangsung selama 2 hari 1 malam,tetapi kem ini telah dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama antara pihak sekolah dan kelab In-Smartive Universiti Malaysia Pahang (UMP).
        
     Objektif kem ini adalah untuk melahirkan pemimpin yang bertanggungjawab dan amanah. Selain itu juga kem ini diadakan untuk memantapkan kepimpinan pelajar dan juga ketahanan fizikal dan mental pelajar sabagai seorang pemimpin.

5 April 2014

              Setibanya di SMK Lepar,kedatangan kami disambut mesra oleh para guru . Kami dibawa ke tempat penginapan yang telah disediakan.Seterusnya kami dibawa ke dewan sekolah untuk meneruskan agenda pertama iaitu sesi penyerahan pelajar .Sesi ini telah menyaksikan GPK HEM menyerahkan secara rasmi pelajar-pelajar kepada kelab In-Smartive .Selepas itu sesi taklimat kursus yang diberikan olen saudari  Siti Nur Azeemah Bt Azeman sebagai pengurus projek untuk kem ini . Peserta akan diberi pendedahan kepada prinsip “One For All,All For One” . Pada sesi ini juga tag nama dan barang amanah diberikan kepada pelajar, pelajar juga diminta menyerahkan barang-barang berharga kepada fasilitator atas faktor keselamatan.

Dengan fokus, para pesera memberikan tumpuan.

     Slot seterusnya diteruskan dengan slot “Tak Kenal Maka Tak Cinta“  iaitu sesi “ice- breaking” antara peserta dan fasilitator dan sejurus dibahagikan kumpulan,mereka akan berkenalan dengan pemudah cara kumpulan masing-masing .Aktiviti ini dapat mengeratkan ukhwah antara peserta dan fasilitator . Kemudian mereka diberi masa untuk kudapan.
         
      Slot “S.W.O.T Analysis” diteruskan sebagai agenda seterusnya ,objektif bagi slot ini ialah pelajar dapat mengenal pasti sesuatu masalah dengan lebih mendalam dan dapat menyelesaikannya dengan lebih pofessional bagi memastikan organisasi yang dipimpin terjamin .

Bentang jangan tak bentang adik oiii..

      Slot “Mulanya Di Sini” diteruskan bagi pemantapan kumpulan,pembinaan pasukan dan pertabalan penghulu dan penghuluwati.Di sini juga mereka membuat bendera pasukan .Selepas itu, pelajar diberi rehat untuk makan tengah hari dan solat zuhur.

     “DICE” ; slot ini memberikan pendedahan kepada pelajar dengan kemahiran membuat keputusan menggunakan teknik "D.I.C.E" iaitu "Determine,Identify,Choose,Evaluate".

kalau boleh, nak duduk atas kertas je rasa..

      Slot seterusnya ialah “Last Man Standing”,di dalam slot ini pelajar akan berbahas berdasarkan tajuk yang diberi berdasarkan fakta yang tepat. Agenda selepas solat asar ialah "The Burj", peserta dapat mengetahui kepentingan mendengar arahan ketua bagi menyelesaikan sesuatu tugasan.

Dah guna berapa dah batang paip tu..huhu..

Slot “Salah Siapa” mengisi tirai malam tersebut, objektif slot ini ialah pelajar akan mampu berfikir dengan baik untuk membuat keputusan yang terbaik untuk semua pihak.

Bersemangat!! Higga tangan pun dah terangkat dah..

       Selepas itu acara kemuncak iaitu muhasabah diri yang dikendalikan oleh Encik Wan Nazrul Helmy. Slot ini menguji ketahanan fizikal dan mental pelajar dalam membuat keputusan.

6 April 2014

      Pelajar bangun pada pukul 5 pagi untuk qiamulail dan solat subuh,aktiviti seterusnya ialah perhimpunan pagi . Disambung dengan aktiviti “suai fizikal” . Aktiviti ini dijalankan bagi memastikan para pelajar sentiasa cergas dan dapat meningkatkan daya metabolisma peserta.
     
      Selepas sarapan pelajar mengikuti slot sembang santai .Sepanjang slot ini pelajar dapat bertukar pandangan dan pendapat bersama fasilitator dan rakan-rakan. Seterusnya merupakan slot yang terakhir iaitu slot “Hati ke Hati”. Slot ini memberi peluang kepada peserta untuk memberi maklum balas dan penilaian mereka terhadap pelaksanaan kursus secara keseluruhan.
Dan tibalah masa untuk Kem Pemimpin Muda SMK Lepar menutup tirainya,majlis penutup berjalan dengan lancar,selepas  itu sesi fotografi sebagai aktiviti yang terakhir.

The best!!








You Might Also Like

0 comments

Rakan Blog InSmartive

Total Pageviews