PROJEK SEMAIAN BUDI 3.0
8:00 AM
4 April 2013, seramai 38 orang
fasilitator kelab In-Smartive bertolak
menuju ke Perlis bagi menyempurnakan Projek Semaian Budi 3.0. Sedikit
berbeza dengan Projek Semaian Budi sebelum ini, Projek Semaian Budi 3.0
merupakan gabungan antara dua projek iaitu Projek Kilauan Mutiara SK Guar
Nangka dan projek khas, Bengkel Pemurnian Agenda Transformasi In-Smartive III.
Sebagai pembuka tirai projek kali ini, Projek Kilauan Mutiara SK Guar Nangka
dimulakan dengan majlis ringkas penyerahan peserta dari pihak sekolah kepada
kelab In-Smartive pada jam 0300, 5 April 2013.
Majlis Penyerahan Peserta |
Selesai majlis tersebut, aktiviti
peserta bersama fasilitator In-Smartive dimulakan dengan slot ‘Tak Kenal Maka
Tak Cinta’. Melalui sesi ini, barisan fasilitator diperkenalkan kepada peserta.
Sesi seterusnya selepas pengenalan fasi
ialah ‘Radio Buruk’. Aktiviti ini
memerlukan kerjasama serta kepekaan dalam sebuah kumpulan dimana peserta
diberikan satu cerita dan dikehendaki menyampaikan kepada ahli kumpulan yang
berada dalam barisan.
Slot "Radio Buruk" |
Selesai menunaikan solat asar pada petang itu,
pelajar melakukan aktiviti fizikal iaitu ‘The Burj’. Aktiviti ini menuntut
kerjasama berpasukan yang tinggi bagi menaikkan batang paip setinggi yang boleh
disamping memastikan menara tersebut stabil dan tidak runtuh.
Slot "The Burj" |
Malam itu diteruskan lagi dengan
slot ‘Timeline’ dan Jendela Jauhari. Melalui sesi ‘Timeline’, peserta dibimbing
untuk merancang masa depan masing-masing mengikut garis masa yang diberikan.
Aktiviti ini membantu peserta menetapkan cita-cita dan hala tuju hidup. Slot
Jendela Jauhari pula membantu peserta
membezakan perkara harian yang penting dan yang tidak penting, juga
perkara yang perlu disegerakan dan tidak segera untuk membentuk laluan kejayaan
mereka dalam pelajaran.
Slot "Timeline" |
Slot "Jendela Jauhari" |
Seterusnya malam pertama PKM SK
Guar Nangka diceriakan dengan slot ‘Happy Hour’. Peserta bersama para
fasilitator melakukan refreshment bagi membangkitkan semula mood para peserta.
Sesi Muhasabah Diri dilaksanakan oleh penasihat kelab, Encik Wan Nazrul Helmy
pada malam tersebut setelah pelajar selesai sesi ‘Happy Hour’ dan menikmati
kudapan. Sesi muhasabah diri membawa
peserta mengenang jasa dan pengorbanan ibu bapa seterusnya menggalakkan mereka
untuk belajar bersungguh-sungguh bagi membalas jasa ibu bapa.
Slot Muhasabah Diri |
Jam 0900 pada 6 April 2013, sesi
ceramah perkongsian daripada pegawai Pusat Koreksional Perlis yang bertajuk
‘Disebalik Tirai Besi’ telah diadakan selepas sesi suai fizikal dan sarapan.
Slot "Disebalik Tirai Besi" |
Seterusnya merupakan slot ‘Story
Behind the Paper’. Aktiviti ini memerlukan peserta untuk membina ayat melalui
gambar yang diberikan kepada mereka. Fasilitator membimbing peserta untuk
membina ayat berdasarkan teknik ‘mind map’.
Slot "Story Behind The Paper" |
Aktiviti pagi itu diteruskan dengan
slot ‘Invent’. Peserta diberikan ‘Green Kit’ dan diberikan masa untuk
menyelesaikan alat dalam kit tersebut mengikut manual yang disediakan. Aktiviti ini mendedahkan peserta dengan sains
dan teknologi yang mesra alam.
Slot "Invent" |
Seterusnya, selepas menunaikan
solat zohor dan makan tengahari, slot ‘Last Man Standing’ dimulakan. Slot ini
menggalakkan peserta berkeyakinan untuk bercakap atau berucap di khalayak.
Peserta diberi pendedahan tentang cara untuk berkomunikasi dalam pelbagai
situasi.
Slot "Last Man Standing" |
Sebelum majlis perasmian penutup
dijalankan, slot terakhir bersama peserta ialah slot ‘Menggilap Mutiara’.
Peserta dikehendaki mengisi borang maklum balas mengenai program yang telah
dijalankan sepanjang dua hari tersebut. Selain itu, para fasilitator juga
menyampaikan sedikit nasihat serta pesanan kepada peserta untuk menaikkan
semangat mereka. Jam 1800, para fasilitator bergerak ke Pusat Koreksional
Perlis untuk menyempurnakan satu lagi agenda penting dalam Projek Semaian Budi
3.0, Bengkel Pemurnian Agenda Transformasi In-Smartive III.
Jam
2030, Bengkel Pemurnian Agenda Transformasi dimulakan dengan ucaptama penasihat kelab
In-Smartive, Encik Wan Nazrul Helmy dan seterusnya ke slot yang pertama iaitu
‘Masalah dan Muhasabah’. Slot ini menyingkap permasalah dalaman kelab yang
dilihat dari kaca mata ahli dan perlu diperbaiki.
Slot Masalah Dan Muhasabah |
Jam 0830, 7 April 2013, Bengkel
Pemurnian Agenda Transformasi diteruskan lagi dengan slot ‘Resolusi Bengkel
Transformasi 2012’ oleh Presiden kelab In-Smartive, Mohd Jamil Bin Mohd
Ja’afar. Presiden kelab mengimbas kembali perjalanan kelab In-Smartive di bawah
kepimpinan terdahulu dan melihat
perkembangan In-Smartive sehingga kini. Melalui slot ini, beberapa langkah baru
telah diutarakan sebagai langkah penambahbaikan usul-usul yang telah
dikemukakan pada bengkel transformasi yang lepas.
Slot "Resolusi Bengkel Transformasi 2012" |
Seterusnya berganjak ke slot ‘SWOT
Analysis’ yang menuntut pemikiran tahap tinggi daripada kami untuk
memikirkankan kelemahan, kekuatan, ancaman serta peluang yang ada dalam setiap
aspek dalam kelab. Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu kewangan, program,
pemasaran dan modul.
Kumpulan Kewangan |
Kumpulan Modul |
Kumpulan Pemasaran |
Setiap kumpulan perlu membincangkan
apakah realiti semasa dan inisiatif baru mengikut fokus utama dalam
kumpulan yang telah ditetapkan. Setelah
2 jam mengerah otak berfikir, slot petang tersebut merupakan slot santai
bersama Persatuan Isteri dan Anak-anak Penjara (PERSIAP) Pusat Koreksional
Perlis. Pelbagai sukaneka yang
menawarkan hadiah-hadiah menarik telah dijalankan bersama warga PERSIAP. Satu kenangan indah buat warga In-Smartive
yang berpeluang bergembira bersama warga PERSIAP Pusat Koreksional Perlis
petang itu.
Sepetang Bersama PERSIAP |
Acara "Bowling Kelapa" |
Malam tersebut, sesi perbincangan ‘SWOT Analysis’ bersambung semula dan seterusnya sesi pembentangan hasil perbincangan tesebut. Pelbagai inisiatif baru yang dijana melalui pemikiran dan perbincangan selama hampir 4 jam bersama kumpulan masing-masing. 8 April 2013, sesi Resolusi dan Tindakan diketuai oleh Presiden kelab mengupas kembali isu-isu dan juga inisiatif yang telah dibincangkan pada malam sebelumnya untuk diteliti dan dirumuskan. Selepas itu, penasihat kelab pula mengambil alih dan membincangkan hala tuju In-Smartive dan seterusnya merumuskan Bengkel Pemurnian Agenda Transformasi III secara menyeluruh.
Slot Resolusi |
Sesi Fotografi |
0 comments