PROJEK KILAUAN MUTIARA SK KERATONG 1 & 2

8:00 AM

Tanggal 8 mac 2013 seramai 35 orang fasilitator dari Universiti Malaysia Pahang menjejakkan kaki di SK Keratong  1 & 2 bagi menjayakan Projek Kilauan Mutiara yang melibatkan seramai 100 orang murid tahun enam di kedua-dua buah sekolah. Fokus utama program ini adalah bagi menyuntik semangat dan memberi motivasi kepada murid darjah enam yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak lama lagi di samping menyedarkan para pelajar akan kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian. Sehubungan dengan itu, pelbagai modul dan aktiviti interaktif di jalankan sepanjang program bagi memperkasa motivasi, jati diri dan daya saing akademik mereka.


Bas kami tiba di lokasi lebih kurang pukul 4.30 petang setelah beberapa jam perjalanan. Setiba di sana kami disambut mesra oleh ibu bapa dan pelajar tahun enam SK Keratong 1 & 2. Program selama 3 hari 2 malam ini  sungguh bermakna bagi kami sebagai fasilitator kerana sepanjang program ini berjalan kami menetap di rumah keluarga angkat masing-masing yang telah diberi oleh pihak sekolah sewaktu Majlis Penyerahan Anak Angkat yang berlangsung pada pukul 5.30 petang. Selesai majlis penyerahan anak angkat peserta dibenarkan kudapan dan melakukan persiapan diri sebelum solat berjemaah. Pada waktu ini jugalah kami mengambil peluang untuk beramah mesra bersama keluarga angkat sebelum mereka pulang ke rumah.


Sesi Penyerahan Anak Angkat
Pengenalan para fasilitator kepada adik-adik merupakan aktiviti pertama yang dijalankan pada sebelah malamnya . Tujuan pengenalan ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim antara fasilitator dan peserta program. Adik-adik juga dibahagikan kepada 10 kumpulan dan setiap kumpulan haruslah memiliki nama dan cheer tersendiri.


Slot berikutnya adalah ice breaking. Tujuan slot ini diadakan adalah bertujuan untuk adik-adik berkenalan antara satu sama lain antara fasilitator di samping merapatkan lagi hubungan pelajar  bagi kedua-dua buah sekolah. Seterusnya slot Uji  Minda di mana dalam slot ini kecekapan dan ketangkasan minda adik-adik di uji dalam menerima dan melaksanakan sesuatu tindakan secara refleks. Modul seterusnya yang di jalankan adalah Jendela Jauhari. Objektif utama slot ini adalah bertujuan untuk melatih peserta dalam merancang sesuatu perkara dengan menitik beratkan ‘pirority’ sesuatu perkara yang akan di laksanakan . Aktiviti pada sebelah malam itu berakhir tepat jam 2300 dan semua pelajar dan fasilitator pulang ke rumah masing-masing.


Slot Pengenalan Fasilitator
Slot "Ice Breaking"
Slot Jendela Jauhari
Pada pukul 7.30 pagi semua fasilitator dan peserta berkumpul untuk meneruskan akiviti berikutnya iaitu senaman pagi.  Kemudiannya Slot Story Behind The Paper menyusul. Para peserta diberikan sehelai kertas berbentuk gambar dan dikehendaki membina ayat berdasarkan gambar tersebut. Slot ini dapat menguji kepintaran dan kemahiran adik-adik dalam membina ayat bahasa melayu berdasarkan apa yang mereka lihat di dalam gambar. Slot ini juga merupakan simulasi kepada soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) iaitu karangan bergambar.

Slot "The Story Behind The Paper"
Modul berikutnya adalah Timeline. Timeline ialah garis masa dimana peserta perlu melukis siapakah mereka dan apa yang mereka inginkan pada masa akan datang. Objektif utama slot ini adalah untuk menetapkan matlamat yang jelas supaya peserta dapat menjadi seorang insan yang berguna dan berjaya pada masa akan datang. Selepas kudapan kami meneruskan lagi aktiviti  dengan slot Happy Hour. Slot ini bertujuan untuk menaikkan semangat adik-adik dan mengembalikan ‘mood’ mereka dengan melakukan beberapa refreshment dan permainan yang santai. Slot yang menyusul berikutnya adalah Chopp dimana setiap kumpulan diberikan kad huruf dan mereka perlu mencari perkataan yang wujud dari setiap kad yang dibuka. Slot ini mampu menguji kecekapan dan ketangkasan peserta dalam membina perkataan mengikut kad yang tersedia.


Slot "Timeline"
Slot "Chopp!!"
Sesi D.I.C.E bermula selepas solat zohor dan makan tengahari. Slot ini memerlukan daya pemikiran yang tinggi dan peserta boleh mengaplikasi sesi ketiga mereka iaitu "Jendela Jauhari" ke dalam slot "D.I.C.E ini. Setiap kumpulan ditugaskan untuk membina pulau impian mereka dengan berbekalkan wang berjumlah 1 Billion. Di dalam slot ini, kemahiran pengurusan peserta di uji di mana mereka hanya di peruntukkan sejumlah wang untuk membina pulau impian mereka sendiri. Aktiviti disambung pula dengan slot Chopp versi Bahasa Inggeris. Peserta perlu menyusun huruf yang tertera pada kad mengikut perkatan yang disebut oleh PIC slot. Berbeza dengan slot Chopp versi bahasa melayu, di mana kemahiran bahasa peserta di uji dalam mengeja setiap perkataan dengan betul.

Slot "D.I.C.E"
Selepas selesai makan petang dan solat asar secara berjemaah, slot The Burj menyusul berikutnya. Peserta dibawa ke padang sekolah dan dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut jantina lelaki dan perempuan. Peserta di berikan arahan di mana mereka perlu mendirikan sebuah menara yang seimbang setinggi yang mungkin dengan hanya menggunakan batang paip dan tali raffia yang disediakan. Kreativiti peserta jelas kelihatan dalam slot ini semasa mereka cuba untuk mendirikan menara setinggi yang boleh. Selepas tamat slot The Burj, para peserta dan fasilitator pulang ke rumah masing-masing untuk melakukan persiapan diri.


Slot "The Burj"
Pada jam 8.30 malam bermula sesi Invent di mana setiap kumpulan diberikan  sekotak Engineering Science Kit dan mereka perlu membina satu alat menggunakan set tersebut serta  menyiapkannya berdasarkan pada gambar rajah atau manual yang di sediakan. Slot ini dapat memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai teknologi sains yang mesra alam. Pada malam terakhir program, aktiviti di teruskan lagi dengan slot muhasabah diri. Slot ini mampu mengubah emosi mereka kerana segala kesalahan yang di lakukan oleh peserta sejak hari pertama di ungkit semula. Objektif slot ini adalah untuk menyedarkan pelajar mengenai sikap mereka dan juga mengenang kembali akan jasa ibu dan ayah serta tujuan sebenar mereka di hantar ke sekolah. Ternyata slot ini mampu menaikkan lagi semangat pelajar untuk terus berusaha dalam mencapai kejayaan seterusnya menjadi anak yang soleh kepada kedua ibu bapa.

Slot "Invent"
Hari ketiga berada di SK Keratong 1 & 2 merupakan hari terakhir kami fasilitator bersama para pelajar dan keluarga angkat. Pertemuan selama 3 hari 2 malam sudah sampai ke penghujung membuatkan perasaan sayu menyelubungi diri. Pada jam 7.30 pagi seperti sebelum ini kami berkumpul bersama adik-adik dan melakukan Refresh dan Fifth Gear. Ternyata pelajar sangat terhibur dengan aktiviti tersebut ditambah lagi dengan para fasilitator yang “sporting”. Program pada hari itu diteruskan lagi dengan ceramah motivasi bersama ibu bapa yang disampaikan oleh IR. Adnan Zulkiple, Timbalan Pengarah Pusat Inovasi & Daya Saing Akademik Universiti Malaysia Pahang. Projek Kilauan Mutiara SK Keratong  1 & 2 berakhir dengan Majlis Perasmian Penutup  oleh  Tuan Haji Samidi Bin Sulaiman, Guru Besar SK Keratong  2 merangkap Ketua Kelompok Guru Besar Bandar Tun Razak. Turut hadir sama ialah Penasihat Kelab Insmartive,En Wan Nazrul Helmy Bin Wan Mohd Zain , Presiden Kelab Insmartive, Mohd Jamil Bin Mohd Ja’afar, warga PIBG, guru-guru ,ibu bapa angkat fasilitator dan ibu bapa pelajar tahun enam SK Keratong  1 & 2. Sebelum bersurai kami mengadakan sesi fotografi bersama  ibu bapa dan para pelajar.  Kami berangkat pulang ke UMP pada pukul 4.30 petang.

You Might Also Like

0 comments

Rakan Blog InSmartive

Total Pageviews