PROJEK KILAUAN MUTIARA SMK LEPAR UTARA
8:00 AM
Pada 19 hingga 21 April 2013
bersamaan dengan 8 hingga 10 Jamadilakhir 1434H, Kelab In-Smartive Universiti
Malaysia Pahang (UMP) telah mengadakan
Program Kilauan Mutiara yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Lepar
Utara. Jarak perjalanan dari UMP Gambang ke sekolah tersebut ialah 156km dan
memakan masa dalam lingkungan masa selama 3 jam. Seramai 37 orang fasilitator
melibatkan diri dalam program ini yang dikelolai oleh Mohd Salihin bin Zakaria
sebagai pengurus. Melalui program ini, seramai 120 orang peserta yang terdiri
daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Lepar Utara.
Setibanya semua fasilitator di
sekolah yang akan memberi banyak memori sepanjang program ini berlangsung,
penyerahan peserta kepada wakil pihak Kelab In-Smartive yang diketuai oleh
Saudara Mohd Jamil bin Mohd Jaafar didahulukan sebagai tanda permulaan program
ini. Seterusnya, satu taklimat ringkas telah diberikan oleh saudara Mohd
Salihin kepada para peserta tentang peraturan yang ditetapkan sepanjang program
ini berlangsung. Hal ini untuk memastikan kelancaran program.
Majlis Penyerahan |
Program ini diteruskan dengan slot
Ice-Breaking yang dikelolai oleh Mohd Farid bin Mat
Zahari dan Khalisah binti Abdul Basid. Para peserta akan berkenalan dengan
semua fasilitator, di samping dapat merapatkan diri antara satu sama lain.
Implikasinya, mereka tidak akan berasa segan untuk bertegur-sapa dan bertanya
kepada fasilitator. Pada malamnya, slot Timeline yang dipimpin oleh Muhammad
Amin bin Mohd Faudzi dan Nurul Aqila bt Mohd Nawi diteruskan. Melalui slot ini,
mereka dapat menentukan arah tuju mereka dengan memikirkan apakah matlamat
mereka dan memperbaiki diri pada masa hadapan. Ada yang mengemukakan idea yang
bernas dan tahu apa matlamat masing-masing. Malah, ada yang masih berada alam
maya tentang masa depan mereka. Seterusnya, slot Jendela Jauhari diketuai oleh
Mohd Hafizullah Azuddin bin Khalil dan
Mohamad Eliyass bin Jamaruppin. Slot ini amat membantu peserta untuk menentukan
apa perkara yang segera, tidak segera, penting dan tidak penting dalam
perancangan. Contohnya, langkah menghadapi peperiksaan.
Keesokan harinya, program
ini diteruskan dengan slot Studyskills yang dipertanggungjawabkan kepada Izzah Hayati binti Yahya. Beliau
mendedahkan kepada peserta tentang cara belajar yang betul dan secara tidak
langsung, para peserta mendapat impaknya. Slot seterusnya merupakan Chopps yang
dikendalikan oleh Mohd Nizam Azhar bin Baderol Hisam dan Fadwa Sameeha binti
Ismail. Permainan ini terbahagi kepada
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Melalui permainan ini, peserta dikehendaki
membina perkataan dan ayat penyata melalui kad-kad yang diletakkan pada tengah
kumpulan. Ini dapat menguji ketangkasan minda para peserta dalam saat-saat
genting untuk berfikir.
Slot "Chopp!!" |
Seterusnya, para peserta
didedahkan dengan teknik D.I.C.E. Teknik ini merujuk kepada Define, Identify, Choose and Evaluate. Mereka akan diberikan dengan satu bentuk
masalah dan dengan menggunakan teknik ini, mereka perlu menyelesaikan masalah
tersebut menggunakan kreativiti sendiri. Hal ini dapat menguji minda para
peserta untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang menimpa mereka. Slot beralih pula kepada slot Invent yang
dikendalikan oleh Mohamad Saidi bin Ismail dan Siti Aisyah binti Mohammad
Rasidi. Invent merupakan permainan di mana peserta diminta memasang satu bentuk
alat sains berdasarkan manual yang di sediakan. Selepas itu, mereka tidak akan
terlepas untuk membentangkan semula apa yang mereka faham mengenai
permainan ini dan semasa pembentangan,
para fasilitator dan peserta dapat mengajukan soalan mengenai peralatan yang
dibina oleh satu kumpulan.
Slot "D.I.C.E" |
Tibalah masa untuk slot
Bursa Saham. Slot ini diambil oleh Muhammad Nasiruddin bin Mansor dan Nor
Sakinah binti Mat Saad. Bursa Saham adalah mengenai satu permainan di mana
kejujuran dan kepercayaan menjadi aset penting dalam sesuatu komuniti tersebut.
Di sini, mereka akan diuji untuk menggunakan emosi ataupun akal dalam
menyelesaikan masalah tertentu. Usai sudah Bursa Saham, para peserta diberikan
tugasan untuk mendirikan batang paip setinggi yang mungkin di padang sekolah. Tugasan itu bernama The Burj. Tugasan ini
diselesaikan dengan peserta lelaki berjaya mendirikan sebanyak 10 batang paip
dan manakala, peserta perempuan hanya dapat mendirikan 6 batang paip. Segala
komitmen diberikan oleh peserta dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.
Dua orang fasilitator lelaki dan perempuan diberikan tugasan sebagai PIC dalam slot Last
Man Standing. Kumpulan peserta dibahagikan kepada dua untuk memastikan setiap
peserta dapat merasa untuk bercakap walaupun sepatah di khalayak ramai. Mereka
akan melalui 3 peringkat iaitu one-way
communication, two-way communication dan provocation. Di sekolah ini, para peserta tidak jemu untuk
mengutarakan pelbagai pendapat walaupun ada yang sesetengah daripada mereka
yang pasif. Apabila malam menjelma, muhasabah diri yang dikelolai oleh En.Wan
Nazrul Helmy bin Wan Mohd Zain memecah kesunyian malam. Beliau telah menggunakan
pendekatan ‘hard to heart’ dalam slot ini. Hal ini dapat menyentuh sanubari peserta
dan memberi motivasi kepada para peserta.
Pada hari terakhir
program ini berlangsung, para fasilitator berkumpul dalam kumpulan kecil
peserta masing-masing dan membuat halaqah bersama-sama. Tajuk telah ditetapkan oleh saudara Khairul
Izwan. Kesannya, hal ini dapat menambah ilmu pengetahuan para peserta dan
mengemukan soalan-soalan yang berbangkit. Sebelum penutupan program ini, borang
kaji selidik telah diedarkan kepada semua peserta untuk mandapatkan tindak
balas dari pihak sekolah ketika sesi Mengilap Mutiara. Akhir sekali, penyerahan
semula peserta dilaksanakan antara Encik Wan Nazrul Helmy bin Wan Mohd Zain dan
pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Lepar Utara.
0 comments