KEM INTERAKSI PEMIMPIN MUDA SMK AYER LANAS

8:00 AM

11 April 2013, Taman Tasik Pergau, Jeli, Kelantan telah berlangsung satu program Kem Interaksi Pemimpin Muda (IN-TEAM) yang telah dianjurkan oleh Kelab InSmartive Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang disertai oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas (SMKAL), Jeli, Kelantan. Program tersebut telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di Taman Santuari Tasik Pergau, Jeli Kelantan. Untuk makluman ketibaan kami di bumi Kelantan merupakan kali ke-3 setelah mengunjungi 2 buah sekolah sebelumnya.

Program ini pada mulanya berlangsung di Sekolah Menengah Ayer Lanas dengan ucapan sepatah dua kata oleh pihak sekolah dan penasihat Kelab Insmartive Encik Wan Nazrul Helmy diikuti dengan sesi penyerahan peserta SMK Ayer Lanas seramai 97 orang yang terdiri daripada Pengawas Sekolah dan Pebimbing Rakan Sebaya (PRS) kepada pihak kami yang dianggotai seramai 35 orang fasilitator yang terlatih.

Majlis Penyerahan

Perjalan kami ke Taman Santuari Tasik Pergau mengambil kira lebih kurang 1 jam 45 minit. Taman Tasik Pergau merupakan salah satu ‘pulau’ yang dikelilingi tasik buatan yang merupakan bekas perlombongan.

Taman Santuari Tasik Pergau
Setibanya para peserta di ‘pulau’ tersebut para peserta disambut hangat oleh para fasilitator dan sudah tersedia untuk mereka beberapa khemah sebagai penginapan. Sedetik itu maka bermulalah tragedi yang bakal mengubah watak peserta SMK Ayer Lanas menjadikan mereka lebih terpimpin dan bersikap waja serta mengasah pemikiran mereka ke arah pemikiran baru yang lebih matang dalam membuat keputusan dan bertindak sebagai seorang pemimpin yang terbilang. Selepas selesai menunaikan fardu Zohor dan santapan, maka bermulah sesi drama kem interaksi. Pada mulaanya, para peserta diberi taklimat khusus mengenai etika dan kod penting sepanjang perjalanan mereka menempuhi susah dan senang selama 3 hari 2 malam.

‘One for All, All for One’ merupakan slogan yang diberikan kepada peserta yang membawa maksud perpaduan antara satu sama lain dan slogan ini akan diguna pakai sepanjang perjalanan progam, turut disertai dengan pelbagai tag nama yang menarik dan mencuit hati para peserta dan tidak ketinggalan juga barang amanah yang perlu dijaga dengan penuh perhatian dan dikawal rapi ‘bagai menatang minyak yang penuh’ iaitu sebutir beras setiap seorang.

Pada sebelah malamnya, selepas menunaikan kewajipan para peserta didedahkan dengan identiti sebenar para fasilitator yang bakal mereka hadapi yang terdiri daripada pelbagai fakulti di UMP dalam slot ‘Tak kenal maka Tak cinta’.

Takala fajar pagi menyising hening, para fasilitator sudah berkumpul sedia serta para peserta yang siap diuji cara kepimpinan, cara berkomunikasi dan berinteraksi, cara berfikir, ketahanan mental dan fizikal dengan pelbagai modul menarik yang disediakan ialah (D.I.C.E.) ‘Determine,Identify,Choose,Evalaute’. Slot ini mengasah para pelajar supaya berdikari dan mengenal pasti masalah dan menyelesaikannya. Para peserta diberikan satu tugasan untuk mengenal pasti masalah di sebuah pulau yang dahulunya kaya dengan hasil bumi tetapi sekarang sudah kehabisan sumber aslinya dan bagaimanakah caranya untuk membangunkan kembali pulau tersebut. Pelbagai cara dan kaedah yang disarankan oleh para peserta dengan mengunakan konsep ‘D.I.C.E.’

Slot D.I.C.E
Slot berikutnya merupakan, ‘Last Man Standing’, slot ini menguji kemahiran berkomunikasi para peserta untuk menyampaikan sesuatu maklumat dalam apa jua keadaan sekalipun dalam pada itu para pelajar didedahkan dengan beberapa teknik yang berkesan untuk menghadapi pelbagai situasi genting dalam berkomunikasi.

Slot "Last Man Standing"
Program dijalankan lagi dengan ‘S.W,O.T (Strength, Weakness, Opportunities. Threat). Slot ini  lebih menjurus kepada keperibadian individu itu sendiri dalam mengenal pasti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang mereka miliki untuk mereka mara kehadapan. Dalam situasi ini para pelajar diberikan dengan  rangkaian masalah dan dengan mengunakan  kaedah S.W.O.T, bagaimanakah mereka menyelesaikan masalah itu.

Slot "S.W.O.T"
Pada sebelah petangnya, fasilitator memberi ruang untuk para pelajar bagi membincagkan persiapan majlis penutup pada keesokan harinya dan diteruskan dengan aktiviti ‘The Burj’. The burj merupakan slot dimana para peserta duji untuk membina menara daripada batang paip pvc setinggi yang boleh. Slot ini menguji kecekapan peserta dan cara kepimpinan yang mantap. Setelah bertungkus lumus, para peserta hanya mampu medirikan 4 batang PVC sahaja setelah diasak dengan pelbagai halangan daripada fasilatator. 

Slot "The Burj"
Berbalik pada malamnya para pelajar dihiburkan dengan modul ‘Bursa Saham’ yang menguji sifat kejujuran dan kelincahan dalam berorganisasi. Bursa saham merupakan slot yang merujuk kepada situasi sebenar dalam berkerjaya. Situasi ini dihidupkan lagi dengan terbahaginya beberapa kumpulan yang merujuk kepada sesebuah organisasi.

Seterusnya, keadaan berubah menjadi tegang kerana digemparkan dengan slot Muhasabah. Suasana riang menjadi hiba, gembira menjadi duka, Dalam pada itu, Encik Wan Nazrul Helmy memainkan peranannya dalam menyedarkan kembali semua peserta dengan membentangkan resolusi dan makna disebalik kejadian yang berlaku kepada semua peserta, ternyata bahawasanya tugas sebagai seorang pemimpin adalah sangat berat, tinggi amanahnya serta nilainya dan erti sebenar slogan ‘One for All, All for One’.

Alhamdulilah, pada keesokan harinya majlis perasmian berjaya dilaksanakan yang dikendalikan sendiri oleh pelajar SMK Ayer Lanas. Majlis dimulai dengan bacaan doa dan ucapan Penghulu dituruti dengan ucapan pengharaan daripada Penasihat Insmartive. Turut berucap Pengetua SMK Ayer Lanas dan disudahi dengan ucapan penutup serta dirasmikan oleh PPD Jeli. Penghargaan besar buat Bomba dan JPAM kerana sudi bekerjasama sepanjang program bagi menguruskan pengangkutan dan mengawasi keselamatan para peserta dan fasilitator.  Akhir sekali, sesi penyampaian cenderamata dan tayangan montaj sebagai isyarat berakhirnya program Kem Interaksi Pemimpin Muda (IN-TEAM) SMK Ayer Lanas.

Majlis melabuhkan tirainya dengan persembahan istimewa buat adik-adik SMK Ayer Lanas daripada fasilitator dan majlis disudahi dengan sesi fotografi.


You Might Also Like

0 comments

Rakan Blog InSmartive

Total Pageviews