PROJEK KILAUAN MUTIARA MINI SMK LEPAR UTARA
8:00 AM
Satu Projek Kilauan Mutiara
Mini telah di adakan pada tanggal 7 Mac 2013 bertempat di UMP. Projek ini telah
melibatkan seramai 80 orang murid dari Sekolah Menengah Kebangsaan Lepar Utara
dan seramai 15 orang fasilitator telah terlibat bagi menjayakan projek ini.
Projek ini sebenarnya adalah di bawah anjuran CENFED dan dikendalikan oleh
kelab In-Smartive Universiti Malaysia Pahang.
Aktiviti pertama yang di adakan pada
sebelah pagi adalah aktiviti mendaki Bukit Pelindung. Aktiviti ini diambil alih
sepenuhnya oleh pihak CENFED dan tidak melibatkan fasilitator dari kelab
In-Smartive. Para pelajar tiba di Universiti Malaysia Pahang pada sebelah
tengahari dan mereka terus di bawa ke masjid untuk berehat dan seterusnya
menunaikan solat zohor secara berjemaah. Para fasilitator diminta berada di
masjid untuk megawasi pergerakan para pelajar memandangkan para pelajar di
minta untuk terus berada di masjid. Setela selesai solat berjemaah para pelajar
di bawa ke blok W untuk makan tengahari di sana.
Sesi perkenalan fasilitator dibuat secara ringkas dan
diketuai oleh penyelaras projek sendiri iaitu Mohamad Saidi bin Ismail. Keceriaan
bermula apabila para pelajar melakukan ‘refreshment’
iaitu “Gemuruh” dan “Superman”.
'Refreshment' |
Slot pertama yang di jalankan
adalah Timeline. Dalam slot pertama ini para pelajar diminta untuk melukis
matlamat mereka sebelum peperiksaan,
selepas peperiksaan, hala tuju mereka seterusnya cita-cita meraka. Ini
bertujuan untuk mengenalpasti cita-cita mereka dan seterusnya memberi semangat
untuk mencapai cita-cita tersebut.
Slot 'Timeline' |
Slot kedua adalah slot terakhir iaitu Jendela Jauhari. Slot kedua
juga berlansung selama 30 minit dan tujuan utama slot ini adalah untuk melatih
para pelajar membuat sesuatu perancangan dengan lebih efektif dengan
mengutamakan perkara mana yang perlu di segerakan.
Sebelum berpisah satu lagi
refreshment telah dilakukan iaitu ‘Happy
Day’. Terpancar keceriaan pada wajah para pelajar dan tidak ketinggalan
juga pada wajah fasilitator. Selepas seronok melakukan ‘Happy Day’, tibalah sesi yang di tunggu-tunggu iaitu sesi
fotografi.
Setelah selesai sesi
fotografi para pelajar bersalaman dengan fasilitator sebelum mereka semua
bersurai. Ternyata guru dari SMK Lepar Utara sangat berpuas hati dengan projek
seperti ini dan berharap projek ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.
Semoga projek ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar.
Sesi Fotografi |
0 comments