KEM INTERAKSI PEMIMPIN MUDA SMK SUNGAI LEMBING

8:00 AM

1 Mac 2013, telah bermulanya Kem Interaksi Pemimpin Muda (In-Team) bagi pemimpin-pemimpin Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Lembing yang bertempat di Taman Pertanian Sultan Haji Ahmad Shah. Projek ini melibatkan 100 orang pelajar yang merupakan pemimpin-pemimpin dalam sekolah seperti Pemimpin Pelajar, Pengawas Perpustakaan dan Ketua-ketua kelas yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Setibanya para fasilitator In-Smartive dan pemimpin-pemimpin muda SMK Sg. Lembing di tapak kem, satu majlis ringkas penyerahan peserta dari pihak sekolah kepada pihak In-Smartive dijalankan. Selesai sahaja Majlis Penyerahan, satu taklimat telah diberikan oleh Pengurus Projek In-team SMK Sungai Lembing kepada para pemimpin muda. Setiap peserta telah diterangkan berkenaan kod etika, ketetapan masa, disiplin dan slogan atau pendekatan yang akan digunakan  malah bakal diaplikasikan sepanjang projek iaitu "One For All, All For One". Semasa sesi taklimat juga para peserta telah diberikan beberapa barang amanah dan setiap peserta juga diberikan satu tag nama yang akan dipakai dan akan menjadi nama ganti mereka sepanjang program. Jam tangan, telefon bimbit dan sebarang alat elektronik juga turut diambil dan disimpan di mana penggunaan sebarang alat elektronik adalah di larang sepanjang program berjalan.

Majlis Penyerahan Peserta
Selesai taklimat program, para peserta bergerak ke tapak perkhemahan untuk menyediakan khemah yang akan menjadi tempat tinggal mereka selama 3 hari berada di dalam kem ini, maka bermulalah kisah suka duka, pahit manis peserta-peserta In-Team SMK Sg. Lembing. Selepas solat Isya’ secara berjemaah, sesi “Tak Kenal Maka Tak Cinta” dimulakan dimana setiap fasilitator di perkenalkan kepada para peserta. Selepas pengenalan para fasilitator, sesi seterusnya “Mulanya di Sini”, dimana penghulu dan penghuluwati dilantik dan para peserta di bahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Selepas itu mereka di minta untuk membina bendera pasukan dan sorakan bagi kumpulan mereka.

Slot "Mulanya Di sini"
Malam yang ceria bagi peserta tidak berpanjangan pada hari itu, apabila para peserta didapati tidak menepati kod etika yang diberikan ketika taklimat. Para peserta di arahkan untuk pergi ke tapak dimana mereka dikumpulkan untuk di berikan denda dan peringatan. Di sini mereka di ingatkan sekali lagi betapa pentingnya konsep “One for All, All for One “dan kod etika yang harus mereka patuhi sepanjang kem.

Barang Amanah
Hari kedua mereka dimulakan dengan solat subuh secara berjemaah dan diteruskan dengan aktiviti suai fizikal di sekitar tapak kem. Selepas sarapan pagi, slot sterusnya, “Light Camera Action” dimulakan. Di dalam slot ini, bendera-bendera dan sorakan setiap kumpulan di bentangkan kepada semua. Selepas membentangkan bendera kumpulan, para peserta dihidangkan dengan slot yang seterusnya, slot “D.I.C.E.”. Di dalam slot ini para peserta akan didedahkan dengan kemahiran membuat keputusan menggunakan teknik “D.I.C.E” iaitu determine, identify, choose dan evaluate. Selepas itu, para peserta akan membentangkan hasil perbincangan dalam kumpulan di akhir sesi.

Slot Suai Fizikal
Slot "Light, Camera, Action"
Slot "D.I.C.E"
Slot “Last Man Standing” mengiringi selepas slot “D.I.C.E.”. Slot ini merupakan ruang buat peserta untuk menilai tahap keupayaan untuk mengawal diri dan emosi ketika berkomunikasi dalam pelbagai situasi dengan memahami jenis audiens. Tamat slot “Last Man Standing”, para peserta berehat sebentar untuk makan tengah hari dan solat Zohor. Selesai solat Zohor, para peserta di hidangkan dengan slot “S.W.O.T. Analysis”. Para peserta di dedahkan dengan kepentingan pengurusan bersandarkan keutamaan dengan mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman dalam organisasi untuk menjana kepimpinan yang efisien dan efektif. Selepas masa yang panjang berada di dalam dewan, akhirnya slot aktivit fizikal, slot “The Burj” bermula selepas solat Asar. Slot ini merupakan slot di mana setiap kumpulan peserta akan bersaing untuk mendirikan sebuah struktur ‘menara’ yang seimbang dengan menyambung batang-batang paip pvc yang dibekalkan. Diakhir slot ini, kumpulan lelaki berjaya menaikkan setinggi 10 batang, dan kumpulan perempuan berjaya menaikkan sebanyak 7 batang. Pada sesi malam pula, slot “Who’s Who” dimana beberapa peserta akan dipilih secara rawak untuk tampil kehadapan bagi membuat penilaian terhadap wajah pemimpin yang di letakkan dalam kotak yang disediakan.

Slot "The Burj"
Selepas slot tersebut, bermulalah masa untuk “Happy Hour” dimana para peserta bersama-sama fasilitator akan melakukan refreshment dan pelbagai bentuk permainan. Kemuncak slot pada program ini bermula apabila slot “Muhasabah Diri” yang menggunakan hard recall dimana para peserta tiba-tiba di arahkan secara tiba-tiba ke tapak berkumpul di tengah-tengah slot Happy Hour di jalankan.  Pada slot tersebut, segala kesalahan para peserta yang melanggar segala kod etika  telah diutarakan. Antara kesalahan yang diutarakan ialah kealpaan menjaga barang amanah dan tidak berpegang pada konsep ‘One for All, All for One’. Matlamat slot ini adalah untuk membuatkan para peserta memahami sebenar-benarnya konsep “One for All, All for One” dan untuk membuangkan ego para peserta. Slot ini juga bertujuan untuk membuka mata para peserta akan pentingnya tanggungjawab yang digalas mereka dan tanggungjawab itu tidak boleh diambil secara sambil lewa.

Pada hari terakhir, tibalah untuk slot terakhir mereka iaitu slot "Hati ke Hati" dimana peserta dikehendaki memberi maklumbalas dan penilaian mereka terhadap perlaksanaan kursus secara keseluruhan dan slot “Resolusi” dimana pihak fasilitator menerangkan objektif setiap apa yang berlaku di dalam program ini. Selepas berlangsungnya Majlis Perasmian Penutup, maka tamatlah Projek Kem Interaksi Pemimpin Muda SMK Sungai Lembing. Selepas sesi fotografi, para fasilitator menandatangani banner untuk diberikan kepada para peserta SMK Sungai Lembing sebagai tanda ingatan.

Majlis Perasmian Penutup

You Might Also Like

0 comments

Rakan Blog InSmartive

Total Pageviews