PROJEK KILAUAN MUTIARA SK KUALA TRIANG

8:00 AM

1 Feb 2013 bermulanya Projek Kilauan Mutiara di SK Kuala Triang yang merupakan kesinambungan kepada program yang telah di jalankan semasa Projek Kilauan Mutiara Sempena Cabaran Berkayak KPT-UMP 2012 pada 25 hingga 29 jun 2012. Program ini melibatkan seramai 52 orang murid tahun 5 dan 6 yang merupakan pelajar yang akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak lama lagi. Fokus utama program ini adalah bagi menyuntik semangat dan menyedarkan para pelajar akan kepentingan ilmu pengetahuan. Program yang di jalankan selama 3 hari 2 malam berjaya menaikkan semangat para pelajar khususnya kepada pelajar yang bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) lantas menaikkan lagi prestasi mereka dalam bidang akademik. Sehubungan dengan itu, pelbagai modul dan aktiviti interaktif di jalankan sepanjang program bagi memperkasa motivasi, jati diri dan daya saing akademik mereka. Projek ini di mulakan dengan majlis ringkas penyerahan pelajar oleh Guru Besar SK Kuala Triang kepada Penasihat kelab In-Smartive Universiti Malaysia Pahang sebagai pembuka tirai.

Majlis Penyerahan
Selesai sahaja  majlis penyerahan pelajar, peserta di benarkan untuk solat asar dan kudapan. Kami, para fasilitator di jamu dengan kuih tradisional iaitu pena yang merupakan juadah baru buat kami yang tidak pernah merasa sebelum ini. Aktiviti pertama yang diadakan ialah pengenalan barisan para fasilitator kepada adik-adik Sekolah Kebangsaan Kuala Triang. Tujuan pengenalan ini tidak lain tidak bukan adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim antara fasilitator dan peserta program. Selepas slot pengenalan fasilitator, peserta di berikan ruang untuk mengurus diri dan bersiap sedia untuk solat maghrib berjemaah. Slot pencerahan minda atau tazkirah ringkas di selitkan sejurus selesai sahaja solat maghrib berjemaah.



Pengenalan fasilitator
Pada sebelah malam, aktiviti di teruskan lagi dengan slot radio buruk merupakan satu permainan yang memerlukan daya ingatan dan daya penyampaian mesej yang baik. Aktiviti ini semestinya bertujuan menguji tahap kecekapan pelajar dalam menerima dan menyampaikan sesuatu matlumat. Slot ini mampu melatih pelajar dalam pembelajaran khususnya semasa di dalam kelas. Tamat sahaja slot radio buruk, modul seterusnya yang di jalankan adalah jendela jauhari. Objektif utama slot ini adalah bertujuan untuk melatih peserta dalam merancang sesuatu perkara dengan menitik beratkan ‘pirority’ sesuatu perkara.

Slot Radio Buruk
Slot Jendala Jauhari
Seawal jam 0500 para peserta bangun dari tidur dan terus melakukan persiapan diri sebelum mereka solat subuh berjemaah di surau. Slot pencerahan minda atau tazkirah turut di selitkan selepas selesai sahaja solat berjemaah. Pada hari kedua program di mulakan dengan aktiviti senaman pagi dalam slot badan cergas minda cerdas. Selesai sahaja senaman pagi, peserta di hidangkan nasi lemak sebagai sarapan pagi yang menyelerakan. Program di teruskan lagi dengan slot ‘The Story Behind The Paper’. Modul ini dapat melatih daya tumpuan pelajar dan kreativiti pelajar dalam membina ayat malah, dapat juga memupuk minat membaca di kalangan pelajar. Modul ini juga merupakan simulasi atau contoh soalan yang terdapat dalam kertas peperiksaan.

Slot ‘The Story Behind The Paper’
Aktiviti atau modul seterusnya yang dijalankan ialah slot ‘Timeline’. Slot ini semestinya penting bagi mereka dalam memberi sedikit pendedahan awal kepada para peserta mengenai hala tuju selepas UPSR.  Modul ini berasaskan aspek pendidikan dan kerjaya, di mana memerlukan daya imaginasi peserta membentuk masa depan mereka sendiri dari segi kerjaya dan arah hidup mereka dalam jangka masa 10, 20 dan 30 tahun akan datang. Aktiviti seterusnya ialah ‘Chopp’ di mana permainan ini bertujuan untuk menguji kepantasan mata juga minda para peserta dalam membina kosakata bahasa Malaysia berdasarkan kad yang dikeluarkan. Modul ini juga dapat membantu pelajar dalam penguasaan bahasa yang di gunakan.

Slot ‘Chopp
Seterusnya, minda para peserta diuji lagi dalam slot ‘D.I.C.E’ di mana memerlukan para peserta mencipta pulau impian mereka berdasarkan aplikasi jendela jauhari yang telah mereka pelajari semalam. Tujuan slot ini adalah melatih peserta dalam membuat sesuatu keputusan. Melalui slot ini pemahaman mereka terhadap slot jendela jauhari di uji bagi menyelesaikan masalah. Setiap kumpulan diminta tampil ke hadapan untuk membentangkan pulau impian mereka bagi mengetahui sejauh mana mereka memahami dan mengaplikasikan konsep jendela jauhari ini.

Slot D.I.C.E
Aktiviti diteruskan dengan slot Chopp!! dalam versi Bahasa Inggeris di mana dapat membantu peserta dalam menguasai Bahasa Inggeris dengan menggunakan ejaan yang betul bagi setiap perkataan.

Slot 'Chopp'
Sesi seterusnya selepas selesai solat asar berjemaah ialan slot ‘The Burj’. Semasa slot ini di jalankan, peserta di bahagikan kepada dua kumpulan iaitu lelaki dan perempuan. Mereka dikehendaki bersaing dalam mendirikan sebuah struktur menara yang seimbang dengan menyambungkan batang-batang paip PVC yang telah dibekalkan. Aktiviti ini mampu membina semangat kerjasama yang kuat antara ahli kumpulan malah dapat melatih peserta dalam menangani provokasi atau ancaman dari luar.


Slot "The Burj"
Pada sebelah malam pula, aktiviti dimulakan dengan slot ‘Invent’. Pada slot ini, peserta akan di berikan pendedahan Teknologi Hijau dan kepentingan kitar semula dalam kehidupan seharian. Setiap kumpulan di kehendaki menyiapkan kit Green Science dalam 4 kategori yang berbeza iaitu Weather Station, Dynamo Torch, Enviro Battery  dan Windmill Generator. Pada awal aktiviti ini, para peserta kelihatan agak sukar untuk menyiapkan tugasan tersebut. Namun, dengan bantuan fasilitator dan panduan dari buku manual mereka berjaya menyelesaikannya

Slot "Invent"
Pada malam terakhir program, aktiviti di teruskan lagi dengan slot muhasabah diri. Slot ini mampu mengubah emosi mereka kerana segala kesalahan yang di lakukan oleh peserta sejak hari pertama di ungkit semula. Objektif slot ini adalah untuk menyedarkan pelajar mengenai sikap mereka dan juga mengenang kembali akan jasa ibu dan ayah serta tujuan sebenar mereka di hantar ke sekolah. Ternyata slot ini mampu menaikkan lagi semangat pelajar untuk terus berusaha dalam mencapai kejayaan seterusnya menjadi anak yang soleh kepada kedua ibu bapa.

Hari berikutnya merupakan hari terakhir Projek Kilauan Mutiara di SK Kuala Triang. Aktiviti bermula sama seperti hari sebelumnya iaitu persiapan diri untuk solat subuh berjemaah dan juga slot badan cergas minda cerdas. Sesi seterusnya ialah Kau Boleh yang dikendalikan sendiri oleh penasihat kelab Insmartive iaitu En Wan Nazrul Helmy Bin Wan Mohd Zain. Sesi ini lebih tertumpu kepada motivasi dalam menyuntik semangat belajar dan berusaha bersungguh-sungguh di kalangan pelajar.

Slot Kau Boleh
Seterusnya,para peserta juga berkesempatan meluangkan masa bersama para fasilitator buat kali terakhir dalam slot Menggilap Mutiara. Slot ini di lakukan secara berkumpulan dan lebih tertumpu kepada nasihat dan kata-kata akhir fasilitator kepada pelajar sebelum berakhirnya program ini. Slot ini juga bertujuan memberi peluang kepada para peserta untuk mengajukan apa-apa soalan tentang pembelajaran mereka seterusnya di peringkat yang lebih tinggi.

Slot Menggilap Mutiara
Projek Kilauan Mutiara SK Kuala Triang berakhir dengan Majlis Perasmian Penutup yang di rasmikan oleh penasihat MATAHARI, Datin Hajah Fazia Ali. Turut hadir dalam majlis perasmian ialah Guru Besar SK Kuala Triang, Kelsom Mohd Sidin, Pengerusi PIBG SK Kuala Triang, Abdul Majid Kassim, Penasihat Kelab Insmartive, Wan Nazrul Helmy Bin Wan Mohd Zain dan Presiden Kelab Insmartive, Mohd Jamil Bin Mohd Ja’afar.

Majlis Perasmian Penutup






You Might Also Like

0 comments

Rakan Blog InSmartive

Total Pageviews