KEM INTERAKSI PEMIMPIN MUDA SMK KUALA BALAH
8:00 AM
Tanggal
14 hingga 16 febuari 2013 bermulanya sketsa
Kem Interaksi Pemimpin Muda (IN-TEAM) di
Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Balah, Jeli, Kelantan. Buat pertama kalinya Kelab
In-Smartive melebarkan sayap di Kelantan dengan membawa jenama Kem Interaksi
Pemimpin Muda (IN-TEAM). Berbekalkan prinsip “All for one & One for all”,
seramai 75 orang peserta yang terdiri
daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan juga biro asrama turut
terlibat dalam kem ini. Dengan kerjasama dan komitmen jitu dari 38 fasilitator
yang terdiri daripada Kelab In-Smartive ini juga membantu menjayakan projek
ini. Sebelum tiba di SMK Kuala Balah,
kami sempat singgah sebentar di Bukit Bunga serta menikmati makan tengah hari
di Pondok Moden. Setibanya para fasilitator di SMK Kuala Balah, satu majlis penyerahan
peserta daripada pihak sekolah kepada pihak In-Smartive telah diadakan di dewan
makan asrama SMK Kuala Balah.
Selesai
majlis penyerahan, taklimat telah diberikan oleh pengurus projek dan para
peserta telah diberikan tag nama serta biskut gula sebagai barang amanah.
Penerangan mengenai kod etika, ketepatan masa, disiplin dan prinsip yang akan
diaplikasi dalam kem ini. Kutipan barang elektronik dan barangan berharga juga
telah diadakan sewaktu taklimat kursus.
Majlis penyerahan |
Hari
pertama berkampung di tanah SMK Kuala Balah bermulanya kisah suka dan duka bagi
peserta (IN-TEAM) Smk kuala balah. Aktiviti di mulakan dengan sesi “Tak Kenal
Maka Tak Cinta” di mana pengenalan barisan fasilitator telah dikemudikan oleh
saudara Mohd Jamil Bin Mohd Jaafar dan dibantu oleh saudara Ahmad Badruzzaman
Bin Idris. Sebelum
berganjak ke slot seterusnya , malam itu telah tercipta satu sejarah di mana penghulu dan penghuluwati menerima
hukuman atas kesalahan anak buah mereka membuang makanan ke dalam tong sampah.
Provokasi yang wujud menyebabkan situasi menjadi makin tegang di mana para
peserta dalam dilema sama ada ingin membantu
penghulu dan penghuluwati atau tidak. Namun atas semangat "All For One,
One For All", ada peserta yang sanggup menerima hukuman
bersama-sama. Sejurus hukuman dilaksanakan, para peserta beralih pula
kepada sesi ”Mulanya Di sini” dimana para peserta dibahagikan kepada 10
kumpulan. Setiap kumpulan diminta untuk mencipta bendera beserta kata-kata
semangat yang melambangkan kumpulan mereka.
Slot Mulanya Di sini |
Hasil
karya tidak dibiarkan tanpa penerangan. Sesi pembentangan hasil seni karya setiap kumpulan telah dijalankan pada
keesokan harinya. Sewaktu sesi pembentangan, setiap kumpulan menampilkan kreativiti
kumpulan masing-masing dalam menceriakan bendera mereka. Setiap bentuk, warna
dan lakaran mempunyai rationalnya. Malah ‘cheer’ yang dicipta telah membakar
semangat setiap kumpulan untuk saling bekerjsama. Bendera yang juga
berfungsi sebagai barang amanah setiap pasukan tidak kurang 10 minit tamat
aktiviti telah dirampas atas kealpaan mereka menjaga bendera itu dengan baik.
Sebelum para peserta dilepaskan untuk bergerak ke bilik penginapan masing-masing,
setiap kumpulan telah menerima barang amanah yang terakhir iaitu setiap
kumpulan akan diberikan 2 botol air 5 litre untuk dijaga dan tidak dibenarkan
untuk minum selagi tidak mendapat arahan daripada ketua fasilitator.
Slot "Light, Camera, Action" |
Kemudian
aktiviti beralih pula kepada slot “D.I.C.E”. Aktiviti ini mendedahkan kemahiran
untuk membuat keputusan menggunakan teknik
“D.I.C.E” yang mewakili perkataan
Define, identify, choose dan evaluate .
satu masalah telah diberikan kepada para peserta untuk berfikir dan mereka dikehendaki
menyelesaikan masalah itu dengan mengaplikasikan teknik “D.I.C.E” itu tadi. Sesi diteruskan lagi dengan slot “Who’s
Who”. Aktiviti ini memerlukan beberapa orang peserta
yang dipilih secara rawak untuk tampil kehadapan bagi membuat penilaian terhadap
wajah pemimpin yang diletakkan dalam kotak yang disediakan.
Hari
diteruskan lagi dengan slot ”Swot
Analysis”. Tujuan slot ini adalah untuk melatih para pemimpin SMK Kuala Balah
lebih mengenali dan memahami siapa sebenarnya badan kepimpinan sekolah. Melalui
aktiviti ini, mereka akan mengenalpasti apa kekuatan, kelemahan, ancaman dan
juga peluang yang mereka ada dalam badan kepimpinan di sekolah.
Slot "SWOT Analysis" |
Pada sebelah malam, aktiviti disambung dengan slot “Last
Man Standing” dimana para peserta dipecahkan kepada 2 kumpulan. “Last Man
Standing” merupakan satu slot yang melatih para peserta untuk berucap dan
bercakap di khalayak ramai. Slot yang berbentuk pengucapan awam ini membantu
para peserta untuk tidak malu atau kekok untuk menyatakan pendapat, pandangan
dan luahan kepada orang lain. Slot yang dibantu oleh barisan fasilitator
mengamitkan lagi suasana meriah pada malam itu. Setiap pasukan menonjolkan
semangat mereka untuk berucap di hadapan khalayak ramai. Fasilitator yang
bertindak sebagai pengendali slot dan pembakar semangat akhirnya dapat
membuatkan setiap peserta bercakap di hadapan.
Slot "Last Man Standing" |
Kemuncak sesi pada malam itu adalah sesi “Muhasabah Diri” yang
dikendalikan sendiri oleh Encik Wan Nazrul Helmy selaku penasihat Kelab In-Smartive.
Sesi ini bertujuan memberi kesedaran dan pengisian rohani kepada peserta dimana
teknik ‘hard recall’ digunakan. Pelbagai mainan emosi telah
melanda para peserta pada malam tersebut. Malam yang cukup panjang bagi
para peserta dan juga merupakan malam yang paling mencabarkan bagi setiap
fasilitator.
Pada hari terakhir para peserta meneruskan satu
lagi sesi iaitu “Resolusi”. Sesi ini dikelola oleh Encik Wan Nazrul
Helmy bin Wan Mohd Zain dan dilakukan secara santai bagi mendengar pendapat dan
luahan hati para peserta terhadap program ini. Pelbagai luahan dan pendapat
telah didengari daripada para peserta Kem Interaksi Pemimpin Muda SMK Kuala
Balah. Setelah selesai slot
resolusi penasihat kelab In-Smartive telah menggulungkan dan merasionalkan segala
tindakan dan slot yang dijalankan sepanjang program. Slot resolusi ini
amat penting untuk menyedarkan para peserta sebenarnya kekerasan dan ketegasan
yang menjadi tunjang utama program ini adalah untuk melatih para pemimpin
mempunyai ketahanan fizikal dan mental yang kuat dimana apabila mereka tamat
sahaja program ini mereka bersedia menerima sebarang masalah dan mampu untuk
menyelesaikannya dengan cekap.
Selain itu, slot solusi ini membuka mata kepada para peserta sebenarnya
tanggungjawab yang digalas oleh setiap pemimpin bukanlah semudah yang
disangkakan. Ianya memerlukan banyak pengorbanan dan kepahitan untuk dilalui.
Malah konsep "One For All, All For One" sebenarnya bukan sahaja
diterapkan ketika program tetapi sebagai satu badan kepimpinan, sikap dan
budaya bekerjasama perlu sentiasa diamalkan untuk memudahkan kerja. Majlis
penutup telah selamat diadakan pada jam 1230 di dewan tertutup SMK Kuala Balah.
Ucapan dan harapan yang telah diluahkan daripada pihak sekolah dan juga pihak
in-smartive dijadikan semangat dan kekuatan bagi semua pemimpin di SMK Kuala
Balah. Wajah kelat yang ditunjukkan para peserta sebagai tanda tidak senang
hati dengan kehadiran kami di smk kuala balah telah berubah, bahkan wajah ceria dan kesedihan perpisahan
telah mula dipamerkan menandakan ukhuwah
yang terjalin semakin akrab. Segala pengalaman pahit manis dilalui bersama
selama 3 hari menjadi kenangan yang terlakar dalam hati para peserta dan juga
fasilitator. Sesungguhnya
ilmu yang ada perlu diaplikasikan, perubahan yang wujud perlu istiqamah,
semangat yang ditunjukkan perlu dikobarkan dan keihklasan itu perlu disematkan
dalam setiap tindakan.
Majlis Penutup |
0 comments