PROJEK KILAUAN MUTIARA SEMPENA CABARAN BERKAYAK KPT-UMP 2012
8:00 AM
Pada 25 hingga 29 JUN 2012, bermula Projek
Kilauan Mutiara Sempena Cabaran Berkayak KPT-UMP 2012. Program ini julung kali
diadakan dengan kerjasama Pusat Sukan Universiti Malaysia Pahang. Projek
Kilauan Mutiara(PKM) ini dijalankan
bersempena program Cabaran Berkayak Sungai Pahang yang melibatkan semua IPTA di
Malaysia. Projek ini disertai oleh 20 orang fasilitator dari kelab In-smartive.
Antara sekolah rintis yang terlibat ialah Sekolah kebangsaan Kuala Triang(26
jun 2012), Sekolah Kebangsaan Pesagi(27
jun 2012), dan Sekolah Kebangsaan Padang Rumbia(29 jun 2012). Projek ini
diadakan di setiap sekolah selama 8 jam dari jam 0800 hingga jam 1600. Slot
pengisian di setiap sekolah adalah sama iaitu timeline, bulatan hati dan “the story behind the paper”. Ternyata
modul-modul yang di laksanakan sangat menarik minat pelajar.
Kami tiba di destinasi pada jam 1800. Para
fasilitator diberikan taklimat mengenai penginapan di sana oleh salah seorang
cikgu di setiap sekolah. Selesai makan malam dan solat berjemaah, kami menyediakan
tempat untuk melakukan aktiviti pada keesokan harinya.
Aktiviti kami bermula pada jam 0800 dengan
penyerahan pelajar kepada fasilitator Kelab Insmartive Universiti Malaysia
Pahang. Slot pertama iaitu Tak Kenal Maka Tak Cinta dilaksanakan dimana
fasilitator memperkenalkan diri masing-masing dengan cara dan gaya yang
tersendiri. Slot pertama diisi dengan ‘ice breaking’ iaitu sesi suai kenal
bersama fasilitator. Jelas kelihatan keriangan diwajah peserta apabila melihat
gelagat fasilitator yang mencuit hati dalam sesi memperkenalkan diri.
Slot "Ice Breaking" |
Selesai slot
Tak Kenal Maka Tak Cinta, aktiviti disambung dengan modul “timeline”. Modul ini
berasaskan aspek pendidikan dan kerjaya.
Ianya memerlukan imaginasi peserta untuk membentuk masa depan mereka
sendiri dari segi kerjaya dan arah hidup
mereka dalam jangka masa 10 tahun, 20 tahun dan 30 tahun yang akan datang.
Slot "Timeline" |
Slot "refreshment" |
Slot yang
seterusnya ialah bulatan hati dijalankan sejurus tamat sahaja “refreshment”. Modul ini merangkumi aspek
kekeluargaan yang mana dari modul ini, fasilitator dapat mengenal pasti masalah
yang mungkin dihadapi oleh pelajar tersebut. Perlaksanaan modul ini dimana,
peserta dikehendaki melukis tiga gambar
individu yang paling mereka sayangi. Setelah itu, mereka dikehendaki untuk
menyatakan sebab kenapa gambar individu tersebut dilukis.
Slot Bulatan Hati |
Slot "The Story Behind The Paper" |
Majlis
penutup berlangsung pada jam 1500. Setiap majlis penutup ini dirasmikan oleh
guru besar di sekolah masing-masing. Diakhir majils penutup suasana agak suram
dimana jelas terpancar kesedihan diwajah peserta apabila melihat fasilitator
berangkat pulang ke Universiti Malaysia Pahang. Majlis penutup tamat tepat jam
1600.
Majlis penutup |
0 comments